Baru- baru ini ada terbaca status seorang rakan di Facebook mengenai pemergian seorang 'junior' di KMS..Walaupun saya sendiri tidak kenal akan si arwah namun pastinya hati saya sedikit tersentak kerana ajal yang memanggilnya sangat pantas dan berlaku secara tiba-tiba..itulah, ajal datang tidak lambat atau cepat hatta sesaat pun..Teringat kata-kata Saidina Umar Al- Khattab "Orang yang paling bijaksana ialah orang yang mengingati kematian". Sekali baca, apa kaitan bijaksana dengan mati ini?Pada pandangan saya, jika kita mengingati kematian, secara tidak langsung kita akan teringat akan Hari Kebangkitan (akhirat)..hari di mana segala amalan kita akan dinilai..yang mana lebih berat pada neraca amalan, dosa atau pahala..Sebagai manusia yang dikurniakan akal yang sangat baik, dengan mengetahui ajal maut itu datang tidak diduga, sepatutnya kita berasa takut untuk berbuat maksiat ataupun apa-apa perkara yang dilarang Allah SWT..Alangkah sedihnnya jika hidup kita di bumi diakhiri dengan diri yang penuh dosa..Nauzubillah,semoga dijauhkan~ :)
Di sini ingin sekali saya berkongsi nasihat-nasihat Saidina Abu Bakar r.a, sahabat karib Rasullulah SAW. Semoga nasihat-nasihat ini dapat menyedarkan kita yang kadang-kadang 'terlelap' ini.. ..
Saidina Abu Bakar r.a pernah berkata;
Ketahuilah wahai hamba Allah, sesungguhnya pagi dan petang kamu bergerak pada ajal yang kamu tidak ketahui. Oleh itu jika kamu mampu menujui ajal dalam keadaan kamu sedang beramal, maka lakukanlah. Namun kamu sama sekali tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan bantuan Allah.
Oleh itu berlumbalah melakukan kebaikan ketika masih ada tempoh ajal kamu. Lakukanlah sebelum ajal datang menemui kamu. Jika tidak, Allah akan mengembalikan kamu dalam keadaan kamukepada amalan kamu yang paling buruk.
Maka sesungguhnya ada golongan yang menjadikan ajal unutk kebaikan orang lain sedangkan dia alpa dengan dirinya sendiri. Oleh itu, saya melarang kamu daripada menjadi mereka. Selamatlah selamatlah. Sesungguhnya di belakang kamu ada ajal yang mengejar dan ia terlalu pantas bergerak di belakangmu.
No comments:
Post a Comment