Showing posts with label mencuri masa sebentar. Show all posts
Showing posts with label mencuri masa sebentar. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Life at this point

Alhamdulillah..hidup kini lebih mencabar..lebih banyak assignment..chapter2 yang semakin susah untuk difahami..kesihatan sedikit trganggu..lebih banyak komitmen dengan kehidupan sosial, sukan dan tarbiyah..sememangnya suasana kehidupan semakin tegang dan menekan kerana keupayaan diri ini sememangnya terbatas..jika dipandang sudut 'normal' atau kebiasaannya, sudah tentu banyak keluhan yang timbul..

"Aduh, malasnya nak buat kerja ni..subject lain punye assignment pon br je dpt"
"Bijak btul la uni la..Kitorang nak 'life' jgk..
and so on..~

Ya..mmg stress kehidupan di university..tetapi untuk mengaku kalah dan mengomel bukanlah suatu pilihan yang baik..sesungguhnya kehidupan di luar sana lebih mencabar..hidup ini ada pasang surutnya..ada kala merasa diri sangat bertenaga, ada kala merasa diri longlai melangkah tak bermaya..namun semua ini adalah sunnatullah..ada hikmah di sebalik semua kejadian..sering berkata pada diri sendiri,supaya terus bersabar,tingkatkan keazaman dan usaha untuk mengatasi segala rintangan dan cabaran yang tidak pernah putus.. Semoga kesusahan pada hari ini menjadi kemudahan untuk kita pada masa akan datang.. Yakinlah dengan janjiNya ini:


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Sesungguhnya selepas kesusahan itu kemudahan"
(Surah Al-Insyirah;Ayat 6)

Selamat berjuang semua! :)