Showing posts with label random habis. Show all posts
Showing posts with label random habis. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Anda Stress?

Stress itu normal cuma jangan dibiasakan.. Stress dibahagikan kepada dua bahagian; stress dalam kawalan dan stress di luar kawalan..

Apa stress di dalam kawalan?

Stress yang asbabnya berlaku atas kelemahan diri kita sendiri. Contohnya;assignment esok nak hantar.Banyak lagi tak siap. Padahal dah bagi 2 minggu yang lepas. Kalau kita betul-betul jujur pada diri sendiri, memang boleh kurangkan stress tu dengan menyiapkan mana-mana bahagian yang mampu. Orang kata last day tu tinggal nak 'touch up' sahaja. Stress yang disebabkan kurang peka dengan pengurusan masa yang baik. Memanglah, kita manusia..kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.err..tapi kalau kita betul-betul komited dengan pengurusan masa kita, insyaallah boleh je stress2 ini di'minimize'kan..*maaf bahasa rojak*..

Bagaimana pula stress di luar kawalan?

Ini pula perkara sebaliknya. Bukan maksudnya stress tahap kronik sampai meroyan, tapi stress di luar kemampuan kita untuk mengawalnya. Contohnya, Azam (bukan nama sebenar) pergi ke MidValley untuk 'shopping'..nak dipendekkan cerita, wallet beliau dicuri ketika di dalam KTM..sampai sahaja di Mid, seluk-seluk poket belakang, sudah tiada..Katakanlah dia telah mengambil langkah berjaga-jaga.Setiap 20 minit dia meraba-raba poket untuk memastikan wallet beliau ada...tetapi kehendak Tuhan siapa boleh menghalang, di saat kecurian itu dia terleka seketika dengan perbualan rakan-rakannya. Azam pun agak tertekan (stress)..bersusah payah dia mengambil langkah keselamatan tapi akhirnya tidak juga dapat membendung kehilangan wallet..(ayat Bahasa Melayu ke ni?tak sedapnya)

Apapun, kedua-dua melibatkan emosi. Sudah tentu stress di luar kawalan lebih menyakitkan hati bukan? Jadi, perkasakanlah EQ kita..macam-macam perkara boleh terjadi di luar dugaan kita..macam mana nak kuatkan?err..itu tanya diri sendiri kot..diri sendiri lebih memahami..muhasabah balik perkara2 yang kita biasa lakukan yang secara langsung atau tidak,yang menyumbang kepada kelemahan jiwa dan minda..Kalau boleh kurangkan melayan perasaan,emosi atau perkara2 yang tidak berfaedah pada dalam seharian hidup kita. Ada perkara kita nampak kecil namun kesannya pada diri kita agak besar dalam jangka panjang, menyukarkan perjuangan kita dalam meneguhkan kekuatan akal dan jiwa..

Jiwa serta akal yang kuat menyuburkan kehendak yang kuat untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan di dalam dunia ini.Kehendak yang kuat akan terus membakar semangat perjuangan. Biarpun terpaksa menjerit kesakitan,diri tetap teguh untuk terus melangkah,

p/s: Entri kali ini lebih cenderung untuk mengingatkan diri sendiri namun seronok rasanya untuk dikongsi bersama yang lain.

PEACE. MINIMIZE OUR STRESS :)