Sunday, May 22, 2011

Aku Masih Hidup!

Bangun pagi, gosok gigi,solat, mandi, sarapan,pergi kelas, solat,'study', balik kelas, solat,rehat,solat, buat 'assignment', solat, rehat, tidur.....

Familiar tak dengan situasi ini? Mungkin ada satu tahap kita pernah terasa yang bahawasanya inilah rutin hidup kita khususnya para pelajar universiti..Satu life circle..Terbiasa hinggakan sudah rasa tiada apa-apa yang istimewa pun hari2 seterusnya..

Kalaulah kita boleh bangun pagi dengan berkata, Ya Allah (O God), terima kasih memberikan hari yang baru untukku..

Sebab apa? Sebab nikmat hidup ini bukan semua orang dpt..maksudnya kita dikurniakan 'lebih' waktu untuk melakukan amal yang sepatutnya..Personally, pernah gak terbayang..katakan mlm sebelum tu kita wat assignment or study untuk exam..tidur lmbt..bangun2 dah terlepas Subuh..pergi kelas, dipendekkan cerita, ada kereta dari arah yang tidak disangka melanggar kita lalu rebah tidak bernyawa..Persoalannya, adakah kita pasti exactly saat kita mati..

Kemungkinan besar 'kita' yg dilanggar tadi tidak mahu kesudahan yang sedemikian..Jujurnya kita mungkin sudah merancang mcm2 dlm hidup kita.. nak kerja, kereta, kahwin dan sebagainya..tup2..kok ending nya lebih awal(indon skit)..

Masa yang kita sedar tentang dekatnya kematian, tidak pula menjelma. Saat kita terleka, tika itulah kematian dengan senangnya menjemput ke alam barzakh.

p/s: Diri ini bukanlah orang yang benar2 layak utk berbicara namun apa salahnya kita saling mengingatkan perkara yang betul.. Semoga diri ini dan lain2 diberi kekuatan untuk secara konsistennya bersyukur dengan nikmat hidup ini sendiri.. :)

No comments:

Post a Comment