Friday, June 3, 2011

Ada Jumpa tak Sakinah?

Bukan Nur Sakinah..ataupun Siti Sakinah..haihh..maksud sy sakinah yakni ketenangan hakiki. How do you define happiness? Is there really absolute happiness? Jika kita lihat perjalanan hidup kita sendiri, manusia2 disekeliling mahupun di alam maya melalui Facebook or other form of social networking, pelbagai cara yang dilakukan untuk mencapai kebahagian..

Ada orang membeli makanan untuk mencapai kebahagian sebentar selepas bertungkus-lumus menyiapkan tugasan.

Ada orang mendengar lagu kegemaran berulang kali untuk menenangkan jiwa yang tertekan

Ada orang mengemas rumah untuk mengurangkan tekanan melihat barang2 bersepah di sana sini ibarat dilanda ribut.

Ada orang calling2 orang tersayang, mencari tempat untuk meluahkan perasaan,tekanan dan sebagainya

Ada orang berbelanja sakan membeli baju2 baru, kasut baru, gadjet baru untuk memuaskan hati yang telah lama mengidam.

Ada orang suka memencilkan diri ke tempat2 sunyi, jauh dari kesibukan aktiviti manusia, memikirkan jawapan untuk kebahagian yang abadi.

Ada orang suka melawak dan berkongsi kebahagian apabila orang lain turut ketawa

Ada orang sanggup bersedekah walaupun wang tidak banyak kerana yakin bahawa kebahagian hanya dikecapi apabila melihat orang lain turut bahagia.

Ada orang meluangkan masa dengan membaca buku2 ilmiah dan jarang keluar bersama teman2 kerana baginya kebahagian hanya diperoleh bila mana masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Membuang masa sewenang-wenangnya dianggap satu bencana.

Ada orang..ada orang..ada orang..ya..list ini sampai esok pun takkan habis..Di mana posisi kita?Berapa lama agaknya bertahan kebahagian itu? Dan benarkah kita bahagia? Ask ourselves :)

No comments:

Post a Comment