Monday, November 23, 2009

Mencari Cahaya permata di dalam lautan kaca


Selesai menunaikan solat maghrib,aku memilih untuk terus merenung kosong..memuhasabah diri..entah bagaimana..bermacam-macam perasaan menerpa ke dalam jiwa..bersalah,takut,kecewa,..apakah ini dinamakan stress akibat dosa?(suatu term baru yg dijumpai menerusi majalah Solusi)..Aku berasa semacam amat bersalah kpd Rabbi..al khalik..dan seolah-olah kedengaran suara berkata," Engkau ini seperti hamba Allah yang lupa diri dan melampaui batas..mengaku beriman tetapi selalu dibuai kelalaian oleh dunia". Ya Allah,aku sangat sedar siapa diriku ini..hanyalah insan kerdil di pandanganMu..aku berusaha juga untuk sentiasa berada di jalanMu namun aku tak punya kekuatan yang benar2 utuh untuk menahan segala dugaan nafsu serta godaan dunia yang semakin pintar mencari kelemahan diri..


Ketika dalam persiapan dalam menuju kembara alam mimpi,suatu gambar menangkap pandangan mata kuyu yang mengantuk..tidak semena-mena mata ku termenung,begitu juga hatiku..soal hati dan perasaan..aku sebenarnya tidak suka untuk membiarkan kurniaan Ilahi ini melarat menjadi suatu dosa namun hakikatnya,,aku sendiri pun tidak tahu adakah ianya sudah lama sedemikian atas kesilapan dan kealpaan aku sendiri..Ya Allah,dan memang benar..hambaMu ini kadangkala keliru dengan dirinya..adakah dirinya sendiri yang berlebih-lebihan padahal tidak ada apa-apa pun? ataupun diriku perlu berusaha ke arahnya? cinta kpd manusia ini mmg tidak berbelah bagi namun adakah perasaan cinta kpd Ilahi itu benar-benar diterjemahkan untuk menjadi cinta hakiki?


Kesedaran untuk sentiasa di jalanMu ada pasang surutnya..dulu aku ingat aku mampu untuk jadi insan sempurna di mataMu sentiasa..namun akhirnya aku mula sedar manusia mmg x pernah lari untuk melakukan kesalahan dan iman seseorang Muslim ada pasang surutnya menerusi pengalaman sendiri dan org lain..jadi aku kagum dengan rakan2 yang benar2 kental jiwanya dalam memikul prinsip2 Muslim yang sebenar..cuma harapan aku janganlah meminggirkan diri ini kiranya diri tidak seperti 'antum' semua..ana hanyalah manusia biasa..bimbinglah diri ini kiranya 'tergelincir' dari laluan yang benar kerana pada asasnya,diri ini sangat mencintai agama Islam namun 'vulnerable' untuk terjatuh ke lembah dosa..moga dipermudahkan perjalanan minda,HATI dan jasad di atas jalanMu serta ianya sampai ke mana? Sampai Syurga la! :P

*jgn menumbuk patik kerana membuat lawak 'kurang bijak'*


Memang xde kaitan..aku mula sukakan anak kucing..

1 comment:

  1. dude, ade prblem ke? kalu perlukn pndengar, insyaAllah ak sudi.:) chill out kayh, masalah utk diselesaikan, bkn utk disesalkan..;) btw, kucing ko ke tu??comel ny!!

    ReplyDelete