Alhamdulillah..selesai sudah program 3 hari. Jika dilihat melalui pandangan mata, program ini seperti memanfaatkan masa lapang ketika cuti. Namun jika dilihat dengan pandangan hati, program ini adalah yang terbaik yang pernah disertai. Bukanlah kerana isi-isi penyampaian (walaupun memang mantap!),bukan kerana pertandingan memasak roti canai (ini sumpah lawak) , tapi dengan satu slot yang sgt biasa; taaruf. Setiap orang dari kami tidak diminta utk memberitahu nama, asal, course dan lain-lain. Kami diminta untuk menceritakan sedikit 'background' perjalanan hidup mengikuti bulatan gembira dan kenapa masih di sini. Bayangkan,hingga ke hari terakhir barulah semua orang selesai bercerita. Jujurnya, saya berasa sedikit 'inferior' bila bersama golongan2 ikhwah dari serata NZ. Nampak hebat, ilmu pengetahuan yang mendalam. Timbullah 'assumption' seperti ' Alah, mesti diorang dah lama join', 'Diorang ni pernah ke lalui zaman2 jahiliyiah pastu nak tarbiyah org plak?' dan 'Orang biasa mcm aku ni boleh ke bawa dakwah dan tarbiyah'.
Subhanallah, sangkaan saya meleset. Hanya segelintir sahaja yang benar2 'terpelihara' dari cengkaman jahiliah. Kebanyakan mereka bermula dari seorang yang biasa. Bila diperkenalkan dgn usrah pada awalnya, tak berapa komited dan berminat. Asyik 'lari' dari program. Mengelat. Berbagai alasan diberi. Bila diperhati, antara sebab utama tak berapa berminat:
1) Tak benar2 memahami kenapa join usrah atau mengikuti tarbiyah
2) Merasa 'berat' untuk memberi komitmen
3) Naqib tak best
Yang paling membuka mata saya ialah kisah perjalanan hidup pengendali program. Saya sangka si dia merupakan graduan sekolah agama dan sudah lama berkecimpung dalam jalan dakwah. Rupanya salah lagi.Tu la cepat sangat melabel *aduh*. Titik tolak perubahan beliau bermula pada tahun kedua di universiti di UK. Tahun pertama tersia-sia dek kerana tidak benar memahami gerak kerja dan objektif dalam tarbiyah. Niat asal hanya ingin menjadi baik namun oleh kerana pengisian2 yang di dengar dirasakan berat maka mulalah adegan 'kejar-mengejar'. Lari dari program-program. Namun, atas hidayah Allah SWT beliau akhirnya tersedar melalui qudwah ataupun contoh dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakan se'batch' beliau yang dahulunya perangai juga lebih kurang sama.
Kesimpulan yang saya dapat ialah kadang2 kita mudah meletakkan label pada seseorang dgn melihat pada keadaan semasa seseorang. Kadang2 kita rasa kita teruk padahal ada orang pernah lagi teruk dari kita di zaman jahiliyahnya. Sesi taaruf ini mencetus kembali semangat untuk 'kembali'. Walaupun sejarah hidup sebelum ini telah terukir beratus kali jatuh bangun diri ini namun insyaallah tidak mahu dikorbankan fikrah yang ada. Ameen
No comments:
Post a Comment