Kebelakangan ini, pelbagai perkara bermain di minda dan apa yang menyedihkan ada perkara2 yang tidak penting difikirkan namun apakan daya..manusia yang lemah ini merasa sukar untuk 'menghilangkan' mereka daripada kotak fikiran..Sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi selaku seorang pelajar yang berjuang menimba ilmu..bukanlah hendak mengeluh tetapi diri ini sedar memang benar manusia itu bersifat lemah..tidak mampu untuk istiqamah dalam segala perkara..perbuatan,pemikiran dan sebagainya..iman yang bermusim..tinggi,rendah silih berganti..
Juga merasakan diri ini dijangkiti virus 'ghurur'..virus yang sangat halus menerobosi segenap pelusuk jiwa..walaupun telah berjuang untuk kekal kebal daripada penyakit berpunca daripada virus ini namun kadang kala sesalan yang timbul setelah menyedari diri sudah pun 'terjangkit'..hanya doa rintihan padaMu mendamba 'ubat' bagi merawati hati setiap kali dijangkiti wabak ghurur ini..Semoga dicekalkan hati-hati kami dalam menempuh hidup yang penuh tipu daya ini..
Ketika melayari 'manual diri' lembaran mulia Al-Quran, terjumpa ayat ini..
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara hak dan batil)...(Surah Al-Anfal:29)
Furqan? Ya Allah..sesungguhnya itulah yang aku inginkan selama mana diri ini masih bernafas di muka bumi..Pada pengamatan diri ini, ketiadaan 'furqan' inilah yang memudahkan diri untuk terjerumus di dlm kancah dosa..Ya Allah,semoga dikuatkan hati-hati kami menempuh segala ujian-ujian dariMu sama ada ujian kesenangan atau kesusahan..terangilah kami jalan2 menuju ketaqwaan yang HAKIKI kepadaMu agar bisa kami mendapat 'furqan' ini..HambaMu ini sangat yakin jika adanya 'furqan' pada setiap diri yang berstatus Muslim.. dunia menyaksikan suatu perubahan yang sangat besar...insyaallah.. :)
No comments:
Post a Comment