Sambil berehat-rehat di atas sofa , tergerak hati sy untuk menulis kali ini. Di kala hati manusia lain dilanda kerisauan, diancam kekecewaan ada juga sebilangan menunjukkan air muka yang tenang tanda pasrah..Sejujurnya diri ini pada awalnya sedikit terkilan sekiranya tidak dapat menjejakkan bumi Dunedin dan bertanding di dalam Bersatu namun kini sudah redha untuk menerima takdir seadanya..Siapalah manusia..Walau sehebat mana pun perancangan manusia dan diperkuatkan dengan teknologi yang sangat hebat namun masih belum mampu untuk menandingi kebesaranNya..Letusan kecil gunung berapi mampu merubah segala perancangan manusia..Musibah melanda umat manusia PASTI mempunyai tujuan..segala yang berlaku ke atas kita tidaklah sia-sia..Allah tidak pernah mensia-siakan makhlukNya,sesuai dgn sifatNya yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui..dari Allah diturunkan musibah dan daripadaNya jua lah ditawarkan inayah (pertolongan)..Ya, kita mungkin sudah pasrah namun tidak berarti kita berhenti berikhtiar..kita mencuba sebaik mungkin namun bila mana sudah luar kemampuan..perlunya bertawakal dan memohon inayah daripadaNya..jadikan ini satu peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya dan anggap musibah ini,walaupun pahit dan berat, sebagai rahmat kepada kita untuk selalu beringat bahawasanya segala yang berlaku adalah izinNya..kun fayakun..mungkin juga ada sebab yang kita belum ketahui, bila mana hal itu terjadi maka terdetik di hati kita 'nasib baik perkara tersebut tidak terjadi'..semoga kita terus cekal mengharungi segala dugaan dan cabaran..kurangkan mengeluh, lebihkan bersabar,..agar jiwa lebih tenang..Jiwa yang tenang dan bertaut kuat kepadaNya, membuahkan emosi ,minda yang tenang.. :)
p/s: Pesan pada diri sendiri juga:Tanam dalam minda dan hati,pasti ada iktibar di sebalik suatu musibah.. :)