Monday, December 3, 2012

Minggu Pertama


Alhamdulillah, sudah lebih seminggu sy telah berada di tanah air tercinta. Syukur kerana dengan izin-Nya dapat kembali bersama keluarga tercinta. Sejuk mata melihat sawah padi yang terbentang luas, sekawan bangau terbang melintasi kawasan hijau mengindahkan lagi panorama itu.

*   *   *   *  
Kebanyakan daripada pelajar2 oversea selalunya akan membuat checklist, makanan apa yang dimakan,tempat mana yang nak dituju. Maklumlah, ada yang bertahun-tahun tak merasa keenakan PizzaHut, KFC dan sebagainya. Bagi sy, tidaklah menjadi kesalahan. That's normal. Personally, I don't have that kind of checklist. Memang ada benda yang sy teringin tapi taklah menjadi satu kemestian yang wajib. Kalau ada,ada. Kalau tiada tak mengapa. This is only applicable to me.This time I have to control my food intake so that at least I can maintain my body weight.hehe

Oh terlupa, sy pulang ke Aloq Staq bersama dengan ayah yang kebetulan ada mesyuarat di Putrajaya pada hari ketibaan saya dari Auckland. Kasihan melihat beliau. Outstation yang tak henti-henti. Sekejap di KL, malam di Alor Setar,esok pagi ke Ipoh,lusa di KL. I really admire him as my role model. Okey,move on to next story. We helped out and attended a wedding event this week. My cousin got married with a guy from Penang. Setelah ber'chit-chat' dengan ibu, makcik2, pakcik2 n saudara-mara, banyak perkara juga sy belajar tentang perkahwinan nih. Majlis nampak sederhana namun total cost almost mencecah 10k ringgit..termasuk hantaran (kot). In my opinion, one should consider many factors before getting married. Pertama, tentang harta.Kewangan kita dan bakal pasangan. Sudah ada kereta atau tidak (untuk si lelaki). Sememangnya dalam Islam kata pernikahan yag lebih sederhana adalah lebih barakah tapi maklumlah, budaya orang kita. Bukan sahaja kita berkahwin dengan individu, namun kita turut berkahwin dengan keluarga serta masyarakat sekitarnya.

Lihat juga keadaan semasa bakal pasangan itu. Mungkin dia anak sulung dan mempunyai adik2 kecil,jadi mungkin dirinya diberi tanggungjawab atau 'expectations'  yang lebih oleh ibu-bapa . Atau mungkin dia anak bongsu,yang masih ingin sedikit masa untuk bermanja,bermadu kasih dengan ibu-bapanya,kerana setelah berumah tangga, situasi akan berbeza. Tanggungjawab bertambah.Give an ample time.

Dan yang paling penting, pengetahuan agama dan akhlaknya. Teringat kisah salah satu ahli keluarga jauh yang putus tunang dengan seorang lelaki, atas sebab kantoi tak reti baca doa makan. Itu yang sy dengarlah dari ibu.Wallahu alam. Mungkin famili yang berkaitan lebih tahu. Bila melihat diri sendiri, terasa banyak kelemahan yang perlu diperbaik.

*  *  *  *
 Apapun, janganlah mengharapkan sangat bakal pasangan kita 'perfect' in every sense. Kita cermin diri kita juga. Cuma mungkin kedua-dua perlu seiring berusaha sebaik mungkin untuk memperbaik diri kita. Sedikit-sedikit berkorban dan meninggalkan apa yang perlu. Jangan mudah putus asa dengan rahmat Allah SWT. Jangan menilai masa hadapan kita dengan penilaian tahap semasa,atau lebih kasihan,'kita yang dahulu'. Yakin dengan kemampuan diri sendiri dan lebihkan usaha untuk mendekati-Nya. Ya, dugaan sentiasa datang tak dijemput.Usikan,gurauan,godaan dari syaitan yg bernama manusia atau jin datang menyelinap secara halus yang kadang2 kita tak mampu kita sedari.Banyakkan berdoa,bukan untukmu sahaja,malah untuk dia,jika benar kau cinta.   :)

kalau bab ni suka ko eh tulis panjang2.babab satgi!

Ok, berdasarkan pemerhatian sy beberapa hari ni, sebenarnya anak-anak muda ini ada kecenderungan untuk mengetahui tentang ad-deen (Islam).Kemunculan Uztaz Azhar Idrus (UAI,Uztaz Youtube) sebenarnya telah menyumbang jasa yang besar dalam menarik minat mereka ini untuk mengenal agama mereka. Walaupun banyak soalan2 yang diajukan agak menjengkelkan dan agak lawak,namun  ini semua 'baby steps' yang fundamental. Contoh yang direct, adik-adik aku sendiri. Sy pun perasan yang mereka ni tahu banyak perkara,juga merupakan peminat UAI.Cuma sayangnya mungkin pengaruh rakan sebaya dan juga ketiadaan orang yang bersungguh-sungguh ingin membimbing yang menyebabkan keinginan itu terperosok di dalam hati, hiburan lebih dominan.


Sy bukanlah perfect pun, cuma mungkin mereka masih muda dan tidak mendapat pencerahan yang details sebagaimana yang sy pernah dapat. Alhamdulillah. Dulu agak janggal untuk selalu mengajak mereka ke masjid sebab mereka tahu abang mereka ni pun 2 kali 5 sengal jugak. Bukan untuk menunjuk malah sebenarnya ini adalah satu amanah,satu beban atas sebab fikrah yang ada perlu disampaikan dan di'hidup'kan dalam kehidupan saya dan mereka. Atau lebih tepat, membumikan fikrah yang telah diterima dan difahami kepada orang2 terdekat dan insyaallah kepada masyarakat sekitar. I admit that if I were not the one who need to initiate and force myself to get out from my comfort zone, then I would get 'drowned' as well. Bcoz my Qarin/satan is so pleased if I revert back to my 'old' mode.Ya Allah mintak jauh. Mari berdoa banyak2 agar kita terus diberi taufiq dan hidayah daripada-Nya. :)

Sebelum mengundurkan diri, eloklah kiranya entri kali ini diakhiri dengan petikan kata-kata oleh Said bin Jabir R.A;

     "Sesunggunya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan dia masuk neraka. Dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menjadikan ia masuk syurga. Hal itu adalah kerana perbuatan baiknya itu menjadikan dia bangga dengan dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun seta betaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu".