Friday, July 20, 2012

Ramadhan: Mindsetting



Alhamdulillah..dengan izin-Nya kita berjaya sampai di bulan Ramadhan. Sungguh, tak terucap dengan kata-kata untuk menyatakan perasaan gembira dan teruja. Anda sendiri dapat merasakan 'Ruh' yang luar biasa. Adapun di bulan mulia ini, ramai orang terutamanya Muslim berbondong-bondong ke masjid, surau atau masjid bergema dek alunan ayat-ayat Al-Quran. MasyaAllah. Ada juga golongan peniaga yang sudah terbayang durian runtuh yang bakal diterima terutamanya mereka yang berniaga di bazar-bazar Ramadhan.


Lazat bukan? Mungkin senario yang hampir sama di atas meja rumah kita sepanjang bulan Ramadhan. Terasa sangat nikmat bila seharian menahan lapar dan dahaga, akhirnya tekak dibasah dengan air 'honeydew' dan lidah merasa enaknya murtabak. Akhirnya, tanpa sedar, perut sarat penuh terisi. Selepas solat tarawikh, ada pula 'supper Ramadhan edition' yang nama popularnya moreh.Keadaan ini berlarutan hingga berlabuhnya tirai Ramadhan dan tiba pula hari raya yang dinantikan. Apa erti Hari Raya Aidilfitri bagi anda?Apa objektif yang kita nak capai seusai Ramadhan?

Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar ayat suci di bawah:




Wahai orang-orang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa. [Surah Al-Baqarah:183]



Jadi, ringkasnya Allah menyeru kita supaya berpuasa, dengan harapan kita bertaqwa. Perkataan 'la'allakum' itu sendiri bermaksud 'dengan harapan'. There's is hope but no guarantee that we can gain 'taqwa' as we strive for.  Adakah kita melihat Ramadhan hanya bulan yang menyuruh kita berlapar dan dahaga semata-mata ataupun satu peluang yang sangat besar kurniaan Allah untuk kita melatih dan melakukan transformasi diri? Fikir sejenak. Allah SWT telah mengikat syaitan-syaitan,menutup semua pintu neraka dan membuka pintu-pintu syurga.  Betapa kasihnya Allah dalam membantu hambaNya untuk merubah dengan mengurangkan dugaan-dugaan dengan terbelunggunya syaitan. Ramadhan seharusnya menjadi 'training ground' kita untuk berjuang untuk mengubah diri ke arah lebih baik dan terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaNya selepas bulan Ramadhan.

Tidak salah untuk menikmati segala jenis makanan atau lain-lain.Cuma yang silapnya bila kita meletakkan fokus ramadhan bukan pada tempatnya. Marilah kita bersama melihat Ramadhan tahun ini dari sisi yang lain.

Tiga puluh hari untuk kita mengurangkan perkara lagha
Tiga puluh hari untuk kita mujahadah untuk mengawal nafsu
Tiga puluh hari untuk biasakan diri dengan amalan kebajikan
Tiga puluh hari untuk benar-benar merasa kebersamaan atas dasar mengejar redha Allah
Tiga puluh hari untuk memenuhkan dada dengan ayat suci Al Quran
Tiga puluh hari untuk membersihkan fikrah,meluruskan kehidupan

InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat mencapai tingkat taqwa yang lebih tinggi, taqwa yang lebih harmoni sebagai objektif puasa yang dinyatakan Allah SWT menerusi ayat Al-Baqarah di atas. Jika demikian, saya,anda,dia dan mereka layak untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan senang hati, kerana kita meraikan prestasi amalan dan kehidupan di bawah lembayung Islam, bukannya kerana tamatnya sudah tempoh keletihan selama 30 hari. Keberkesanan Ramadhan pada diri kita sebenarnya dinilai pada hari-hari selepasnya. Wallahu alam. Semoga  penulisan ini menjadi peringatan yang berguna pada diri sendiri dan lain-lain.Selamat beramal! :)





Si kecil ini pun dah berlari-lari mengejar solat jemaah. Kita?hihi


Monday, July 16, 2012

Abah

Tajuk post hari ini agak random. Sebabnya hari ini adalah hari bersejarah Encik Abd Halim bin Ahmad, seorang bapa, seorang mentor dan seorang lelaki yang macho serta berkarisma. Jujurnya, masa kecil dahulu sy tak rapat dengan abah sebab dia garang. Sy sendiri pun buat jahat kat sekolah rendah diam2..last2 bila kantoi, kena rotan dan sebagainya baru la 'behave' sikit. Dan sy sendiri seorang yang pendiam dan pemendam rasa. Jadi, apa-apa rasa seperti tidak puas hati, marah, kecewa ku pindam dalam2 di dalam sanubari sahaja,biarlah menangis di dalam,asal tak terluah pada zahirnya (ayat nak geli je). Dan sy bukan jenis memberontak. Ikut je cakap parents. Bila dah masuk darjah 4 hingga darjah 6, fokus kat stadi je..berubah atas sebab kasihan dekat ibu-bapa. Alhamdulillah, ada rezeki,dpt masuk skolah asrama penuh 5 tahun. Namun keadaan ini menyukarkan sy untuk mengenali peribadi ibu dan abah sebab jarang duduk berbual sekali. Even masa cuti sekolah pun, lebih menghabiskan masa dengan komputer. Cuma semangat untuk berjaya dengan cemerlang sentiasa ada bila mengingatkan susah payah mereka datang ke sekolah yang ceruk di kampung hampir setiap minggu. Dipendekkan cerita, dapat pulak scholarship MARA dan sambung buat persediaan di Kolej Mara Seremban. Alahai, adik-beradik dan family semua ada di Kedah. 7 tahun berjauhan dengan family. Dan kini terdampar di bumi New Zealand.Another 3 years.

Bila jarang2 dengan family, dapat lihat bagaimana adik-beradik lain lebih rapat dgn my parents. Kadang2 rasa inferior bila banyak perkara yang sy tak tahu psl abah tp adik2 lain sudah arif. Kadang2 terasa kekok bila nak 'start' rebuilding our relationship. Alhamdulillah, bila semakin meningkat usia, makin terasa perlu untuk keluar dari pemikiran2 begitu, terasa perlu untuk berkomunikasi dan berhubung secara matang dengan parents, sekarang sudah tidak kekok untuk berbicara dengan panjang lebar. Kini abah melayan kami,adik-beradik lelaki yang sudah besar panjang seperti teman. Terasa lebih mesra. Dan lebih selesa bila berdiskusi tentang hal-hal masa hadapan.*if you get what i mean.

Seriously, I really admire him. I wish I can be a very good father and husband in future just like him.
Insyaallah, selagi hayat dikandung badan, sy akan menjaga abah dan ibu hingga ke hembusan nafas terakhir. Semoga Allah memberi peluang untukku mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil  :)