Sudah bersawang rupanya blog kesayangan ini..hampir sebulan juga tidak mencoret..biasalah,lumrah bila mula sibuk dengan musim peperiksaan..buku nota dan 'past years exam paper' menjadi kawan karib..Bila tension, cari rakan untuk gelak sakan,cari al quran menjadi pedoman dan ketenangan..
Haih,musim peperiksaan memang memenatkan dan menekan jiwa nan minda. Di sebalik kesibukan ini,jari jemari kadang kala gatal untuk membuka YouTube..tertarik dengan sebuah lagu lama bertajuk Sunnah Berjuang dendangan Nada Murni, kumpulan nasyid yang masyhur suatu ketika dulu..Kumpulan ini pernah diterajui oleh allahyarham Ustaz Asri,mantan ketua Rabbani..
Lirik lagu ini sangat mendalam..tatkala jiwa diserang resah dan keluh kesah, bait-bait lagu ini sedikit sebanyak menyedarkan kembali bahawa hidup di dunia,terutamanya seorang Muslim,memang dituntut untuk berjuang..antara 'line' yang menjadi 'azimat' sy seperti
'berjuang TAK pernah senang'..inilah SUNNAH orang berjuang.."berjuang ertinya terkorban"..
p/s: jalan juang itu sangat luas..daripada berjuang utk 'exam' hinggalah menentang hawa nafsu..jom tingkatkan semangat juang.. (^^)
::Ini link video Sunnah Berjuang by Nada Murni
http://www.youtube.com/watch?v=zp-eTAcPgeM
No comments:
Post a Comment