Monday, May 17, 2010

Am I Weird?

Kadang-kadang sedih mengenangkan diri..bukan hendak mengadu sebarang ketidaksempurnaan diri..alhamdulillah..saya bersyukur sgt dengan kurniaan Allah SWT kpd diri ini..SifatNya yang Maha Penyayang sentiasa berpaut kuat di dalam fikiran ini..sudah banyak,berulang-ulang kesilapan dilakukan namun masih juga Dia memberikan segala bentuk kenikmatan setiap hari,bermula dari terbukanya mata dan mengambil nafas pertama di pagi hari..Cuma terfikir juga adakah apa yang dirasakan diri ini 'ganjil' turut dialami yang lain?kerna, serba sedikit melegakan hati jikalau ada turut memiliki symptom2 yang seperti berikut

1)Sangat alergic kpd gula-gula getah (chewing gum)
2) Badan bengkak2 kemerah-merahan bila terkena air yg sangat sejuk..kebas satu badan dan terpaksa terbaring lebi kurang sejam sampai bengkak n kebas hilang..
3) Kepala asyik memutarkan lagu2, ibarat built-in radio di dlm otak..so, trganggu sikit la nak belajar..haih..

Am I Weird? sabar jelah..

Thursday, May 13, 2010

Antara Angan dan Sedar

Sedih melihat dan mengenang nasib masyarakat Melayu khususnya yang beragama Islam di negara tercinta juga perantauan. Rata-ratanya semakin keliru dengan dunia yang mengelirukan. Benar, dugaan untuk 'menghidupkan' dan mengamalkan kehidupan beragama secara kaffah (menyeluruh) SANGATLAH sukar sekiranya dibicarakan secara realistik. Secara peribadi, apa yang saya lihat............

1) Kita pergi program2 keagamaan dah tak terkira banyaknya tapi kenapa masih 'sama'?..pada pandangan saya, mungkin ada yang menganggap ilmu2 keagamaan SEOLAH-OLAH idealistik sangat..jadi, adalah beberapa aspek atau lebih khusus syariat2 agama yang kita 'buat-buat tak perasan'..jadilah kita 3/4 muslim..

solat?ish,tu perkara wajib kot,tak tergamak nak tinggal..baca Al-Quran?TIAP2 HARI..xxxx? err..belum dapat kekuatan la bro..~..(takpe2..janji TERUSKAN berusaha/bermujahadah untuk kekal di jalanNya...bukan mengharap tanpa usaha okey?)

2) Ada kecenderungan untuk mengelak daripada berbicara soal agama..lebih sedih,meminggirkan mereka2 yang 'alim'..apakah definisi alim sebenarnya pada anda? :)
3) Berkiblatkan hiburan SEMATA-MATA di dalam hidup..hidup HANYA untuk berseronok..OK,sebab apa saya guna huruf besar untuk dua perkataan di atas? sebab dalam Islam itu sendiri tak salah untuk berhibur tetapi ada batasan~. Kita dihidupkan di atas muka bumi oleh ibu tercinta bukan untuk meramaikan umat Rasulullah SAW yang 'kosong'..ramai pada nombor tapi tidak pada jiwa dan peribadi..

4)Ada segelintir/sebahagian daripada kita yang TerLalU mengagung-agungkan artis..tidak salah untuk mengkagumi..biasalah,bakat itu anugerah Allah jadi tidak salah untuk kita kagumi;cuma mungkin tidak pada kehidupan mereka..Sejujurnya, saya sendiri pun minat beberapa..saya bercakap sebagai manusia biasa..erm,bagi saya,minat tidak sama dengan obses..minat yang terhad pada bakat dan rupa..BUKAN gaya hidup dan sewaktu dengannya..bukan maksud saya untuk menghukum mereka2 sebagai 'tidak baik'..saya percaya semua orang ada kelebihan dan kekurangan..yang mana yang baik daripada mereka, kita sebar2 kan..yang mana tidak baik,kita jadikan sempadan..~ :)

Saya manusia biasa,tergolong juga dari orang2 kebanyakan. Sering terpedaya dengan dunia yang SANGAT 'indah' tetapi SANGAT licik..maafkan saya untuk segala kekurangan..'post' ini juga ditujukan pada diri saya sendiri..saya memang kurang ilmu tetapi apa salahnya berkongsi ilmu yang sedikit supaya tidak menjadi lapuk dek lama tersusun di almari2 minda, berhabuk,dimakan ulat yang bernama 'masa' dan usia dan kemudian hilang 'isi-isinya'..yang tinggal hanya 'cover page' yang sudah tentu tidak mampu menyumbangkan apa2 di kala saat kita semakin tenat mengharungi hari2 terakhir di muka bumi sebelum tibanya Hari Perhitungan...~

Friday, April 30, 2010

LOVE is in the air?

First of all,jgn di salah ertikan diri ini..bukan nk mengeluh pasal apa2 yang berkaitan dgn personal story sy..juz a random writing..bukan apa, banyak sgt 'info2' dan luahan perasaan yg sy perhati hari2..okey,to be frank,whenever I open my facebook page, LOTS of love-related things have been posted on my 'home' page..better to make it clear now,I'm not directly opposing those who are heavenly enjoying their relationship..go ahead..(though i shouldn't say this..coz you yourself already know 'the rule'..)

I'm still 'normal' while writing this post..yeah,love is beautiful,an inspiration,magically gives you strength..but which type of love we 'focus' on?Hurm..when I browsing through the internet to find some appropriate articles/info that related with 'a blessed love'..of course most of them picturing the highest priority of our love is love with Allah SWT..I guess all of us already know about this but do we really understand its concept? theoritically yes,but when speaking to myself, I don't think I totally 'understand' this concept when it comes to practical one..Like my senior said,"Kalau kita faham cinta kepada Allah itu sndri, maka kita juga akan faham konsep bercinta antara manusia".

Apa yang anda faham?(sy pun x la faham sgt..hehe)..Tapi ini pandangan peribadi secara 'general' pasal benda2 ni..saya sering melontarkan pertanyaan ini pada diri saya sendri.."apa matlamat akhir kalau bercinta nih?Saya yang tidak berpengalaman sgt psl perkara2 sebegini pun memerhati keadaan dan kehidupan orang sekeliling..baca buku2 yg berkaitan..

Bukanlah jiwang,
Tetapi ingin mencari jawapan supaya hati tenang,
Bila mengetahui tujuan SEBENAR hidup di dunia sebagai seorang yg berstatus Islam,yg kini beransur menjadi 'dagang'..

Berdasarkan apa yang saya faham, sebelum memulakan sesuatu yang serius,kita mestilah berfikir panjang..apa matlamat akhir bila anda bercinta? kahwin?dgr mcm mudah kan?yela,,seronok mendapat perhatian yg istimewa, ada tempat mengadu,berkongsi dan meluahkan rasa..anda boleh kata apa2 sahaja pada saya..tak kisah sgt pun..tapi saya lebih kisah dgn kebahagiaan sebenar hidup anda wahai rakan2..bukankah lebih baik jika kisah cinta bersama orang trsayang diredhaiNya?X salah untuk mempunyai rasa cinta tu..sbb cinta itu fitrah manusia..tapi uruskanlah perasaan itu sebaik mungkin..Jika anda betul2 'cinta'akan si dia..anda akan:

1)Memikirkan matlamat sebenar anda mengapa anda nak 'bercouple' , sedang bercouple ataupun nak kahwin? Bg saya, kalau stakat nk seronok2 tu, kesian si dia.. kerana anda atau saya bukan benar2 ikhlas 'hendakkan' dirinya..kalau anda ikhlas, anda atau saya akan terasa brtanggungjawab untuk kembali bersama-sama ke jalan-Nya..Bermujahadah/Berjuang untuk memperbaik diri sendiri ke arah pemahaman agama yang baik itulah prioriti sebenar..Anda bakal ayah dan ibu kpd generasi akan datang.. jadi, apakah warna yang anda ingin corakkan kain putih suci ini?? Love is a combination of romance,responsibility, and life-long commitment..

2) TERASA bosan,sepi dan lonely sometimes...apakah??sebabnya anda atau saya mempunyai fitrah sejak azali yakni ingin mengasihi dan dikasihi..tambahan pula dengan keadaan zaman skarang yang mana 'couple' adalah perkara biasa..tapi sebenarnya perasaan ini mampu 'ditahan' sekiranya kita faham,dan yakin bahawa kebahagian duniawi yang hakiki itu akan tiba jika kita memberi cinta yang lebih utama seperti cinta kpd ibu-bapa dan sudah tentu cinta kpd Yang Maha Menyintai.. :)

I know,it's easier said than done..Because it's hard to picture the REAL beauty of love and taste its sweetness as you are licking a sugar with your tongue if we don't really understand the beauty of Islam itself..Sy harap entry ini tidak dibaca degan emosi semata-mata..bacalah dengan minda yang tenang dan hati yang lapang..Sy sendiri punyai kekurangan jadi samalah entry ini..behave like we are professional ok?.. :)

Ya Allah..kuatkanlah hati2 ini dalam menempuh dugaan hidup yang mencabar ini..berikanlah petunjuk kpd kami agar dapat 'menemui' jalan yang benar2 yang Engkau redhai..~



Sweet romance that rarely seen in my country

Tuesday, April 27, 2010

Life at this point

Alhamdulillah..hidup kini lebih mencabar..lebih banyak assignment..chapter2 yang semakin susah untuk difahami..kesihatan sedikit trganggu..lebih banyak komitmen dengan kehidupan sosial, sukan dan tarbiyah..sememangnya suasana kehidupan semakin tegang dan menekan kerana keupayaan diri ini sememangnya terbatas..jika dipandang sudut 'normal' atau kebiasaannya, sudah tentu banyak keluhan yang timbul..

"Aduh, malasnya nak buat kerja ni..subject lain punye assignment pon br je dpt"
"Bijak btul la uni la..Kitorang nak 'life' jgk..
and so on..~

Ya..mmg stress kehidupan di university..tetapi untuk mengaku kalah dan mengomel bukanlah suatu pilihan yang baik..sesungguhnya kehidupan di luar sana lebih mencabar..hidup ini ada pasang surutnya..ada kala merasa diri sangat bertenaga, ada kala merasa diri longlai melangkah tak bermaya..namun semua ini adalah sunnatullah..ada hikmah di sebalik semua kejadian..sering berkata pada diri sendiri,supaya terus bersabar,tingkatkan keazaman dan usaha untuk mengatasi segala rintangan dan cabaran yang tidak pernah putus.. Semoga kesusahan pada hari ini menjadi kemudahan untuk kita pada masa akan datang.. Yakinlah dengan janjiNya ini:


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Sesungguhnya selepas kesusahan itu kemudahan"
(Surah Al-Insyirah;Ayat 6)

Selamat berjuang semua! :)

Tuesday, April 20, 2010

'Mamai': Between Embarassment and Fun

Apa itu mamai? perkataan ini agak popular di zaman sekolah dulu..tapi di KMS kurang popular..mamai ini boleh didefinisikan suatu keadaan apabila anda membuat sesuatu perkara di dalam keadaan separuh sedar..sebagai contoh, apabila anda mengejutkan rakan anda yang sedang tidur dan bertanya,"Azman(bkn nama sbnr),pinjam assignment ko sekejap,nnt ak pulangkan balik"..member tu punyalah seronok dibuai mimpi lantas memberi respon.."Yelah2"..

Sejam kemudian kedengaran suara amukan.."Sape amek assignment ak x bgtau ni!"..Anda pun serba salah+kebingungan lantas menjawab.."kan aku da ckp kt ko td aku nk pinjam?"..Member ni pn 2x lebih serba salah+kebingungan..OK2..this is just an appetizer for this post..

Alkisah nya begini..ada seorang mamat ni sgt lah confident duduk melepak di Library after lecture Chem,around 9 to 11 am..diRASAkan the next lecture, Statistics 101 akan bermula pukul 11..punya lah yakin..dengan berbekalkan keazaman untuk datang ke kuliah pada awal waktu,pada pukul 10.40. dia pun mengorak langkah dgn semangat berkobar-kobar dgn harapan dapat duduk kt front seats..dalam hatinya seraya berkata,"Mana budak2 ni?.. erm,mebi klas Math 150 abis lmbt skit kot..dipendekkan cerita, mamat ini trus melulu masuk ke dlm lecture hall selepas mereka2 dlm lecture hall tu keluar..apalah mamat ni..sangatlah tidak peka..kalaulah dia tengok betul2 seorang demi seorang yg keluar lecture hall tu~..OK, mamat ni kemudiaannya keluarkan student handbook Statistic kt atas meja,dengan Clicker kt disebelahnya..muka yang penuh semangat berubah menjadi serba tidak keruan kerna rakan2 seperjuangan tidak kelihatan seperti biasa..orang2 di sekeliling pon nmpk unfamiliar..tp x pelah,buat tak tau je la..meneruskan revision Stats..dgn muka trtumpu kt atas kertas2 putih berconteng nombor2 dan jadual2 itu..

Bila diangkat muka selepas 7 minit, ALAMAK!.. muka yang agak keliru menjadi semakin resah..APSAL LECTURER LAIN PULAK NI?tapi..punya la 'positif ' ,,mamat ini ingat,,"ala..mebi die ganti Josh Cumming sekejap kot" Namun bila dilihat suasana lecture hall di sekeliling, TIADA lagi pemikiran positif..apabila ada satu buku Stats di antara ratusan buku COMLAW..mamat ini sudah gelabah..minah saleh sblh tgk buku mamat itu dengan muka pelik..Dia semakin cemas..dewan sudah penuh dan kelas akan bermula dlm SEMINIT lagi!..Okey, fine..dia mengalah.."Excuse me"ujarnya penuh sopan kepada gadis2 di sebelahnya untuk meminta laluan..Dengan berhati kering dia trus melangkah keluar dari lecture hall itu..Di luar lecture hall,dia tergelak sorang2 sebab.... DIA TERSALAH MASUK LECTURE~...sepatutnya klas pukul 10 tadi tapi dia plak datang pukul 11..dah trlepas satu lecture atas kesilapan diri sendiri..mamai dan ikut sedap hati je,tanpa merujuk balik jadual..okeyy,,lain kali jgn amik mudah dengan suatu perkara walaupun kita sudah biasa melakukannya..kadang2 kesilapan kurang bijak ini boleh menyebabkan bahana pada diri sendiri,,bayangkan kalau lecture yg terlepas tadi quite complicated??mesti agak susah nk catch up balik kan?..haha..so,readers, amik iktibar k.. :D


p/s: like my mom used to say when I requested to delay my duty to dispose some wastage in our rubbish bin, "Jangan NANTI-NANTI..buat sekarang..nanti lupa kan susah jadinya".. Selalunya mmg buat tp ada satu hari yg mana kami sekeluarga nk pegi bercuti,sy TERLUPA nk wat kerja trsebut dgn memberi ayat standard..'kejap nnt buatla''..hurm,,bila 4 hari x buang sampah..mmg berbau satu ruang dapur tu..x psl2 kene leter .. :p

Saturday, April 17, 2010

YES!!!

Lusa sudah start lecture!! tak tahu nak kata ini jujur ataupun gurauan..rasanya cuti lama sangat menjadikan saya lebih bosan berbanding hari2 biasa..nak main game..alahai,lappy saya biasa2 sahaja..main counter strike pon, gameplay x smooth sgt..nk main PES(my fevret game) pun x da boleh..Not much I can do in my room apart from study..study..study..Bukan la nak kata rajin..tapi itula jalan terbaik x nk bagi diri trus lalai membuat perkara yang agak sia-sia..(yang mana kemudiaannya dikesali di kemudian hari)..MASA lebih bernilai dari duit kan?we can get our money back but not time..Esok ada latihan volley lagi..prepare for the BERSATU game( sports tournament participated by Malaysian students who are studying in NZ)..I have to get my body back in perfect shape so that I can perform well when the prestigious day comes~..(prestigious ke?)..although I managed to get rid of some off stubborn kilos but yet I don't think it's good enough laa..Lecture>Study>Sports>Religion>Friends>Assignment>Chicken Pie(apakah?) = my university life.. :)

Wednesday, April 14, 2010

I Miss You

by Blink 182

The face that I miss a lot..

Okey..post kali ini mmg agak sentimental skit nyer..saya rindu sgt dgn si kecil ini..Seorang kanak2 yang luar biasa bagi aku..tatkala kanak2 lain agak liat membuat kerja sekolah,dia nilah yang rajin mencilok buku2 aku utk dibaca..she's an avid reader..walaupun ada je die x faham..tapi kesungguhannya untuk belajar membuatkan aku bangga sbg seorang abg yang ingin melihat kesemua adik2nya berjaya. Walaupun ada banyak kerenah juga si minah ni(esp bila nk g skolah dan balik sekolah)..tapi x sampai hati untuk berkasar dgn beliau( except bila da lebih)..tringat apabila setiap petang waktu persekolahan,sy akan membawa RM1.50 untuk penajaan air kotak Milo 4 this girl..walaupun da slalu discourage die jgn minum..(coz die kuat mkn)..tapi bila sampai di depan perkarangan sekolah,trlihat muka die yang keletihan smbil membuat kerja sekolah..hati mana yg x sayu kan..hahaha..

Sbb ape saya sentimental tiba-tiba ni? coz she said she miss me so much..n her academic performance is improved a lot..haha..Bukan apa,terasa bangga bila usaha mendidiknya selama 6 bulan supaya cintakan ilmu telah berjaya sebati dlm dirinya..menguatkan lagi semangat nk jadi cikgu yang baik..(xley bla ayat ni).. :)