"Aku rasa die yang curik duit ko..Ko tengok perangai die dah tau..takde orang lain dah", tegas A kepada B bahawa C yang mencuri duit B.
Hurm..adilkah kita nak menghakimi seseorang berdasarkan perangai lahiriahnya? Situasi ini memberikan fitnah besar kepada C,sekiranya bukn dirinya yang mencuri duit B.. Walaubagaimanapun, bukan jenis fitnah ini yang cuba dibawa oleh saya untuk 'post' kali ini..Pernah tak kita dengar fitnah ke atas diri sendiri??
Huh?macam mana tu?
Apa perkara yang boleh membawa fitnah diri sendiri?
Bagaimana nak elakkan fitnah sebegini?
OK..ini sekadar pandangan peribadi..bukannya penjelasan daripada alim ulama'..Bagi saya, fitnah kepada diri sendiri lebih besar kesan buruknya berbanding fitnah kepada orang lain.
Fitnah kepada diri sendiri boleh merujuk kepada segala perbuatan yang kita lakukan (lebih-lebih lagi yang tidak elok, juga yang bertentangan dengan agama) yang akhirnya memberi imej buruk pada diri sendiri. Mengapa fitnah kepada diri sendiri lebih teruk daripada fitnah orang lain?
Jika seseorang yang dikenakan sesuatu pertuduhan di mahkamah (seperti pertuduhan rasuah dan sebagainya) dan akhirnya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, paling tidak pun kebanyakan orang tahu fitnah ke atas dirinya berkemungkinan besar adalah salah. Sama ada betul atau tidak pertuduhan itu, lama kelamaan orang akan mula melupai fitnah yang pernah dilemparkan ke atas dirinya.
Bagaimana kalau fitnah kepada diri sendiri? Contohnya Mat (bukan nama sebenar) seorang mahasiswa yang sederhana baik dari segi tingkah lakunya. Namun pada suatu hari, dia termakan ajakan rakannya untuk menghadiri sebuah majlis hari jadi. Pada sangkaannya, majlis itu hanyalah satu keraian yang biasa. Rupanya majlis itu diadakan di sebuah disko. Mat cuba melarikan diri dengan memberikan bermacam-macam alasan tetapi atas desakan rakannya,dia tidak berjaya.. Lebih teruk lagi, Mat diberikan minuman yang disangka jus oren padahal telah dicampur pil ecstacy ke dalamnya. Mat terus hanyut..Keesokan harinya, Mat membuka laman Facebook dan mendapati bermacam-macam gambarnya yang kurang senonoh telah di'upload' oleh rakannya. Mat sangat berang dengan tindakan rakannya, namun jika difikir kembali daripada awal,,SALAH SIAPA?
Mat cuba menjawab segala pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya dengan penuh teliti dan berterus-terang tetapi majoriti semua tidak mempercayai kata-katanya. Hinggakan beberapa tahun selepas itu ,ada lagi sesetengah orang membangkitkan kisah memalukan itu.
Jadi,,apa kesimpulan daripada cerita di atas? Mat sebenarnya diberi PILIHAN untuk pergi ke tidak ke majlis itu,WALAUPUN didesak sebegitu hebat oleh rakannya, sepatutnya dia tidak patut mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya sebagai seorang muslim. Sememangnya kita ingin menjaga hubungan baik dengan rakan namun tidaklah agama menjadi gadaian untuk merapatkan sesuatu persahabatan. Mat diberi pilihan untuk mendatangkan fitnah ke atas dirinya atau tidak, lebih-lebih lagi dia sendiri tahu disko itu bukanlah tempat yang baik untuk menyambut hari lahir. Sekiranya dia bertekad untuk tidak sama ikut ke majlis itu,walaupun mungkin menyebabkan rakannya tersinggung, makanya fitnah yang besar itu tak akan menghantui dirinya hingga bertahun-tahun.
p/s: Dalam kehidupan seharian, kita sebenarnya selalu dihadapkan dengan pelbagai pilihan, termasuklah pilihan hendak berbuat baik atau tidak, menolak potensi musibah atau tidak. Itupun kalau kita pandai mengawal diri sepeti bertindak SELEPAS berfikir,bukannya bertindak atas emosi semata-mata tanpa penimbangan yang rasional dan lebih penting, bertepatan dengan syariat.
Entri kali ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri. Perkongsian yang baik untuk sesiapa yang berkesempatan membacanya. Sebarang kekurangan haraf dimaafkan.Bersama-sama kita saling mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak mudah mendatangkan fitnah kepada diri sendiri. :)