Thursday, July 21, 2011

Kembara kasih merentasi masa

Every time I try to rise above
I'm swept away by love (Drowning, Backstreet Boys)

Lirik-lirik lagu yang tangkap leleh seperti di atas mungkin sudah biasa menusuk jiwa dan minda , terutamanya mereka yang sedang dilamun cinta. Hari demi hari, lagu-lagu tersebut sudah berputar dengan sendirinya di dalam kepala..Wah hebatnya penangan cinta..Teringat zaman sekolah dulu, kalau boleh setiap lagu cinta ada signifikan yang tersendiri dalam hidup..Siap fikir nak kahwin..Punyalah jiwang karat..Cuma zaman tersebut boleh dikatakan mentah..sangat sedikit pengalaman hidup..kurang rasa tanggungjawab..yang tahu seronok rasa bercinta..

Tahukan anda, cinta itu memang indah tetapi juga didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan? Lebih penting lagi, tahukan anda, cinta itu sendiri boleh berubah bentuknya apabila melalui pelbagai fasa kehidupan?

Contohnya, saat bercinta awal-awal dahulu, dua pasang kaki rajin melangkah ke mana-mana destinasi yang dirasakan boleh membuatkan pasangan itu memadu kasih..Pelbagai aksi romantik dilakukan bersama..Terasa hidup sangat bahagia..Kalau boleh setiap masa nak rasa bersama dan diberi perhatian..Namun bila fasa hidup baru menjadikan hidup semakin dibebani dengan tanggungjawab dan kerja, waktu yang dahulunya sentiasa ada untuk cinta kini semakin berkurang..Tika itu salah satu merpati atau kedua-duanya akan mula terasa kesepian,kesunyian..Dikenang kembali saat-saat indah bersama, terasa sedih, seolah-olah si dia sudah mula melupakan..timbul juga berbagai-bagai persepsi negatif..

Jika Tuhan berkehendak pasangan itu bersama, maka perkahwinan menjadi klimaks kisah sebuah cerita cinta..nikmat raja sehari semestinya menjadi memori paling indah...kini bersambung semula drama cinta versi baru..kalau dahulunya teragak-agak kini dengan senang hati berdua mewarnai kehidupan bersama dengan cinta..

TETAPI

Benarkah cinta itu sentiasa indah, tanpa masalah dan halangan dan tidak berubah?..Aduhai, sedangkan lidah tergigit, inikan suami isteri..Kalau dulu si lelaki rajin ajak keluar makan bersama,,kini semakin liat untuk berbuat begitu..Pulangnya dari kerja, terus merebahkan badan ke atas katil..sekadar mampu tersenyum simpul kepada isteri yang bertanya..Dulu hampir setiap 3 kali seminggu ke KFC, kini hujung minggu sahaja..Persoalannya, adakah cinta sudah pudar apabila mengalami situasi-situasi lebih kurang sebegini?

Bentuk cinta itu sudah berubah..seiring dengan kematangan yang mengembara bersama masa..Definisi cinta sudah meluas..Seperti yang telah dinyatakan di atas,,kalau dahulu cinta bermakna seronok-seronok,kini perlu ditanam di dalam sanubari dan minda bahawa pakej cinta itu sendiri didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan..Bersangka baik,belajar untuk memahami dan memaafkan..Niat si suami bekerja sampai kepenatan adalah untuk menyara keluarga, membahagiakan isteri dengan cukupnya perbelanjaan untuk rumah tangga namun andai si isteri berfikir ke arah yang bertentangan, alangkah sedihnya.. begitu juga sebaliknya..Cuba melihat kasih sayang yang dipancarkan oleh seseorang dalam bentuk yang lebih luas,bukan hanya cinta antara berdua..Teringat dengat abah..Pergi ofis awal pagi dan pulang lewat petang..sudah tentu keletihan..namun masih juga mampu mengajar kami anak2 mengaji pada waktu Maghrib..kesannya sudah tentu besar kepada anak-anak apabila mereka sudah besar..Dan masih sempat juga bergurau senda dengan ibu..subhanallah, kalau cinta itu ihklas keranaNya,
lebih mudah untuk meminjam kebahagian lebih lama daripadaNya.. :)


p/s: dah lama x upload gambar dalam blog

No comments:

Post a Comment