Sunday, August 7, 2011

Hijrah

Rasanya seperti pernah menulis entri serupa bertajuk atas namun tergerak rasa hati ingin mencoretkan isi hati di sini..Pagi tadi, saya menonton video yang mengisahkan perjalanan hidup Sham Kamikaze yang kini gigih mencapai redha Ilahi..subhanallah..mendengar cerita-cerita dari ibunda dan isteri beliau, boleh dilihat perubahan beliau ke arah yang sangat positif..jikalau dahulu si pemarah, kini mudah saja mulut untuk mengucap istighfar..Sungguh, sangat berbeza rasanya bila kita dalam keadaan 'jauh' dariNya berbanding bila memegang teguh tali keimanan serta kecintaan kurniaanNya..sungguh, perkara yang berlaku ke atas beliau sedikit sebanyak menjadi refleksi kepada diri sendiri..Andai di waktu sekolah dahulu agak pemarah, kadang kala melenting disebabkan perkara2 yang remeh kini alhamdulillah tidak lagi..Ya, kematangan mungkin sahaja faktor yang membentuk keperibadian kita namun atas dasar apa kematangan itu ? Adakah sebab usia sudah meningkat maka tidak relevan untuk menjadi pemarah atau sifat-sifat negatif yang lain?

Mungkin ada benarnya juga namun faktor usia sahaja tidak mampu bertahan; jika tidak disertai keimanan yang tinggi kepadaNya..Jika seseorang itu sudah mengenali Islam, maka solat dan sabar menjadi perisai diri untuk menempuh segala dugaan yang menimpa kita..Sedangkan di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW sendiri pernah menegaskan supaya tidah marah sebanyak tiga kali kepada salah seorang sahabat yang meminta nasihat daripada baginda..Kita dapat melihat bagaimana Rasulullah sendiri sangat menekankan elemen sabar dalam kehidupan insan yang bergelar Muslim/Muslimah..

Turut sempat melihat video Wardina Safiyah bersama anak-anaknya..Jujurnya, saya kagum dengan perubahan diri beliau dan lebih-lebih bagi, bagaimana dia mendidik anak-anaknya tentang agama..Terlintas di hati, adakah beliau pernah terfikir yang beliau akan jadi seperti sekarang , sewaktu namanya meningkat naik menerusi sitkom Spanar Jaya beberapa tahun dahulu? adakah beliau yakin ,pada ketika itu,bahawasanya suatu hari beliau akan berjaya melakukan perubahan yang baik dan konsisten serta menjadi ikon muslimah yang berjaya? Lupakan kisah silam, bina kehidupan yang baru.. Yakin serta berusaha ke arah kebaikan..insyaallah akan dipermudahkan sekiranya usaha kita berlandaskan kecintaan dan keinginan dalam mengenalNya :)

1 comment:

  1. salam. anta tgk video sham kamikaze tu di mana ye? di youtube ke? Apa ye tajuk video tu? teringin jugak nak tengok..

    ReplyDelete