Wednesday, July 11, 2012

BERSATU Games 2012

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis akhirnya berkesempatan jua mencoret sebuah entri di sini. Seperti yang tertera pada tajuk, entri kali ini tentang  BERSATU Games, kejohanan sukan yang diadakan di kalangan pelajar Malaysia yang belajar di New Zealand. Rasa seperti pernah tulis tahun lepas tapi tak apa. Tahun ini berbeza dengan 2 tahun lepas kerana tahun ini sy diberi kepercayaan untuk memimpin sebagai ketua kontinjen,bersama dengan 'sports officers' yang lain. MasyaAllah, tugas ini sememangnya berat jika dikira usaha-usaha untuk merekrut,membina,melatih para atlet semenjak dari awal tahun. Nak pujuk orang supaya 'join' this BERSATU Games ternyata sukar. Dua tiga kali approach baru la nak. Tu belum lagi orang yang 50-50 dan mereka yang tarik diri 'last minute'.

Semasa kejohanan berlangsung, ada juga drama2 atau konflik2 dalaman berlaku. Alhamdulillah, berkat inayah dan petunjukNya, berjaya juga kami keluar dari permasalahan dan seterusnya mencapai kejayaan. Sungguh banyak memori, pengalaman dan pengajaran yang sy dapat. Antaranya kekuatan mental, ketenangan dan fokus yang super tinggi amatlah diperlukan untuk mengharungi setiap perlawanan dalam usaha mendapatkan pingat emas.  Walau bagaimanapun, pingat emas, perak atau gangsa bukanlah kayu ukur mutlak dalam menilai prestasi keseluruhan sesebuah kontinjen. Biarpun tak mencapai target yang digariskan sebelum ini, namun sy amat berpuas hati dengan disiplin,komitmen dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh kontinjen sepanjang BERSATU Games. Ada peningkatan prestasi ke tahap yang membanggakan dalam sebahagian sukan yang dipertandingkan.

Saya percaya segala yang kita tempuhi dalam hidup sama ada suka mahupun duka, pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sepanjang penglibatan saya di dalam Bersatu Games. Mungkin ada  yang kurang senang dengan adanya sy bersama yang lain di dalam kejohanan ini namun percayalah pasti ada hikmah yang kalian tidak nampak tetapi kami dapat merasainya. Insyaallah