Friday, May 27, 2011

Best ke?

Teringat pesan ibu abah..'kalau ramai-ramai di rumah, tapi masing2 duduk dalam bilik, buat hal sendiri, susah nak pupuk kemesraan dalam keluarga'..

Mungkin mempunyai adik-beradik yang ramai menjadikan diri ini agak kurang selesa duduk di dalam bilik,pintu terkunci seharian.. Saya faham, setiap orang ada preference yang tersendiri..tapi bukanlah lebih baik kita luang sedikit masa berkomunikasi dengan yang lain, bertanya khabar dan sebagainya..Bila weekdays, memang dapat difahami kalau jarang berjumpa disebabkan kesibukan menelaah pelajaran ataupun menyiapkan tugasan yang diberikan. Kita dikurniakan 24 jam dan insyaallah 7 hari..banyak sebenarnya masa kita miliki..cuma bagaimana kita menggunakan nikmat itu, terserah kepada diri sendiri untuk menjawabnya....

Baiklah, kalau rasa malas nak membuang masa dengan memikirkan kemungkinan untuk melakukan perkara sia-sia sangat tinggi bilamana keluar dari pertapaan, sila luangkan sedikit masa untuk menjalankan tanggungjawab yang lain sebagai seorang anak, rakan, housemate dan sebagainya..Atas nama hidup berkeluarga dan bermasyarakat, perlu untuk kita memiliki rasa tanggungjawab untuk saling membantu antara satu sama lain, bak kata mat saleh 'offer extra hands'..Dari sekecil-kecil perkara seperti membuang sampah yang penuh hinggalah sebesar-besar memberi pinjaman kepada rakan yang sangat membutuhkan wang.. :)

p/s: Erti hidup pada memberi

4 comments:

  1. erti hidup pd memberi..mm..AKU TERIMA NIKAHNYA.. ")

    ReplyDelete
  2. u always strike my heart for a second from ur writing, im really looking forward for ur inspirational motivation books... or is it already out there?..

    ReplyDelete