Monday, December 3, 2012

Minggu Pertama


Alhamdulillah, sudah lebih seminggu sy telah berada di tanah air tercinta. Syukur kerana dengan izin-Nya dapat kembali bersama keluarga tercinta. Sejuk mata melihat sawah padi yang terbentang luas, sekawan bangau terbang melintasi kawasan hijau mengindahkan lagi panorama itu.

*   *   *   *  
Kebanyakan daripada pelajar2 oversea selalunya akan membuat checklist, makanan apa yang dimakan,tempat mana yang nak dituju. Maklumlah, ada yang bertahun-tahun tak merasa keenakan PizzaHut, KFC dan sebagainya. Bagi sy, tidaklah menjadi kesalahan. That's normal. Personally, I don't have that kind of checklist. Memang ada benda yang sy teringin tapi taklah menjadi satu kemestian yang wajib. Kalau ada,ada. Kalau tiada tak mengapa. This is only applicable to me.This time I have to control my food intake so that at least I can maintain my body weight.hehe

Oh terlupa, sy pulang ke Aloq Staq bersama dengan ayah yang kebetulan ada mesyuarat di Putrajaya pada hari ketibaan saya dari Auckland. Kasihan melihat beliau. Outstation yang tak henti-henti. Sekejap di KL, malam di Alor Setar,esok pagi ke Ipoh,lusa di KL. I really admire him as my role model. Okey,move on to next story. We helped out and attended a wedding event this week. My cousin got married with a guy from Penang. Setelah ber'chit-chat' dengan ibu, makcik2, pakcik2 n saudara-mara, banyak perkara juga sy belajar tentang perkahwinan nih. Majlis nampak sederhana namun total cost almost mencecah 10k ringgit..termasuk hantaran (kot). In my opinion, one should consider many factors before getting married. Pertama, tentang harta.Kewangan kita dan bakal pasangan. Sudah ada kereta atau tidak (untuk si lelaki). Sememangnya dalam Islam kata pernikahan yag lebih sederhana adalah lebih barakah tapi maklumlah, budaya orang kita. Bukan sahaja kita berkahwin dengan individu, namun kita turut berkahwin dengan keluarga serta masyarakat sekitarnya.

Lihat juga keadaan semasa bakal pasangan itu. Mungkin dia anak sulung dan mempunyai adik2 kecil,jadi mungkin dirinya diberi tanggungjawab atau 'expectations'  yang lebih oleh ibu-bapa . Atau mungkin dia anak bongsu,yang masih ingin sedikit masa untuk bermanja,bermadu kasih dengan ibu-bapanya,kerana setelah berumah tangga, situasi akan berbeza. Tanggungjawab bertambah.Give an ample time.

Dan yang paling penting, pengetahuan agama dan akhlaknya. Teringat kisah salah satu ahli keluarga jauh yang putus tunang dengan seorang lelaki, atas sebab kantoi tak reti baca doa makan. Itu yang sy dengarlah dari ibu.Wallahu alam. Mungkin famili yang berkaitan lebih tahu. Bila melihat diri sendiri, terasa banyak kelemahan yang perlu diperbaik.

*  *  *  *
 Apapun, janganlah mengharapkan sangat bakal pasangan kita 'perfect' in every sense. Kita cermin diri kita juga. Cuma mungkin kedua-dua perlu seiring berusaha sebaik mungkin untuk memperbaik diri kita. Sedikit-sedikit berkorban dan meninggalkan apa yang perlu. Jangan mudah putus asa dengan rahmat Allah SWT. Jangan menilai masa hadapan kita dengan penilaian tahap semasa,atau lebih kasihan,'kita yang dahulu'. Yakin dengan kemampuan diri sendiri dan lebihkan usaha untuk mendekati-Nya. Ya, dugaan sentiasa datang tak dijemput.Usikan,gurauan,godaan dari syaitan yg bernama manusia atau jin datang menyelinap secara halus yang kadang2 kita tak mampu kita sedari.Banyakkan berdoa,bukan untukmu sahaja,malah untuk dia,jika benar kau cinta.   :)

kalau bab ni suka ko eh tulis panjang2.babab satgi!

Ok, berdasarkan pemerhatian sy beberapa hari ni, sebenarnya anak-anak muda ini ada kecenderungan untuk mengetahui tentang ad-deen (Islam).Kemunculan Uztaz Azhar Idrus (UAI,Uztaz Youtube) sebenarnya telah menyumbang jasa yang besar dalam menarik minat mereka ini untuk mengenal agama mereka. Walaupun banyak soalan2 yang diajukan agak menjengkelkan dan agak lawak,namun  ini semua 'baby steps' yang fundamental. Contoh yang direct, adik-adik aku sendiri. Sy pun perasan yang mereka ni tahu banyak perkara,juga merupakan peminat UAI.Cuma sayangnya mungkin pengaruh rakan sebaya dan juga ketiadaan orang yang bersungguh-sungguh ingin membimbing yang menyebabkan keinginan itu terperosok di dalam hati, hiburan lebih dominan.


Sy bukanlah perfect pun, cuma mungkin mereka masih muda dan tidak mendapat pencerahan yang details sebagaimana yang sy pernah dapat. Alhamdulillah. Dulu agak janggal untuk selalu mengajak mereka ke masjid sebab mereka tahu abang mereka ni pun 2 kali 5 sengal jugak. Bukan untuk menunjuk malah sebenarnya ini adalah satu amanah,satu beban atas sebab fikrah yang ada perlu disampaikan dan di'hidup'kan dalam kehidupan saya dan mereka. Atau lebih tepat, membumikan fikrah yang telah diterima dan difahami kepada orang2 terdekat dan insyaallah kepada masyarakat sekitar. I admit that if I were not the one who need to initiate and force myself to get out from my comfort zone, then I would get 'drowned' as well. Bcoz my Qarin/satan is so pleased if I revert back to my 'old' mode.Ya Allah mintak jauh. Mari berdoa banyak2 agar kita terus diberi taufiq dan hidayah daripada-Nya. :)

Sebelum mengundurkan diri, eloklah kiranya entri kali ini diakhiri dengan petikan kata-kata oleh Said bin Jabir R.A;

     "Sesunggunya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan dia masuk neraka. Dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menjadikan ia masuk syurga. Hal itu adalah kerana perbuatan baiknya itu menjadikan dia bangga dengan dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun seta betaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu".


















Saturday, November 10, 2012

Expectation

Rasanya seperti ingin menulis dengan gaya santai dan bersahaja. Atas sebab lebih mudah difahami dan seeloknya dapat melontarkan sebijk-bijik apa yang tersirat dalam kepala dan hati. InsyaAllah, harapnya penulisan ini tidaklah sia-sia kerana mengikut apa yang pernah diceritakan oleh banyak orang, kalau niat itu tidak didasarkan kepada Allah SWT, maka sia-sialah perbuatan itu. Tak kira sebanyak mana masa ataupun harta telah dibelanjakan.

Terpanah dengan kata-kata sendiri

Sejak dari bangku sekolah, sebahagian ibu-bapa pasti meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran. Paling tidak, mereka pasti mahukan anak-anak menjadi orang yang baik, berakhlak mulia dan akhirnya mempunyai pekerjaan. Itu baru ibu-bapa, belum termasuk rakan-rakan, makcik-makcik, adik-beradik, jiran tetangga dan sebagainya. Can you see my points here? Yes, expectationS.

As we growing up, more and more expectations will be put on us. Dan hakikatnya memang kita tidak boleh lari daripada perkara ini. Even orang yang dikategorikan sebagai 'stranger' pun ada expectation pada diri kita.Contohnya, jika kita seorang ahli politik, ada kemungkinan rakyat yang dihimpit kemiskinan sudah pasti meletakkan expectation yang kita akan datang melihat,memantau dan membantu mereka sehingga mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan tersebut. The thing is, daripada beribu-ribu orang yang mengalami masalah yang sama, mampukah kita memuaskan hati manusia satu per satu? I would say very hard and almost impossible.

Bercakap tentang pengalaman kehidupan, saya sendiri pun sentiasa berhadapan dengan 'expectations' daripada orang-orang sekeliling. For examples, my parents meletakkan harapan saya supaya pulang ke tanah air dengan segulung ijazah. They expect that after three years spending my time here, I would be more matured and able to be more responsible and independent. My siblings have labelled me as their 'bench mark' bcoz I'm the eldest children in my family. The list goes on and on. Sabar, jangan salah faham. Bukan mahu merungut. Hanya memberi contoh. Saya tidak kisah pun. Saya faham semua ini adalah satu proses yang normal yang dilalui oleh setiap orang.

Same with expectations on me when I joined 'bulatan gembira' or famously known as usrah. Once you joined this so-called 'islamic group', then people would put higher expectations on you. They might think that you should be more religious and restricted person. Consequently, they will be more particular when preying on your mistakes. If you did a 'mistake', some of them will make fun of it. They forgot that jahiliyah is not meant to be banished in few days. Okay, I'm not going to use this statement to defend myself as it's fair for them to have expectations on 'usrah people'. You have that 'fikrah'(true understandings of Islam) but why you behaving ironically from what you have learned?                                                                                                                                                            



Beralih kepada 'expectations' among usrah people. Naqib atau naqibah anda pasti meletakkan harapan yang anda akan terus berjuang untuk merubah diri anda kepada lebih baik, berjuang untuk menegakkan kembali kedaulatan Islam. Mereka bukannya tidak tahu asam garam kehidupan mad'u (anak usrah) mereka. Malah sebahagian daripada mereka juga dulu tidak terlintas di fikiran untuk 'join' usrah. Yang membezakan ialah tahap kesungguhan dan pengorbanan mereka.

Even di kalangan ahli usrah pun,tak kira yang lelaki atau wanita, mereka juga 'expectations' sesama mereka. Sebagai contoh yang dekat,mereka mahu bakal zauj (suami) atau zaujah (isteri) mereka mempunyai 'level' yang sama atau lebih baik daripada mereka. *I'm not mentioning about my group, this is just a general statement*. Ya, tak salah untuk meletakkan harapan. mungkin anda telah banyak berkorban dan pada masa yang sama telah faham akan hala tuju dakwah dan tarbiyah. Jadi, anda pasti mahu someone yang memiliki fikrah yang sama dan kemudian sama-sama membina keluarga,memacu rumah tangga yang berteraskan agama. Tetapi, jangan lupa, mereka juga adalah manusia, insan. Tidak mampu lari dari silap dan salah. Everyone has his/her own struggle. Termasuk juga mereka yang bergelar naqib/naqibah. Jangan mengharapkan kesempurnaan. If you are about to feel disappointed coz your expectations not being met yet, then muhasabah yourself. OK, going back to usrah people,be more appreciative on their effort than being judgmental on their flaws. Suka saya kongsi frasa berikut: 'Kerana neraca kita tidak sama'. Different people have different background,history,characters so you should be more patient and keep trying to be more understanding. :)

apalah ko tulis ni

Sunday, October 14, 2012

Till we meet again

Honestly I feel heavy to leave this beautiful country. After three years, so many memories here. And I would like to keep counting them. The day should I landed my feet on Malaysia soon will mark my new phase of life. Another stage of responsibility. Another courage to live up with expectations. Involuntary but necessary need to step up and contribute to others. The fact 'how much I love being a student' is now battling with 'how far I have prepared for my goal' question.

Life goes on. That's what they say. Maybe it's time to walk out from my comfort zone. Yes, it's not easy. Keep praying to Him that everything will be fine.

*Surely I will miss my 'brothers' here. my halaqah. Hopefully D&T in Auckland will be much2 better and lively next coming years.

Bukan sekadar teori malah suatu gerakan yang hidup dan menghidupkan :)



Thursday, October 11, 2012

Kejap lagi aku tidurlah,nak habiskan game ni sikit lagi


Memang salah satu perkara yang saya suka tentang hari Jumaat ialah adanya khutbah Jumaat. Bukan nak 'bias', tapi jujurnya lebih suka khutbah di sini (New Zealand). Walaupun dalam Bahasa Inggeris tapi ringkas,padat dan 'straight to the point'.

Untuk entri kali ini, saya sekadar berkongsi isi-isi khutbah yang saya masih ingat, yang masih segar dalam ingatan orang kata. Tengah hari tadi (waktu NZ) ,si khatib telah menegaskan kepentingan solat terutamanya solat di awal waktu. Prioriti menjaga waktu-waktu solat berbanding aktiviti-aktiviti lain. Sentap juga bila si khatib dengan senyuman sinisnya berkata:

"Some of us make silly excuses for not waking up to perform Fajr prayer
such as 'I already set multiple alarms in my phone but still I can't wake up early'. Ask him/her back 'how come you can get up on time for your class/work?"

Kemudian jejaka berjanggut lebat ini menuding jari tepat ke dada lantas menyambung:

"The problem is here. Our imaan."

Our imaan. Our imaan. These two words were drumming in my minds for few seconds. Ok, exaggeration. Tapi memang betul terkesan lah. Bukan setakat terkesan,tapi rasa macam kena sekeh.

Bila lepas solat tadi, terfikir jugak. Sejauhmana kita letakkan kepentingan solat dalam kehidupan seharian? Kalau ikut cakap mulut, solat itu tiang agama, solat itulah yang dinilai pertama sekali tatkala di yaumul kiamah (hari kiamat) senang bukan? But do our actions really reflect those words?Be honest to ourselves.

Tambahan lagi, saya turut bersetuju dgn si khatib tadi bahawa sebelum tidur, kena muhasabah , berdoa kepada Allah SWT untuk diampunkan dosa-dosa yang dilakukan sepanjang hari. Semoga peringatan ini melekat pada diri dan anda juga. :)

Tuesday, September 25, 2012

Random Entry

Are we ready to leave those 'jahiliyah' things?, like what I'm struggling right now? so that we can pave our own road,walking happily to our most sought-after ending called Jannah? Don't get me wrong. I'm not accusing you or even being judgmental because me myself is like a living rubbish bin. Hands up, I admit that I did lots of mistake and even committed sins that are unacceptable in human's eyes. Everyone has got their own weaknesses and struggles. Dark history sometimes does matter to people but not to Allah. His mercy is larger than the sum of all sins made by human beings. Sincerely,I want to love you not even here,in this dunya but also Insyaallah, if I were granted by Allah to be among those people who live in heaven,I wanna make a wish to Him that I want you to be my another half in the Hereafter. Yes, I don't hold the key of my own future. How hard I try, how painful my sacrifice, but if Allah says no, then I just need to 'redha' whatever comes into my life. But hey,have you ever heard that Allah won't change one's fate until he/she changes the path of his/her own life?Or do you know that we HAVE TO show EFFORTS before we can say 'Bismillahi tawakkaltu a'lallah'? Undeniably, we still have to keep in my mind that those efforts should not go beyond 'the border'. Well, actually,I'm reminding myself too . I realized that I have the most important responsibility to live with and marriage should be only 'one of tools' to accomplish the mission of this Deen, not as ghayah (absolute aim). The ghayah of our life is to achieve 'mardhatillah' (keredhaan Allah).Therefore ,lots of work to be done as well as to equip myself with experience and knowledge before I can have a handshake moment with your daddy as my father in law. hehe

*jangan gatal boleh tak?

p/s: this post does not point to any particular person. I just want to share a piece of my aspiration :)

Monday, August 20, 2012

Post-Ramadhan

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin. Harap anda semua bergembira di saat ini. Hari ini memang disunatkan kita meraikan 'kemenangan' kita setelah bermujahadah di bulan Ramadhan. Apapun, jangan dilupa yang telah tiada, anak2 yatim dan fakir miskin. Indahnya Islam. Kita diberi puasa enam di bulan Syawal dan balasan pahala yang banyak. Supaya tidak terleka dan terus dibuai keasyikan membaham juadah raya dan mengumpul duit raya

menahan tangan dari mencapai kuih almond london sebalang tepi katil

Alhamdulillah..madrasah Ramadhan banyak meninggalkan kenangan-kenangan yang manis. Suasana yang sy rasa berlainan dengan bulan-bulan lain. Rasa semangat dan lebih ringan untuk menjalankan ibadah dan amalan kebajikan.Mungkin sebab ketiadaan syaitan?Tapi kenapa masih ada manusia yang berkelakuan keji di bulan mulia ini?

sebab syaitan yang terbelenggu adalah yg dari golongan jin,cuc-cicit iblis. Yang syaitan manusia berajakan nafsu bebas berjalan di muka bumi.hoho
Saya harap anda juga dapat merasai 'best' nya bulan Ramadhan. Bukan sekadar bila berbuka puasa sahaja, tapi bila melakukan amal ibadah yang lain. Kalau kita mampu baca beberapa muka surat al-quran sehari dalam keadaan sangat penat, haus,lapar, apatah lagi potensi kita pada hari-hari biasa bukan?

Tiada lagi nasi beriyani setiap hari sebagai hadiah berpuasa di pagi hari

Jadi, sayugia ingin mengingatkan diri sendiri serta rakan-rakan untuk terus memperbaik diri kita. There is always a room for improvement. *betul ke ni?*Agar kita memperoleh taqwa yang kita sebut-sebut menerusi surah al-baqarah,ayat 183,serta terus istiqamah dalam membawa kesan-kesan positif yang kita peroleh dalam bulan Ramadhan.

Sy memang bukan orang yang terbaik untuk berucap. Namun nasihat itu sendiri disyariatkan dan digalakkan sesama kita atas dasar ukhuwah yang sama-sama ingin mengejar redha Allah.Insyaallah :)

semoga anda terus tsabat di jalan ini :)

Tuesday, August 14, 2012

Cubit pipi baby

Ke hadapan ibu tercinta,



Saya nak kahwin lekas boleh? Fullstop




Friday, July 20, 2012

Ramadhan: Mindsetting



Alhamdulillah..dengan izin-Nya kita berjaya sampai di bulan Ramadhan. Sungguh, tak terucap dengan kata-kata untuk menyatakan perasaan gembira dan teruja. Anda sendiri dapat merasakan 'Ruh' yang luar biasa. Adapun di bulan mulia ini, ramai orang terutamanya Muslim berbondong-bondong ke masjid, surau atau masjid bergema dek alunan ayat-ayat Al-Quran. MasyaAllah. Ada juga golongan peniaga yang sudah terbayang durian runtuh yang bakal diterima terutamanya mereka yang berniaga di bazar-bazar Ramadhan.


Lazat bukan? Mungkin senario yang hampir sama di atas meja rumah kita sepanjang bulan Ramadhan. Terasa sangat nikmat bila seharian menahan lapar dan dahaga, akhirnya tekak dibasah dengan air 'honeydew' dan lidah merasa enaknya murtabak. Akhirnya, tanpa sedar, perut sarat penuh terisi. Selepas solat tarawikh, ada pula 'supper Ramadhan edition' yang nama popularnya moreh.Keadaan ini berlarutan hingga berlabuhnya tirai Ramadhan dan tiba pula hari raya yang dinantikan. Apa erti Hari Raya Aidilfitri bagi anda?Apa objektif yang kita nak capai seusai Ramadhan?

Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar ayat suci di bawah:




Wahai orang-orang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa. [Surah Al-Baqarah:183]



Jadi, ringkasnya Allah menyeru kita supaya berpuasa, dengan harapan kita bertaqwa. Perkataan 'la'allakum' itu sendiri bermaksud 'dengan harapan'. There's is hope but no guarantee that we can gain 'taqwa' as we strive for.  Adakah kita melihat Ramadhan hanya bulan yang menyuruh kita berlapar dan dahaga semata-mata ataupun satu peluang yang sangat besar kurniaan Allah untuk kita melatih dan melakukan transformasi diri? Fikir sejenak. Allah SWT telah mengikat syaitan-syaitan,menutup semua pintu neraka dan membuka pintu-pintu syurga.  Betapa kasihnya Allah dalam membantu hambaNya untuk merubah dengan mengurangkan dugaan-dugaan dengan terbelunggunya syaitan. Ramadhan seharusnya menjadi 'training ground' kita untuk berjuang untuk mengubah diri ke arah lebih baik dan terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaNya selepas bulan Ramadhan.

Tidak salah untuk menikmati segala jenis makanan atau lain-lain.Cuma yang silapnya bila kita meletakkan fokus ramadhan bukan pada tempatnya. Marilah kita bersama melihat Ramadhan tahun ini dari sisi yang lain.

Tiga puluh hari untuk kita mengurangkan perkara lagha
Tiga puluh hari untuk kita mujahadah untuk mengawal nafsu
Tiga puluh hari untuk biasakan diri dengan amalan kebajikan
Tiga puluh hari untuk benar-benar merasa kebersamaan atas dasar mengejar redha Allah
Tiga puluh hari untuk memenuhkan dada dengan ayat suci Al Quran
Tiga puluh hari untuk membersihkan fikrah,meluruskan kehidupan

InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat mencapai tingkat taqwa yang lebih tinggi, taqwa yang lebih harmoni sebagai objektif puasa yang dinyatakan Allah SWT menerusi ayat Al-Baqarah di atas. Jika demikian, saya,anda,dia dan mereka layak untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan senang hati, kerana kita meraikan prestasi amalan dan kehidupan di bawah lembayung Islam, bukannya kerana tamatnya sudah tempoh keletihan selama 30 hari. Keberkesanan Ramadhan pada diri kita sebenarnya dinilai pada hari-hari selepasnya. Wallahu alam. Semoga  penulisan ini menjadi peringatan yang berguna pada diri sendiri dan lain-lain.Selamat beramal! :)





Si kecil ini pun dah berlari-lari mengejar solat jemaah. Kita?hihi


Monday, July 16, 2012

Abah

Tajuk post hari ini agak random. Sebabnya hari ini adalah hari bersejarah Encik Abd Halim bin Ahmad, seorang bapa, seorang mentor dan seorang lelaki yang macho serta berkarisma. Jujurnya, masa kecil dahulu sy tak rapat dengan abah sebab dia garang. Sy sendiri pun buat jahat kat sekolah rendah diam2..last2 bila kantoi, kena rotan dan sebagainya baru la 'behave' sikit. Dan sy sendiri seorang yang pendiam dan pemendam rasa. Jadi, apa-apa rasa seperti tidak puas hati, marah, kecewa ku pindam dalam2 di dalam sanubari sahaja,biarlah menangis di dalam,asal tak terluah pada zahirnya (ayat nak geli je). Dan sy bukan jenis memberontak. Ikut je cakap parents. Bila dah masuk darjah 4 hingga darjah 6, fokus kat stadi je..berubah atas sebab kasihan dekat ibu-bapa. Alhamdulillah, ada rezeki,dpt masuk skolah asrama penuh 5 tahun. Namun keadaan ini menyukarkan sy untuk mengenali peribadi ibu dan abah sebab jarang duduk berbual sekali. Even masa cuti sekolah pun, lebih menghabiskan masa dengan komputer. Cuma semangat untuk berjaya dengan cemerlang sentiasa ada bila mengingatkan susah payah mereka datang ke sekolah yang ceruk di kampung hampir setiap minggu. Dipendekkan cerita, dapat pulak scholarship MARA dan sambung buat persediaan di Kolej Mara Seremban. Alahai, adik-beradik dan family semua ada di Kedah. 7 tahun berjauhan dengan family. Dan kini terdampar di bumi New Zealand.Another 3 years.

Bila jarang2 dengan family, dapat lihat bagaimana adik-beradik lain lebih rapat dgn my parents. Kadang2 rasa inferior bila banyak perkara yang sy tak tahu psl abah tp adik2 lain sudah arif. Kadang2 terasa kekok bila nak 'start' rebuilding our relationship. Alhamdulillah, bila semakin meningkat usia, makin terasa perlu untuk keluar dari pemikiran2 begitu, terasa perlu untuk berkomunikasi dan berhubung secara matang dengan parents, sekarang sudah tidak kekok untuk berbicara dengan panjang lebar. Kini abah melayan kami,adik-beradik lelaki yang sudah besar panjang seperti teman. Terasa lebih mesra. Dan lebih selesa bila berdiskusi tentang hal-hal masa hadapan.*if you get what i mean.

Seriously, I really admire him. I wish I can be a very good father and husband in future just like him.
Insyaallah, selagi hayat dikandung badan, sy akan menjaga abah dan ibu hingga ke hembusan nafas terakhir. Semoga Allah memberi peluang untukku mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil  :)

Wednesday, July 11, 2012

BERSATU Games 2012

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis akhirnya berkesempatan jua mencoret sebuah entri di sini. Seperti yang tertera pada tajuk, entri kali ini tentang  BERSATU Games, kejohanan sukan yang diadakan di kalangan pelajar Malaysia yang belajar di New Zealand. Rasa seperti pernah tulis tahun lepas tapi tak apa. Tahun ini berbeza dengan 2 tahun lepas kerana tahun ini sy diberi kepercayaan untuk memimpin sebagai ketua kontinjen,bersama dengan 'sports officers' yang lain. MasyaAllah, tugas ini sememangnya berat jika dikira usaha-usaha untuk merekrut,membina,melatih para atlet semenjak dari awal tahun. Nak pujuk orang supaya 'join' this BERSATU Games ternyata sukar. Dua tiga kali approach baru la nak. Tu belum lagi orang yang 50-50 dan mereka yang tarik diri 'last minute'.

Semasa kejohanan berlangsung, ada juga drama2 atau konflik2 dalaman berlaku. Alhamdulillah, berkat inayah dan petunjukNya, berjaya juga kami keluar dari permasalahan dan seterusnya mencapai kejayaan. Sungguh banyak memori, pengalaman dan pengajaran yang sy dapat. Antaranya kekuatan mental, ketenangan dan fokus yang super tinggi amatlah diperlukan untuk mengharungi setiap perlawanan dalam usaha mendapatkan pingat emas.  Walau bagaimanapun, pingat emas, perak atau gangsa bukanlah kayu ukur mutlak dalam menilai prestasi keseluruhan sesebuah kontinjen. Biarpun tak mencapai target yang digariskan sebelum ini, namun sy amat berpuas hati dengan disiplin,komitmen dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh kontinjen sepanjang BERSATU Games. Ada peningkatan prestasi ke tahap yang membanggakan dalam sebahagian sukan yang dipertandingkan.

Saya percaya segala yang kita tempuhi dalam hidup sama ada suka mahupun duka, pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sepanjang penglibatan saya di dalam Bersatu Games. Mungkin ada  yang kurang senang dengan adanya sy bersama yang lain di dalam kejohanan ini namun percayalah pasti ada hikmah yang kalian tidak nampak tetapi kami dapat merasainya. Insyaallah

Monday, May 28, 2012

What I Believe

I encountered a very meaningful verse in Holy Quran the other day;


4:40

Indeed, Allah does not do injustice, [even] as much as an atom's weight; while if there is a good deed, He multiplies it and gives from Himself a great reward.
Malay translation:
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

There were times where I was drowning in problems.One after another. My life was like a periodical wave, ups and downs,consistently changing with each other. I was trying to amend things by my own, only to know that those efforts were just approaching the other end. I was left bemused, frustrated and confused. Even I whined to Allah, why could this happened to me? Alhamdulillah, somehow He shows how 'musibah' can turn into blessings in disguise. Now I can see clearly the sins that I've committed that contribute to my own downfall.

I was just like a 'munafiq' by being contrary from what I say and write. First of all, munafiq is not like what we had learned in high schools where the term is associated with those people who pretending to be a Muslim. The scope of munafiq is very huge. I would say everyday we can fall into this category. Back to the story, I was just like an ordinary guy, just promoting Islamic thingy but didn't fully practicing what I've learned. Especially on social networking sites. Now I can view myself as a confused person. You said that you are joining usrah but still acting like an ignorant? React with emotion, not with rational thinking and absolute patience. Commenting and liking statuses here and there gleefully without thinking the consequences after that. Inviting fitnah. Reluctantly listen to what the people say just because you are trying to be yourself? Seek attention? I should have asked myself frequently 'you said you love Allah but are all these activities really show what you believe and learn?  I was blind because I was too carried away with heart matters. I thought all efforts were worth but they only made things worsen from day to day. 'Menegakkan benang yang basah'. Wrong is wrong in Islam,even you try to make it legit from many angles. So in the end it would collapse since only al haq (the truth in the path of Allah) will remain.

My focus was directed to this one path. Love. Sacrificial love. (konon.geli la pulak.haha). There are lots of thing to be read or to be acquired. Mentaliti nikah?patutnya mentaliti nak cari dan beri nafkah. One more thing. I feel bad for my usrah group.  Sorry bros. Hopefully, this moment could be the turning point. I should be stronger. Things that irritate my eyes and heart should be handled wisely.

Biarlah Allah yang menentukan. Hanya Dia yang tahu segala isi hati. Semoga Allah terus memberi taufiq dan hidayah kepada kita,untuk memimpin hidup kita menjadi seorang yang benar Islamnya. Biarlah selepas ini dengan cara yang baik dan terpuji. Mungkin juga Dia ingin menguji keikhlasan kita dan memberi pengalaman yang berguna utk masa akan datang. :)



Monday, May 7, 2012

Mehnah-mehnah dalam Perubahan

Tidak tahu mengapa tiba-tiba mahu menulis pagi-pagi buta. Dah la ada test in few hours.Tapi jari jemari sudah gatai nak menaip. Insyaallah dengan niat ingin berkongsi pendapat or mungkin seebis dua pengalaman bagi pengajaran untuk kita bersama. Apa yang saya maksudkan dengan perubahan? Yes, it can be anything. From a chubby man to a ripped hunk. Tapi fokus saya adalah 'perubahan' dalam erti kata melakukan transformasi diri ke arah yang lebih baik kerana keredhaan Allah SWT. Hanya kerana sebab ini sahaja yang benar-benar kukuh.

Ok, saya perasan almost semua orang yg bernama Muslim pernah cakap 'Cinta yang tertinggi adalah cinta kepada Allah SWT' dan sewaktu dengannya. Theoretically it's easy to KNOW coz u just have to keep that faith in your mind. But it comes to practical, in our life....?You answer this question. As for me,susahhhnyaaaaaa.*down seminit.  Meletakkan Allah SWT melebihi segala-galanya, DI ATAS segala kemahuan,kehendak, kebiasaan kita. Contoh paling senang, let say you are late to an event (let say,dinner with VIP), then while wearing your shoes, a beautiful voice of azan is creeping into your ears. Hah! what should you do at that moment?

There are two possibilities. You can either delay your solah or take wudhu' instantly and perform your solah. Honestly, dua-dua pernah buat. *teruknyakaunih. Tapi kita sendiri boleh lihat tahap keimanan kita. Kita mudah mengikut dan akur perkara2 yang kita nampak.

Personally, i think everyone of us wants to change for a better person. If not, your heart is already-made Islam. Fitrahnya Islam. Sejahat-jahat mana pun manusia, kalau dititiskan hidayah oleh Allah ke dalam hati, maka hati akan cuba kembali kepada Rabb nya. Pencipta nya. Mungkin suasana persekitaran kita, latar belakang hidup sama ada yang terkini atau masa silam, pengalaman-pengalaman buruk atau rasa tidak mahu keluar dari 'comfort zone' yang menghalang kita untuk berubah. That's my opinion la.

Saya lebih suka bercakap tentang realiti kehidupan manusia. Different person, different character, different problem, different experience,different way of approach. So we don't simply give a universal solution to someone who is in trouble.....  [ to be continued]


p/s: nak ready pergi jawab test.kena dahulukan mana patut..hehe..


Saturday, April 14, 2012

Peluang masih ada

Alhamdulillah..selesai sudah program 3 hari. Jika dilihat melalui pandangan mata, program ini seperti memanfaatkan masa lapang ketika cuti. Namun jika dilihat dengan pandangan hati, program ini adalah yang terbaik yang pernah disertai. Bukanlah kerana isi-isi penyampaian (walaupun memang mantap!),bukan kerana pertandingan memasak roti canai (ini sumpah lawak) , tapi dengan satu slot yang sgt biasa; taaruf. Setiap orang dari kami tidak diminta utk memberitahu nama, asal, course dan lain-lain. Kami diminta untuk menceritakan sedikit 'background' perjalanan hidup mengikuti bulatan gembira dan kenapa masih di sini. Bayangkan,hingga ke hari terakhir barulah semua orang selesai bercerita. Jujurnya, saya berasa sedikit 'inferior' bila bersama golongan2 ikhwah dari serata NZ. Nampak hebat, ilmu pengetahuan yang mendalam. Timbullah 'assumption' seperti ' Alah, mesti diorang dah lama join', 'Diorang ni pernah ke lalui zaman2 jahiliyiah pastu nak tarbiyah org plak?' dan 'Orang biasa mcm aku ni boleh ke bawa dakwah dan tarbiyah'.

Subhanallah, sangkaan saya meleset. Hanya segelintir sahaja yang benar2 'terpelihara' dari cengkaman jahiliah. Kebanyakan mereka bermula dari seorang yang biasa. Bila diperkenalkan dgn usrah pada awalnya, tak berapa komited dan berminat. Asyik 'lari' dari program. Mengelat. Berbagai alasan diberi. Bila diperhati, antara sebab utama tak berapa berminat:

1) Tak benar2 memahami kenapa join usrah atau mengikuti tarbiyah
2) Merasa 'berat' untuk memberi komitmen
3) Naqib tak best

Yang paling membuka mata saya ialah kisah perjalanan hidup pengendali program. Saya sangka si dia merupakan graduan sekolah agama dan sudah lama berkecimpung dalam jalan dakwah. Rupanya salah lagi.Tu la cepat sangat melabel *aduh*. Titik tolak perubahan beliau bermula pada tahun kedua di universiti di UK. Tahun pertama tersia-sia dek kerana tidak benar memahami gerak kerja dan objektif dalam tarbiyah. Niat asal hanya ingin menjadi baik namun oleh kerana pengisian2 yang di dengar dirasakan berat maka mulalah adegan 'kejar-mengejar'. Lari dari program-program. Namun, atas hidayah Allah SWT beliau akhirnya tersedar melalui qudwah ataupun contoh dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakan se'batch' beliau yang dahulunya perangai juga lebih kurang sama.

Kesimpulan yang saya dapat ialah kadang2 kita mudah meletakkan label pada seseorang dgn melihat pada keadaan semasa seseorang. Kadang2 kita rasa kita teruk padahal ada orang pernah lagi teruk dari kita di zaman jahiliyahnya. Sesi taaruf ini mencetus kembali semangat untuk 'kembali'. Walaupun sejarah hidup sebelum ini telah terukir beratus kali jatuh bangun diri ini namun insyaallah tidak mahu dikorbankan fikrah yang ada. Ameen

Friday, February 17, 2012

Bertatih Ke Pintu Itu

Hanya berbekalkan sedikit cahaya
Ku meredahi kegelapan tempat ini
Dahulunya tempat ini agak terang
Getus hati diiringi dengan tapak kaki melangkah

Terlihat olehku bermacam gambar di dinding
Senyum tawa dan tangsan duka terpapar daripadanya
Bau busuk hanyir menyelubungi namun ku tahankan sahaja
Ini peluang untukku menyelami diri kembali

Nota-nota penuh berselerakan di merata tempat atas lantai
Menyimpan seribu satu melodi emosi yang tidak pernah terungkap
Andai dibukukan jadilah seperti novel kehidupan yang tragis dan sadis
Bisa merubah manusia optimis menjadi pessimis

Perjalanan diteruskan dengan menemukan sebuah monumen
Berbunga jiwaku melihatnya
Cinta sepenuh jiwa
Ku mendekati dan terlihat sepucuk surat tersisip di celahan aksara itu
Tertulis 'Aku masih menunggu janji-janji mu'

Aku kebingungan sementara
Gerangan apakah yang telah dijanjikan oleh diriku?
Ya, sudah kuingat namun diri ini lebih suka untuk berdalih
Ya, aku akur akan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan
Namun diri ini bukanlah seperti dulu
Jikalau dahulunya berlari laju di landasan
Kini bertatih dan tersungkur

Menggenggam erat surat lalu diteruskan kembara
Terdengar olehku suara
'Bagaimana untuk merealisasi impianmu jika dirimu sendiri yang menjadi onak duri?'
Berderau darahku, ingin sahaja ku menghayun buku lima namun terhenti oleh kebenaran ayatnya
Ku menoleh ke kiri,kanan,depan dan belakang tiada siapa kecuali hilaian sinis

Akhirnya ku temukan jua pintu keluar
Pintu yang berkunci serta berkarat
Seperti sekian lama sudah tidak terjaga
Alangkah sedihnya!
Pintu ini tidak terbuka sepenuhnya
Setelah separuh nyawa ku menolaknya

Kini ku hanya mampu tersandar di tepi
Mengintai di celahan, berharap agar pertolongan daripada Yang Tercinta
Pertolongan untuk membuka lantas menggubah semula taman ini
Taman yang dijanjikan keindahan sejati bila Dia di sini
Syurga dunia yang bernama hati

Monday, January 16, 2012

Qawi

'Ana yakin enta boleh jadi penggerak yang qawi'..Kata-kata itu masih segar di ingatan sy, diucapkan oleh seorang tokoh daei muda yang berjasa besar di bumi New Zealand ini..Bicara santai tetapi berisi di masjid,tatkala yang lain keluar bersiar-siar di sekitar Wellington..Ahh..indah dan damai sungguh jiwa mengenangkan memori-memori di sana. Subhanallah, terasa diri ini sangat berbeda namun entah bagaimana jauh dalam diri ini mengatakan 'This is real Muhammad Hilmi'..Namun hati dan minda lebih mudah untuk menjauhi kata-kata ini..laksana angan-angan..ibarat mencapai bintang di angkasa..

Kini aku ibarat layang-layang yang tidak bertuan..Kadang kala terbang bebas ria membelah awan. Bila angin tiada jatuh tersungkur menyembam ke bumi..Kitaran ini ibarat lumrah yang sudah tertulis untukku..Tidak..sama sekali tidak..Walau sekotor manapun lumpur yang terpalit, walau sebesar dunia ,dosa-dosa ku perbuat, diri ini yakin hanya diriMu yang bisa memanjakanku di pangkuanMu ,dengan rahmat dan kasih sayangMu yang tiada terbatas..Ya Allah, sesungguhnya diri ini keliru dan penakut...aku ingin kembali tetapi ada sesuatu di diri ini seolah-olah merantai diriku..ku cuba untuk melakukan yang terbaik di dua dunia,namun akhirnya aku terjatuh di dalam dunia yang ketiga..kadang2 terasa sunyi, kosong, sedih..Aku tidak suka semua ini..Kerna aku yakin hidup ini adalah untuk merasa bahagia..bukannya bahagia mengumpul harta dan seisinya namun bahagia apabila memiliki cahaya (Nur) yang ada di dalam jiwa, bersinar dari dalam dan menyerlah dengan terangnya ke luar..

Ya Allah, aku sangat takut akan kehilangan sesuatu yang sangat kucintai namun untuk kehilanganMu adalah penyesalan yang abadi.. =')

p/s: Sekian lama tidak berkarya, membuang lalang2 yang tumbuh mekar di belog ini..huhu