Monday, July 16, 2012

Abah

Tajuk post hari ini agak random. Sebabnya hari ini adalah hari bersejarah Encik Abd Halim bin Ahmad, seorang bapa, seorang mentor dan seorang lelaki yang macho serta berkarisma. Jujurnya, masa kecil dahulu sy tak rapat dengan abah sebab dia garang. Sy sendiri pun buat jahat kat sekolah rendah diam2..last2 bila kantoi, kena rotan dan sebagainya baru la 'behave' sikit. Dan sy sendiri seorang yang pendiam dan pemendam rasa. Jadi, apa-apa rasa seperti tidak puas hati, marah, kecewa ku pindam dalam2 di dalam sanubari sahaja,biarlah menangis di dalam,asal tak terluah pada zahirnya (ayat nak geli je). Dan sy bukan jenis memberontak. Ikut je cakap parents. Bila dah masuk darjah 4 hingga darjah 6, fokus kat stadi je..berubah atas sebab kasihan dekat ibu-bapa. Alhamdulillah, ada rezeki,dpt masuk skolah asrama penuh 5 tahun. Namun keadaan ini menyukarkan sy untuk mengenali peribadi ibu dan abah sebab jarang duduk berbual sekali. Even masa cuti sekolah pun, lebih menghabiskan masa dengan komputer. Cuma semangat untuk berjaya dengan cemerlang sentiasa ada bila mengingatkan susah payah mereka datang ke sekolah yang ceruk di kampung hampir setiap minggu. Dipendekkan cerita, dapat pulak scholarship MARA dan sambung buat persediaan di Kolej Mara Seremban. Alahai, adik-beradik dan family semua ada di Kedah. 7 tahun berjauhan dengan family. Dan kini terdampar di bumi New Zealand.Another 3 years.

Bila jarang2 dengan family, dapat lihat bagaimana adik-beradik lain lebih rapat dgn my parents. Kadang2 rasa inferior bila banyak perkara yang sy tak tahu psl abah tp adik2 lain sudah arif. Kadang2 terasa kekok bila nak 'start' rebuilding our relationship. Alhamdulillah, bila semakin meningkat usia, makin terasa perlu untuk keluar dari pemikiran2 begitu, terasa perlu untuk berkomunikasi dan berhubung secara matang dengan parents, sekarang sudah tidak kekok untuk berbicara dengan panjang lebar. Kini abah melayan kami,adik-beradik lelaki yang sudah besar panjang seperti teman. Terasa lebih mesra. Dan lebih selesa bila berdiskusi tentang hal-hal masa hadapan.*if you get what i mean.

Seriously, I really admire him. I wish I can be a very good father and husband in future just like him.
Insyaallah, selagi hayat dikandung badan, sy akan menjaga abah dan ibu hingga ke hembusan nafas terakhir. Semoga Allah memberi peluang untukku mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil  :)

No comments:

Post a Comment