Saturday, July 9, 2011

Cities of Love

'Alhamdulillah'..bisik hati saya tatkala menjejakkan kaki di bumi Auckland..syukur ke atas Nya kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan bandar yang dicintai..syukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menikmati kehidupan dunia yang mana keindahannya sangat meruntun jiwa. Semoga segala memori pahit dan indah bergabung kemudian terpatri di minda sebagai suatu pengalaman yg berguna untuk masa akan datang..insyaallah..Perjalanan hidup selama 9 hari di South Island memberi pelbagai kenangan indah..Ringkasnya, post kali ini dikategorikan kepada 3 bahagian (ko ingat ni karangan BM ke apa huh?) untuk tujuan memudahkan pembacaan saya dan anda..

BERSATU GAMES 2011

Pertandingan sukan yang diadakan di antara pelajar-pelajar berwarganegara Malaysia, mewakili universiti masing-masing seperti UMNO Auckland, UMSA (The University of Auckland, AUT), WMSO (Wellington), MAMSA (Palmerston North), OMSA (Otago), CMSA, Lincoln (Canterburry). Secara keseluruhannya, saya redha dan bersyukur dengan sekeping medal. Walau bagaimanapun. banyak lagi yang boleh diperbaik untuk BERSATU yang akan datang..Saya bersetuju sebab ketandusan pingat tidak boleh dipersalahkan atas para 'atlet' semata-mata kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin..tapi..(ada tapinya)..saya agak sendiri kecewa dengan sikap mudah mengaku kalah dan kurang disiplin dalam suatu permainan..saya faham sesetengah orang nak main untuk BERSATU just for fun..tapi cuba fikir2 balik..berapa jam lamanya kita korbankan untuk berlatih for the sake of the tournament? Cuba fikirkan komitmen orang lain yang mereka beri sebelum dan sepanjang kejohanan tersebut..OK, tak kisah lah kalau nak niat nak lawan team lain in a clean,friendly way but show our utmost passion and focus on the game, while being professional and show good sportsmanship at the same time. Kalau kalah tidak mengapa, paling tidak kita telah berusaha sebaik mungkin namun bila kita telah ditakdirkan kalah, terima sahaja walaupun dengan hati yang berat..Sejujurnya saya cakap kita perlu ubah dan mantapkan mentaliti pemain2 untuk tahun hadapan..

Dunedin

City of romance..beautiful buildings..remarkable landmarks..Memang terbukti keindahan bandar ini menerusi mata kepala sendiri..sungguh menakjubkan ciptaanNya..dan terukir dalam sejarah hidup ,bandar Dunedin sebagai saksi berputik ,mengembang mekar taman-taman bunga di dalam hati..LOL

Queenstown

The loveliest city so far..subhanallah..cantik bangat sih!..Snowy mountains, unique retails and so on..perkara yang paling 'best' ialah bermain salji..mengimbau kembali kenangan dulu sebagai budak 6 tahun yang suka mengorek freezer yang penuh dgn ais, campur susu pekat dan sirap,tanpa pengetahuan ibu abah=jadilah ABC! (ok, stop it man)..Namun hajat untuk membuat snowman terbantut dek ribut salji yang sangat kuat yang sudah tentu sangat sejuk dan sakit! macam masukkan kepala dalam freezer rasanya..Lagi satu,naik cruise untuk melihat pemandangan di sekeliling tasik apa ntah namanya..rasa macam tengok lukisan artis yang professional..dulu ingatkan maybe overrated je Queenstown ni tetapi bila mata sendiri yang melihat, tidak mampu menipu keajaiban keindahan ciptaanNya..terasa kerdil diri ini.. :)

2 comments:

  1. stuju ngan part bersatu tu :P

    ReplyDelete
  2. Yup memang frust sket dgn sikap sesetengah players untuk sesuatu game masa bersatu ari tu.. ambil iktibar dan kuatkan latihan tahun depan.. bentuk sampai players berdisiplin dan bersemangat tinggi.. dun ever give up 'cause I know you can do it ;)

    ReplyDelete