Thursday, October 11, 2012

Kejap lagi aku tidurlah,nak habiskan game ni sikit lagi


Memang salah satu perkara yang saya suka tentang hari Jumaat ialah adanya khutbah Jumaat. Bukan nak 'bias', tapi jujurnya lebih suka khutbah di sini (New Zealand). Walaupun dalam Bahasa Inggeris tapi ringkas,padat dan 'straight to the point'.

Untuk entri kali ini, saya sekadar berkongsi isi-isi khutbah yang saya masih ingat, yang masih segar dalam ingatan orang kata. Tengah hari tadi (waktu NZ) ,si khatib telah menegaskan kepentingan solat terutamanya solat di awal waktu. Prioriti menjaga waktu-waktu solat berbanding aktiviti-aktiviti lain. Sentap juga bila si khatib dengan senyuman sinisnya berkata:

"Some of us make silly excuses for not waking up to perform Fajr prayer
such as 'I already set multiple alarms in my phone but still I can't wake up early'. Ask him/her back 'how come you can get up on time for your class/work?"

Kemudian jejaka berjanggut lebat ini menuding jari tepat ke dada lantas menyambung:

"The problem is here. Our imaan."

Our imaan. Our imaan. These two words were drumming in my minds for few seconds. Ok, exaggeration. Tapi memang betul terkesan lah. Bukan setakat terkesan,tapi rasa macam kena sekeh.

Bila lepas solat tadi, terfikir jugak. Sejauhmana kita letakkan kepentingan solat dalam kehidupan seharian? Kalau ikut cakap mulut, solat itu tiang agama, solat itulah yang dinilai pertama sekali tatkala di yaumul kiamah (hari kiamat) senang bukan? But do our actions really reflect those words?Be honest to ourselves.

Tambahan lagi, saya turut bersetuju dgn si khatib tadi bahawa sebelum tidur, kena muhasabah , berdoa kepada Allah SWT untuk diampunkan dosa-dosa yang dilakukan sepanjang hari. Semoga peringatan ini melekat pada diri dan anda juga. :)

No comments:

Post a Comment