Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Kembara kasih merentasi masa

Every time I try to rise above
I'm swept away by love (Drowning, Backstreet Boys)

Lirik-lirik lagu yang tangkap leleh seperti di atas mungkin sudah biasa menusuk jiwa dan minda , terutamanya mereka yang sedang dilamun cinta. Hari demi hari, lagu-lagu tersebut sudah berputar dengan sendirinya di dalam kepala..Wah hebatnya penangan cinta..Teringat zaman sekolah dulu, kalau boleh setiap lagu cinta ada signifikan yang tersendiri dalam hidup..Siap fikir nak kahwin..Punyalah jiwang karat..Cuma zaman tersebut boleh dikatakan mentah..sangat sedikit pengalaman hidup..kurang rasa tanggungjawab..yang tahu seronok rasa bercinta..

Tahukan anda, cinta itu memang indah tetapi juga didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan? Lebih penting lagi, tahukan anda, cinta itu sendiri boleh berubah bentuknya apabila melalui pelbagai fasa kehidupan?

Contohnya, saat bercinta awal-awal dahulu, dua pasang kaki rajin melangkah ke mana-mana destinasi yang dirasakan boleh membuatkan pasangan itu memadu kasih..Pelbagai aksi romantik dilakukan bersama..Terasa hidup sangat bahagia..Kalau boleh setiap masa nak rasa bersama dan diberi perhatian..Namun bila fasa hidup baru menjadikan hidup semakin dibebani dengan tanggungjawab dan kerja, waktu yang dahulunya sentiasa ada untuk cinta kini semakin berkurang..Tika itu salah satu merpati atau kedua-duanya akan mula terasa kesepian,kesunyian..Dikenang kembali saat-saat indah bersama, terasa sedih, seolah-olah si dia sudah mula melupakan..timbul juga berbagai-bagai persepsi negatif..

Jika Tuhan berkehendak pasangan itu bersama, maka perkahwinan menjadi klimaks kisah sebuah cerita cinta..nikmat raja sehari semestinya menjadi memori paling indah...kini bersambung semula drama cinta versi baru..kalau dahulunya teragak-agak kini dengan senang hati berdua mewarnai kehidupan bersama dengan cinta..

TETAPI

Benarkah cinta itu sentiasa indah, tanpa masalah dan halangan dan tidak berubah?..Aduhai, sedangkan lidah tergigit, inikan suami isteri..Kalau dulu si lelaki rajin ajak keluar makan bersama,,kini semakin liat untuk berbuat begitu..Pulangnya dari kerja, terus merebahkan badan ke atas katil..sekadar mampu tersenyum simpul kepada isteri yang bertanya..Dulu hampir setiap 3 kali seminggu ke KFC, kini hujung minggu sahaja..Persoalannya, adakah cinta sudah pudar apabila mengalami situasi-situasi lebih kurang sebegini?

Bentuk cinta itu sudah berubah..seiring dengan kematangan yang mengembara bersama masa..Definisi cinta sudah meluas..Seperti yang telah dinyatakan di atas,,kalau dahulu cinta bermakna seronok-seronok,kini perlu ditanam di dalam sanubari dan minda bahawa pakej cinta itu sendiri didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan..Bersangka baik,belajar untuk memahami dan memaafkan..Niat si suami bekerja sampai kepenatan adalah untuk menyara keluarga, membahagiakan isteri dengan cukupnya perbelanjaan untuk rumah tangga namun andai si isteri berfikir ke arah yang bertentangan, alangkah sedihnya.. begitu juga sebaliknya..Cuba melihat kasih sayang yang dipancarkan oleh seseorang dalam bentuk yang lebih luas,bukan hanya cinta antara berdua..Teringat dengat abah..Pergi ofis awal pagi dan pulang lewat petang..sudah tentu keletihan..namun masih juga mampu mengajar kami anak2 mengaji pada waktu Maghrib..kesannya sudah tentu besar kepada anak-anak apabila mereka sudah besar..Dan masih sempat juga bergurau senda dengan ibu..subhanallah, kalau cinta itu ihklas keranaNya,
lebih mudah untuk meminjam kebahagian lebih lama daripadaNya.. :)


p/s: dah lama x upload gambar dalam blog

Sunday, July 10, 2011

Redha

Dejected, speechless, but finally managed to smile..Mesti ada sesuatu di sebalik kejadian..Siapalah aku,hanya hamba..demi setiap detik hidup ini yang berada di dalam 'genggaman' Nya..saya hanya pasrah dan redha atas segala ketentuan..Calar yang semakin banyak di dalam hati menjadikan diri semakin lali dgn takdir yang menimpa..atas nama agama yang tercinta, ingin saya menggenggam erat falsafah yang bahawasanya hidup sebagai Muslim adalah hidup berasaskan adab hamba terhadap tuan,yakni Allah SWT..cuba menanam sedalam-dalamnya keyakinan dan keimanan terhadapNya.. :)



p/s: Semakin kuat cintamu kepadaNya, semakin kuat jualah cintaku

Tuesday, May 3, 2011

Of people

I've found it hard to understand some people's unpredictable behavior..sometimes they are seem to be a happy-go-lucky person while at times as moody and oversensitive creatures..Some expect others to care about them like five-year-old kid but they themselves are egocentric and relatively opportunist..take things for granted..Come on,be matured..I don't think I need to explain in details what,how,why you should do this and that every time bcoz I believe that at this age we are supposed to be sensitive (not the annoying sensitive one) enough to 'read any situation that could be improved' and then react.. cheers :)

Tuesday, April 19, 2011

Stress is proportional to Age?

Bila keadaan sukar terutamanya ketika membuat 'assignment' yang banyak dan susah..freakishly time consuming..sukacita mengingatkan diri mengenai ibu and ayah sendiri..mereka lagi busy kot! bila ingat2 balik dgn mengambil contoh ayah sendiri..

Pagi: bersiap di awal pagi tapi terpaksa bergegas ke tempat kerja kerana melayan karenah adik yang kebiasaannya lambat ke sekolah.. Kemudian lewat petang baru balik..kadang2 kena pergi sana dan sini menguruskan urusan rumah tangga seperti bil telefon, internet dan sebagainya..
semestinya keletihan sampai di rumah..tapi yang sy respect sgt dgn beliau ialah kesediaannya meluangkan masa bersama anak2 keluar bila mlm..esp makan luar..dpt pulak anak2 yg suka mkn..walla

Ibu pun sama..letih kot melayan karenah budak-budak sekolah!..namun tanggungjawab mengatasi rasa letih sekembalinya dari sekolah..mengemaskan rumah dan sebagainya..

dengar semua cerita ni mcm 'cliche' tapi sejauh mana kita menghargai dan menghayati perit jerih mereka menjalankan tanggungjawab mereka yang berganda setelah berkahwin dan berkeluarga..

p/s: juz wanna remind myself that life is not getting easier,it's the other way around..
baru susah sikit nak mengomel..nanti dah ada isteri dan anak..lagi la besar tanggungjawab.lg stress kot!..
cheers :)

Wednesday, April 13, 2011

Bowling jom

Sudah lama tidak menulis, apatah mencurahkan idea di sini.. Kehidupan seorang pelajar yang sibuk tidak menentu..mencuba untuk mencuri masa untuk berehat atau berhibur..cuti 2 minggu tidaklah bermakna sangat jika anda dilambakkan dengan assignment..

-2 lab reports, 3 essay assignments (1500 words EACH)..NICE lah.

I really wanna enjoy this holiday.Even a trip for bowling game would satisfy me, shut my mouth from whining about these assignments and then mindlessly sit in front of lappy for hours
Cheers :)

Saturday, February 5, 2011

What did you get?

1) Rediscovery of confidence
2) Remodeled family and financial planning
3) Extra centimeters of body waist

Tuesday, January 4, 2011

Welcome 2011

Mission:
1) Educate myself the importance of being frugal at times..spend less for myself but spend more for the others..erti hidup pada memberi kan?

2) Maintain my academic achievement so that I can further my study for BSc Hons..(insyaallah)

3) Learn how to cook variety of food?

4) Be more productive and effective..

5) Empowered myself with Islamic knowledge..hence it would be easy for me to confront tok kadi..
KIDDING

6) Hopefully these ambitions will not be ended up as empty talk. .

Cheers! (^^)


Thursday, December 9, 2010

Suatu Penyakit

Ada suatu penyakit..
Peritnya tidak menjadikan insan mengerang kesakitan
Malah diiringi gelak tawa dan senyuman mendabik dada

Ada suatu penyakit..
Bila semakin mudarat, semakin dirasakan nikmat hidup
Kelapangan masa dirasakan pantas berlalu
seperti aliran sungai yang mengalir laju
tatkala jari jemari ligat menaip papan kekunci
tatkala mata, minda dan hati penuh khusyuk menatapi skrin bercahaya

Ada suatu penyakit..
Jika dahulunya kitab itu menjadi teman sejati
Penggerak bagi jiwa yang sering diuji
Kini sepi tersisip di celahan buku-buku atas almari
Sekadar tatapan mata penyejuk hati

Ada suatu penyakit..
Jiwa membara yang memajukan langkah,memaniskan kata
Kini kian malap cahaya
Melonglaikan langkah,mengunci bicara

Ada suatu penyakit..
Tragisnya dapat dirasai
Hanya bila diri berusaha mencari
Sebab kekosongan yang ditemui
Setelah lamanya diulit mimpi

Ada suatu penyakit..
Sukar untuk diubati jika melarat
Pabila dipandang sebagai penawar hati
Menghadapi cubaan dunia yang maha berat



Monday, November 29, 2010

I'm tired

I feel like massive efforts = nothing..second semester that was quite useless..going back to beloved home with mixed emotion..perhaps plain emotion..i know i can't say this thing but I'm tired of waiting..tired of looking at them,in jubilant mood while myself is like a fool..day in day out with books but still the result is disappointing..tired of being optimist..in short,I'm tired in everything..



'hey man,please be strong'........easier said than done..

Ya Rabb..give me strength to face this utmost frustration..

Sunday, November 14, 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum..sekadar ingin mengucapkan selamat hari aidiladha..mari mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s..hayati bersama erti pengorbanan yang sebenar.. :)

Tuesday, November 9, 2010

Di mana silapnya?

Letih..bengang..kecewa..

"Kita punya target mesti tinggi..apa guna belajar tinggi2 tapi result biasa?Kita mesti tunjukkan contoh yang bagus..

"Ala bro,target biar realistik.target bagi lulus sudah..nanti tak la 'frust' kalau x dpt..pastu kalau dpt lagi tinggi daripada 'expectation'..kan happy..~

"Mungkin ko banyak wat dosa kot..tu rasa susah je"

"Nak wat camne,itulah ketentuan Allah..sabar ye"

Haih~~(keluhan panjang)
*Jangan mengeluh,tak baik..dosa.. :]

Sunday, October 31, 2010

Sunnah Orang Berjuang

Sudah bersawang rupanya blog kesayangan ini..hampir sebulan juga tidak mencoret..biasalah,lumrah bila mula sibuk dengan musim peperiksaan..buku nota dan 'past years exam paper' menjadi kawan karib..Bila tension, cari rakan untuk gelak sakan,cari al quran menjadi pedoman dan ketenangan..

Haih,musim peperiksaan memang memenatkan dan menekan jiwa nan minda. Di sebalik kesibukan ini,jari jemari kadang kala gatal untuk membuka YouTube..tertarik dengan sebuah lagu lama bertajuk Sunnah Berjuang dendangan Nada Murni, kumpulan nasyid yang masyhur suatu ketika dulu..Kumpulan ini pernah diterajui oleh allahyarham Ustaz Asri,mantan ketua Rabbani..

Lirik lagu ini sangat mendalam..tatkala jiwa diserang resah dan keluh kesah, bait-bait lagu ini sedikit sebanyak menyedarkan kembali bahawa hidup di dunia,terutamanya seorang Muslim,memang dituntut untuk berjuang..antara 'line' yang menjadi 'azimat' sy seperti
'berjuang TAK pernah senang'..inilah SUNNAH orang berjuang.."berjuang ertinya terkorban"..

p/s: jalan juang itu sangat luas..daripada berjuang utk 'exam' hinggalah menentang hawa nafsu..jom tingkatkan semangat juang.. (^^)
::Ini link video Sunnah Berjuang by Nada Murni

http://www.youtube.com/watch?v=zp-eTAcPgeM

Saturday, September 18, 2010

Fitnah Kepada Diri Sendiri?

"Aku rasa die yang curik duit ko..Ko tengok perangai die dah tau..takde orang lain dah", tegas A kepada B bahawa C yang mencuri duit B.

Hurm..adilkah kita nak menghakimi seseorang berdasarkan perangai lahiriahnya? Situasi ini memberikan fitnah besar kepada C,sekiranya bukn dirinya yang mencuri duit B.. Walaubagaimanapun, bukan jenis fitnah ini yang cuba dibawa oleh saya untuk 'post' kali ini..Pernah tak kita dengar fitnah ke atas diri sendiri??

Huh?macam mana tu?

Apa perkara yang boleh membawa fitnah diri sendiri?

Bagaimana nak elakkan fitnah sebegini?

OK..ini sekadar pandangan peribadi..bukannya penjelasan daripada alim ulama'..Bagi saya, fitnah kepada diri sendiri lebih besar kesan buruknya berbanding fitnah kepada orang lain.

Fitnah kepada diri sendiri boleh merujuk kepada segala perbuatan yang kita lakukan (lebih-lebih lagi yang tidak elok, juga yang bertentangan dengan agama) yang akhirnya memberi imej buruk pada diri sendiri. Mengapa fitnah kepada diri sendiri lebih teruk daripada fitnah orang lain?

Jika seseorang yang dikenakan sesuatu pertuduhan di mahkamah (seperti pertuduhan rasuah dan sebagainya) dan akhirnya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, paling tidak pun kebanyakan orang tahu fitnah ke atas dirinya berkemungkinan besar adalah salah. Sama ada betul atau tidak pertuduhan itu, lama kelamaan orang akan mula melupai fitnah yang pernah dilemparkan ke atas dirinya.

Bagaimana kalau fitnah kepada diri sendiri? Contohnya Mat (bukan nama sebenar) seorang mahasiswa yang sederhana baik dari segi tingkah lakunya. Namun pada suatu hari, dia termakan ajakan rakannya untuk menghadiri sebuah majlis hari jadi. Pada sangkaannya, majlis itu hanyalah satu keraian yang biasa. Rupanya majlis itu diadakan di sebuah disko. Mat cuba melarikan diri dengan memberikan bermacam-macam alasan tetapi atas desakan rakannya,dia tidak berjaya.. Lebih teruk lagi, Mat diberikan minuman yang disangka jus oren padahal telah dicampur pil ecstacy ke dalamnya. Mat terus hanyut..Keesokan harinya, Mat membuka laman Facebook dan mendapati bermacam-macam gambarnya yang kurang senonoh telah di'upload' oleh rakannya. Mat sangat berang dengan tindakan rakannya, namun jika difikir kembali daripada awal,,SALAH SIAPA?

Mat cuba menjawab segala pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya dengan penuh teliti dan berterus-terang tetapi majoriti semua tidak mempercayai kata-katanya. Hinggakan beberapa tahun selepas itu ,ada lagi sesetengah orang membangkitkan kisah memalukan itu.

Jadi,,apa kesimpulan daripada cerita di atas? Mat sebenarnya diberi PILIHAN untuk pergi ke tidak ke majlis itu,WALAUPUN didesak sebegitu hebat oleh rakannya, sepatutnya dia tidak patut mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya sebagai seorang muslim. Sememangnya kita ingin menjaga hubungan baik dengan rakan namun tidaklah agama menjadi gadaian untuk merapatkan sesuatu persahabatan. Mat diberi pilihan untuk mendatangkan fitnah ke atas dirinya atau tidak, lebih-lebih lagi dia sendiri tahu disko itu bukanlah tempat yang baik untuk menyambut hari lahir. Sekiranya dia bertekad untuk tidak sama ikut ke majlis itu,walaupun mungkin menyebabkan rakannya tersinggung, makanya fitnah yang besar itu tak akan menghantui dirinya hingga bertahun-tahun.

p/s: Dalam kehidupan seharian, kita sebenarnya selalu dihadapkan dengan pelbagai pilihan, termasuklah pilihan hendak berbuat baik atau tidak, menolak potensi musibah atau tidak. Itupun kalau kita pandai mengawal diri sepeti bertindak SELEPAS berfikir,bukannya bertindak atas emosi semata-mata tanpa penimbangan yang rasional dan lebih penting, bertepatan dengan syariat.

Entri kali ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri. Perkongsian yang baik untuk sesiapa yang berkesempatan membacanya. Sebarang kekurangan haraf dimaafkan.Bersama-sama kita saling mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak mudah mendatangkan fitnah kepada diri sendiri. :)

Tuesday, August 17, 2010

Mental Breakdown

Is it normal or a choice? Is it possible to suffer mental breakdown even though you DON'T KNOW the very reason why you are feeling this kind of sickness? Your morale starts to deteriorate, your focus diminish from day to day, your head usually thinking i-would-say nonsense stuffs, even worse you are keeping ask yourself, WHY? Alienating 'the body' from the hectic life that seem depressing over time in any place that gives 'the body' some sort of positive energy to reignite the faded spirit. Well, it takes some days and alhamdulillah 'the mind' is slowly recovering..

p/s: Hearts of fighters never give up!.. La Tahzan.. :)

Tuesday, August 10, 2010

Of laboratories, tests,assignments..and Ramadhan

My life is getting hectic week in week out..more assignments to come..yeah,laboratories as well (really serious deal for color blind people like me)..The best thing for this month would be two tests on the same day (next three weeks, Wednesday) and assignments' due date as well. Ramadhan has just begun..so-called madrasah of imaan..not to sigh..even lambasting on these stuffs..see it as a chance to improve my imaan n hopefully for you as well..selamat menyambut ramadhan al mubarak..semoga fokus kita lebih kepada amal di bulan Ramadhan, bukannya persiapan untuk raya,ok? :)

Wednesday, July 21, 2010

Kesabaran

Perkataan ini sering kali kita dengar..jika tidak daripada mak ayah, maka rakan-rakan.."sabar bro,tidak lama lagi eloklah demam ko tu"...tak pun, yang lebih 'advance'.."Chill la dude, sosial game je pun..lek2 sudey"..Sabar..hurm..senang je nk ckp tapi untuk dipraktikkan secara ISTIQAMAH ,jujurnya susah..sangat banyak perkara yang berlaku di dalam hidup kita setiap hari dan mesti ada yang 'annoying'..kenapa kita dituntut bersabar?

Straight to the point, saya agak letih berhadapan dengan orang yang kurang sabar,membuat prasangka buruk terhadap orang lain..sikit2 melenting, bercakap menggunakan emosi,bukannya akal yang cerdas kurniaan Ilahi..jika memang ada someone itu berperangai tidak kena gaya dengan anda, berlapang dada lah..apa itu berlapang dada?menurut definisi saya, redha akan apa yang berlaku pada diri anda walaupun tidak disenangi atau menyakitkan hati..masih mampu tersenyum walaupun terluka tak terkiranya banyaknya...contohilah Rasulullah SAW..ketika detik-detik kesukaran yang dilalui baginda pada Tahun Kesedihan (tahun di mana isteri tercinta, Siti Khadijah dan bapa saudara, Abi Talib meninggal dunia)..sudahlah kehilangan dua orang yang sangat berpengaruh di dalam hidupnya, kegiatan dakwah di Makkah mendapat tentangan keras oleh orang kafir Quraisy..LAGI menyedihkan,,baginda kenudian berdakwah di Taif..dan sekali lagi baginda mendapat tentangan hebat daripada kaum di sana..hinggakan kanak-kanak disuruh untuk membaling batu-bata ke arah baginda..darah berlumuran hinggakan kasutnya basah dan becak..Malaikat Jibrail bertanya kepada baginda sama ada patut mereka2 yang zalim ini diberi balasan namun kesabaran Rasullullah SAW sangatlah tinggi menunjukkan kemuliaan teragung seorang rasul..baginda hanya meminta supaya anak2(generasi terkemudian) mereka yang akan menegakkan syiar Islam di situ (Taif) dan ianya benar-benar berlaku beberapa tahun kemudian..Subhanallah...

Jom kita belajar mendidik diri dengan kesabaran yang jitu..tidak kira apa jua cabaran sekalipun,kita cuba hadapi dengan senyuman..memang tidak dapat dinafikan,ada peristiwa-peristiwa yang sangat menguji kesabaran dan kadang-kadang kita tertewas..Tahap kesabaran yang tinggi ialah apabila anda masih mampu menahan segala godaan,nafsu (termasuk amarah) dan seangkatan dengannya sehingga hati terasa sangat pedih dan sedih jika ditahan..Jujur saya katakan, dalam melakukan apa yang dianjurkan oleh agama kita pada hari ini SANGATLAH menuntut kepada pengorbanan..lebih2 lagi,pengorbanan jiwa..macam mana tu? begini..jika dahulu anda sangat gemar mendengar lagu Black Metal namun dalam usaha hendak berubah, anda perlu MENINGGALKAN perkara yang sangat dicintai yang boleh dikatakan sudah sebati dengan hidup anda..apabila sudah lama sebati, untuk meninggalkannya JUST LIKE THAT akan menyebabkan anda berasa KEHILANGAN sesuatu..terasa hilang KESELESAAN dan KESERONOKAN hidup..baiklah,,saya mengerti...saya pun pernah mengalami dan kadang-kadang merasai perkara yang sama..TETAPI, semua ini sebenarnya pahit di awal namun manis di akhir..manis yang berkemungkinan memakan masa bertahun-tahun untuk menyedari 'kemanisan' tindakan 'drastik' anda itu di dalam perjuangan mencari keredhaan Allah di dalam hidup..tapi itulah sebabnya kita perlukan KESABARAN itu..kesabaran menunggu 'ganjaran' dari Allah..ganjaran itu pasti..Allah itu Maha Adil..usaha,yakin,sabar,tawakal...insyaallah..Semoga kembara kita dalam perjalanan kehidupan ini dilimpahi rahmat dan petunjukNya! amiin~ :)

Saturday, June 12, 2010

Nurturing gratefulness.......

Untuk post kali ni, memang nak kongsi sikit pengalaman lama ketika di sekolah dulu. Mengenai bukti kebesaran Allah SWT yang saya dah 'terlupa' buat sekian lama..Nama pun manusia..Kisah nya begini, waktu SPM dulu,tyme paper English..tengah2 mengarang tu..tiba2 idea hilang..'stucked'..walaupun dah buat mind map kat kertas kumal tapi still blur..sedikit panik..lantas saya tutup mata beberapa dan berdoa dgn penuh berserah kpdNya utk dipermudahkan 'urusan' sy pada masa itu,..dengan izin Allah..apabila saya buka mata,saya merenung 'jauh' atas permukaan meja..(yela, dah nama pun blur)..dan tiba-tiba kelihatan seperti English 1119 Essay book sy btul2 di atas meja! essay yang saya baca dua hari b4 exam!..bukanlah semua perkataan tertera di situ..cuma bayangan itu boleh dikatakan jelas..dan tidak pernah saya tulis essay selancar hari tersebut..saya keluar dewan peperiksaan dgn perasaan sgt terharu dan terasa indahnya iman..(tyme tu la....)

'Point' kisah ini bukan psl exam tapi sebenarnya banyak tanda2 jelas yang diberi oleh Allah SWT di dalam hidup kita untuk mengingatkan kebesaranNya..Cuma adakah kita sedar atau tidak..itu sahaja..Kalau sedar pun berapa lama..(sedih mengenangkan diri yang sering lupa diri..)Saya yakin hampir semua orang tahu,tiap2 kejadian yang berlaku pada diri kita,sama ada baik atau buruk, mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Namun sejauhmana kita menghayati frasa ayat ini,terserah kepada empunya diri..

Beberapa persoalan bermain di kepala saya.Antaranya:

1)Kenapa beberapa di antara kita asyik mempersoalkan tentang perkara2 furu' (perkara2 cabang dlm Islam) walhal perkara2 asas masih lagi terumbang-ambing dan kurang diberi perhatian? sibuk mempersoalkan ini bid'ah, itu bid'ah padahal sejadah tinggal berhabuk dalam almari, al quran jadi hiasan bersama buku2 lain di atas rak..Baguslah jgk ada kesedaran tu,tapi check balik mana prioriti kita..:)

2)Bagaimana hendak sentiasa bersangka baik dengan semua orang kalau orang suka bersangka buruk dengan kita? sbg contoh: si A sentiasa berusaha untuk bersangka baik kpd teman2nya walaupun ada kalanya perbuatan mereka layak utk disangka buruk kalau diikut secara normal..yang sedihnya, tanpa pengetahuan A, rakan-rakannya suka cakap2 belakang..memberi persepsi negatif terhadap A..agak tdak adil..tetapi itulah kehidupan..*tiada kaitan dengan mana2 pihak trmasuk penulis sendiri*

3) Bagaimana hendak terus istiqamah dalam perjuangan jika biah (suasana) kebiasaannya mengajak ke arah bertentangan?..hidup ini penuh dengan dilema..dan bila hidup sudah terbiasa dengan kebiasaaan tersebut,maka sangatlah mudah untuk kembali seperti 'biasa' dan sukar untuk terus melangkah ke hadapan di atas jalan ini untuk setiap saat,setiap waktu.....Walau bagaimanapun, inilah lumrah kehidupan orang yang beriman...Jom teruskan perjuangan.. :)