Thursday, January 21, 2010

My Dictated Life- Eps 1

Sudah lama rasanya tidak menukilkan kata di laman blog ini. Sibuk?Malas?Kekeringan Idea?mungkin juga...tapi faktor utama ialah laptop saya yang berusia 2 bulan telah mengalami demam kuning.(okey,tipu)..display kat monitor ada problem skit..jadi,terpaksa mengeluarkan RM 1.50 hmpir tiap2 hari except weekend kat CC yang kebetulan btol2 depan umah..tiada isu yang hangat hendak diketengahkan mahupun gosip2 untuk dipencarkan.Hanya ingin berkongsi sedikit apa yang saya dapat sepanjang cuti yang sgt3 panjang ini~

1. Melatih sifat kebapaan- Tiap2 pagi pas bgn subuh, bersiap untuk membantu adik perempuanku yg kini darjah 1 bersiap,sarapan n bla3..both parents klua awal dlm kol 7.15 dan akulah;yang menyambung tugas2 mereka. Sememangnya anak2 kecil banyak karenah. Jujur pada mulanya agak sukar untuk aku memahami jiwa si kecil ini,lebih2 lg ia seorang perempuan. Kasut tak sedap la,stoking pendek la..ada je mslh..tiap2 hari pulak tu..mmg perlukan kesabaran yang tinggi..alhamdulillah,setakat ni x pernah lagi melenting.Cuma meninggikan suara tu biasalah..Jauh di sudu hati aku berkata pd diri sendiri ;mmg mendidik /mengasuh anak bknlah perkara yang mudah. Memang memerlukan pendekatan dan skill yang sesuai untuk mendidik mereka yang masih mentah dlm menungkah arus dunia yg smakin mencabar.

2. Menggunakan masa yang terluang semaksimum dan sebaik mungkin. Mungkin pada bulan2 pertama ak byk menghabiskan masa2 terluang dgn perkara2 yang tidak mendatangkn manfaat..(main game,tgk tv dua jam lebih,mkn bagai nk rak)..Namun bila mula merasai masa2 yang banyak kini semakin sempit,aku baru sedar betapa pentingnya masa..Bukanlah selama ak berehat panjang ini tidak pernah membuat perkara2 berfaedah,cuma tidak efisyen..Benarlah bahawa jika kita benar2 beriman dengan surah Al-'As, sesungguhnya byk perkara baik boleh kita lakukan dan tidak terasa kekesalan di hati karena menggunakan masa yang diberi secara sia2..jadi,bersama-samalah kita menghargai masa kerana jika orang non-Muslim sendiri boleh memahami sebaik-baiknya nikmat masa itu sendiri,mengapa tidak kita Muslim?(apahal tetiba ni?) Begini..Robert Kiyosaki, a famous investor and multimillionaire man says, 'The most fundamental things to invest are time and knowledge'..Masa itu emas kan?jadi?

3. Sentiasa berusaha kembali ke pangkal jalan..Jujur saya katakan di sini ;saya suka melihat dan menilai gerak-geri,percakapan mahupun penulisan manunia2 lain (even di alam siber sekalipun)..mungkin ada yang mengatakan saya ialah stalker'..Ya,mungkin benar juga..tp tak bermksud saya 'stalk' lalu komen scara tidak rational dan tidak relevan. Saya lbih senang merefleksi pada diri sendri. Yang saya sedih,orang lebih suka mengkritik segala perlakuan saya yang dianggap 'kureng' pada diri mereka padahal diri sendri pon 2 kali 5. Saya akui mungkin ada percakapan atau penulisan (esp di alam siber) menyebabkan rasa kurang senang pada mereka yang men'stalk' saya..Saya akui yang saya juga sering tersalah jalan tp saya juga berusaha untuk kembali meneruskan perjalanan di atas jln yg benar..Straightforward,saya perasan ade manusia yang berubah-ubah sifatnya..(kejap nmpk baik,kejap nmpk nakal dan seterusnya) tapi itu perkara biasalah..bila mana melihat perkara sedemikian,saya hanya tersenyum tatkala ada yang mengkritik mereka2 yang mengalami kecelaruan sebegini ..kritikan tanpa hikmah 'jarang' merubah.Apa yang penting ialah mendengar,memahami,menjiwai dan membantu mereka secara berhikmah..Pada saya,cara ini sangat membantu..wahai muslim wa muslimah..tahap keimanan itu bisa berubah..ada pasang surutnya..bkn hendak berselindung di sebalik fakta ini,penulis juga bukanlah seorang yang baik sgt tapi rasanya tidak salah sekadar ingin memperingati diri sendri dan lain2..~

4. Kecelaruan Identiti.. Oleh kerana saya rasa post ini sudah meleret panjangnya..let me make it short and brief..Pada pandangan saya,kebanyakan remaja sememangnya mengalami masalah ini..cuma 'kes2 terpencil 'je tidak mengalaminya..Saya sendiri pon mengalami perkara yang sama..Ini termasuk juga rakan2 seperjuangan serta manusia2 yg bergelar remaja.. Jadi,saya cadangkan cubalah luangkan sedikit masa di mana2 kedai buku dan carilah buku yang anda rasa mampu mengubah perpepsi hidup anda sekarang..Muhasabah diri anda sejenak..'Apa sebenarnya aku nk jadi bila besar nanti?' kata seorang pujangga..'Kebanyakan manusia jarang memikirkan dan bersedia untuk apa yang mereka hadapi apabila meniti usia tua secara terperinci'. For me, we have to establish a vivid 'brand' of ourselves..If you don't,the others will do it for you..remember, we just got 1 life,so enrich it to the fullest! ^_^

Sunday, January 3, 2010

Lagi2 tahun baru..

Bila masuk je tahun baru,mesti ak terfikir..'da makin tua da aku ni'..(pdhl br smbt besday ke-20 je)..haha..Bila cakap pasal tahun baru je,mesti orang ramai mula bertanya psl 'azam tahun baru'..penting ke sume ni? Kalau difikir secara logik,berapa kerat je orang berjaya merealisasikan azam2 mereka tahun lepas..termasuk skali si penulis ni..(even azam 2009 pon x ingt ape)..tak tau la mcm mana..Bagi aku,azam tahun baru hendaklah realistik dan spesifik..satu lagi, better if we set our 'Target of the Month'..For example,January..katakan anda ingin kelihatan lebih menarik..target la 'aku nk hilangkan tiga biji jerawat kt muka' or 'aku mesti turun at least 1 kilo bulan ni'..haaa,br la semangat skit..

By the way,what is my new year aspiration?generally,i want to be a better me..physically and mentally..Badan mcm Hritik Roshan..pemikiran macam idolaku, Robert Kiyosaki..bersikap lebih matang drpd tahun2 lepas..mmg azam ni general tapi process ke arahnya akan 'diagihkan' ke dlm 12 bulan starting from this January..spesifik punyer..xde la aku nk senarai semua plan2 ak untuk tahun ni..segan la plak kan..haha..apapun,selamat mencapai azam tahun baru anda.. :)

Tuesday, December 8, 2009

Voldemort n Robert Kiyosaki


Dua nama yang takde kaitan..juz to express my recent hobby..sapa2 yang minat citer Harry Potter mesti tau punya Voldermort..bkn pe,dulu mmg x minat gila la citer ni..skali tgk DVD original copy..trus melekat kt TV..(br abis tgk Harry Potter: Goblet of Fire)..pasni nak sambung 2 lagi lg..n then psl Robert T Kiyosaki, he's really an outstanding author..his book, Rich Dad Poor Dad n some other books make me like a nerd..spending most of my 'happy' time reading these books..what a jerk isn't it?From now on, I believe that financial IQ is vital to live a happy life.. :)

Thursday, November 26, 2009

Aidiladha Eve

Bila mengenangkan Hari Raya Aidiladha..teringat masa kecik2 dulu wajib ada kat depan lembu2 tuh untuk melihat mcm mana derita di'sembelih'..sgt seronok melihat darah tersembur deras keluar dari kerongkong..tapi tu dulu..sekarang da matang skit..(hrp begitulah)..dtg nk solat pastu trus balik umah wan..kejar lontong n sambal petai..tp tu cite kat Seremban..this year kene beraya kat Kedah pulak..dipendekkan cerita, diri ni telah ditugaskan masak lemang..mcm biasa saya insan yang kurang boleh diharap..haha..nk parut kelapa nk wat santan pon x reti..bkn kelapa je terparut,jari2 pon kene skali..nasib baik darah x keluar..kalau x ade plak Raja bersiong di pagi raya nnt..tp at last,msk jugak lemang tu n rasenye boleh thn sedap la..apapon, selamat hari raya kepada semua..kpd lelaki2 muslim,solat jgn x solat..setahun sekali je..kalo pi wayang byk kali boleh plak..(err..ada kaitan ker?)..haha..ok2..stop merepek..Selamat Hari Raya Aidiladha..semoga pengorbanan yg ditunjukkan junjungan besar Nabi Ibrahim a.s menjadi inspirasi kpd kita untuk sedia berkorban apa saja demi mencapai keredhaan Ilahi,kejayaan dunia dan akhirat..insyaallah.. :)

Monday, November 23, 2009

Mencari Cahaya permata di dalam lautan kaca


Selesai menunaikan solat maghrib,aku memilih untuk terus merenung kosong..memuhasabah diri..entah bagaimana..bermacam-macam perasaan menerpa ke dalam jiwa..bersalah,takut,kecewa,..apakah ini dinamakan stress akibat dosa?(suatu term baru yg dijumpai menerusi majalah Solusi)..Aku berasa semacam amat bersalah kpd Rabbi..al khalik..dan seolah-olah kedengaran suara berkata," Engkau ini seperti hamba Allah yang lupa diri dan melampaui batas..mengaku beriman tetapi selalu dibuai kelalaian oleh dunia". Ya Allah,aku sangat sedar siapa diriku ini..hanyalah insan kerdil di pandanganMu..aku berusaha juga untuk sentiasa berada di jalanMu namun aku tak punya kekuatan yang benar2 utuh untuk menahan segala dugaan nafsu serta godaan dunia yang semakin pintar mencari kelemahan diri..


Ketika dalam persiapan dalam menuju kembara alam mimpi,suatu gambar menangkap pandangan mata kuyu yang mengantuk..tidak semena-mena mata ku termenung,begitu juga hatiku..soal hati dan perasaan..aku sebenarnya tidak suka untuk membiarkan kurniaan Ilahi ini melarat menjadi suatu dosa namun hakikatnya,,aku sendiri pun tidak tahu adakah ianya sudah lama sedemikian atas kesilapan dan kealpaan aku sendiri..Ya Allah,dan memang benar..hambaMu ini kadangkala keliru dengan dirinya..adakah dirinya sendiri yang berlebih-lebihan padahal tidak ada apa-apa pun? ataupun diriku perlu berusaha ke arahnya? cinta kpd manusia ini mmg tidak berbelah bagi namun adakah perasaan cinta kpd Ilahi itu benar-benar diterjemahkan untuk menjadi cinta hakiki?


Kesedaran untuk sentiasa di jalanMu ada pasang surutnya..dulu aku ingat aku mampu untuk jadi insan sempurna di mataMu sentiasa..namun akhirnya aku mula sedar manusia mmg x pernah lari untuk melakukan kesalahan dan iman seseorang Muslim ada pasang surutnya menerusi pengalaman sendiri dan org lain..jadi aku kagum dengan rakan2 yang benar2 kental jiwanya dalam memikul prinsip2 Muslim yang sebenar..cuma harapan aku janganlah meminggirkan diri ini kiranya diri tidak seperti 'antum' semua..ana hanyalah manusia biasa..bimbinglah diri ini kiranya 'tergelincir' dari laluan yang benar kerana pada asasnya,diri ini sangat mencintai agama Islam namun 'vulnerable' untuk terjatuh ke lembah dosa..moga dipermudahkan perjalanan minda,HATI dan jasad di atas jalanMu serta ianya sampai ke mana? Sampai Syurga la! :P

*jgn menumbuk patik kerana membuat lawak 'kurang bijak'*


Memang xde kaitan..aku mula sukakan anak kucing..

Tuesday, November 10, 2009

Kerana Aiskrim....


Pernahkah anda dibuli oleh kakak , abang atau sesiapa sahaja? Mesti terbit rasa tidak puas hati terhadap mereka..namun tidak bagi sorang budak ni..sanggup menerima 'hukuman' asalkan dapat apa yang dikehendaki...

A: Abg..adik nak skit aiskrim dlm peti aiskrim tu...boleh?
B: Boleh2..tapi dgn satu syarat..adik kene mkn ulam kat meja tu..
A:Adik tak nak mkn sayur tu..pahit..
B: kalau x nak..x payah makan aiskrim tuh..(lalu diambilnya aiskrim coklat dan mkn di hdpn kanak2 yg innocent ini)..

A: Ok lah..adik mkn..
Kesian..terpancar sinar kesengsaraan menahan kepahitan ulam-ulaman tersebut..tetapi berkat kesabaran dan kegigihannya dia bukan mendapat sedikit malah diberi sekotak terus!..sapa la abg die ni..pastu si abg berkata," Adik,kalau nak kan sesuatu yang adik suke, adik kne sabar dan tgk..td abg janji nk bg skit,tapi sebab adik sabar,abg bagi la byk"..ayat yang sesuai bagi budak yang masih berumur 6 tahun..tapi yang x best nyer,bukan die nak amik 'pengajaran' daripada 'penderaan' itu malah lebih bersemangat..'Abg,nanti kalo adik mkn semua sayur2 kat atas meja ni,abg bagi aiskrim Cornetto pulak..mahal sikit..ermm..pulak dah..apa2 aje


Saat indah menikmati aiskrim

Suka pulak dia..tadi merungut...





Monday, November 9, 2009

Mampukah Aku?

Sejak akhir2 ini diri ini agak bz..bukan sebab ak yg bekerja..tapi aku 'mengekori' orang pegi kerja..yakni ayah aku la..Bayangkan,juz in one week, aku dapat bermalam di tiga buah hotel..kejap di Penang,kejap di Langkawi..pergh..mmg syok la..patutnya hari ini pon aku patut dpt menikmati sekali lagi hotel yg sgt empuk dan sarapan pagi yang penuh dengan makanan sedap (mkn lg!!) kat Palm Garden somewhere kat Subang tapi cancel last minute sbb ayah aku prefer nak tido umah nenek di Seremban..x pe la..dpt gak ziarah kan..huhu



Walaupun seperti mengambil kesempatan atas kesibukan ayah aku,tetapi apa yang aku suka bila 'menyibuk' ni ialah dapat melihat gambaran awal bagaimana orang2 atasan dalam dunia pendidikan di Malaysia berurusan dan mengetahui sedikit sebanyak ragam2 mereka..walaupun ayah hanya berjawatan K Sektor ICT di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang xde kaitan secara langsung terhadap pendidikan seperti guru2..tapi at least dia tau juga perkembangan dunia pendidikan dan masalah2 yang dihadapi di sekolah2..Sepanjang 'percutian' aku, aku dapati menjadi orang atasan adalah perkara yang sangat 'best' dan ini menyebabkan aku lebih bersemangat untuk bekerja keras untuk mencapai impian..haha..tapi,tulah..MAMPUkah aku?kekadang terasa diri ini hanya terlalu biasa dan agak mustahil untuk berada di puncak kerjaya.. namun aku hanya mampu berusaha sebaik mungkin dan berserah kpd Allah SWT untuk menentukannya..kerana kita hendaklah yakin dengan ketentuan qada' dan qadar..insyaallah..





Pemandangan kolam renang di Bukit Jawi Golf Resort, Penang










Deretan bilik2 hotel yang dibina mengelilingi sebuah padang golf mini..