Sunday, June 5, 2011

We have nothing~

Teringat sebuah artikel yang membincangkan tentang konsep qada' dan qadar..walaupun isinya tak sepenuhnya dapat difahami, namun apa yang sy faham,secara ringkasnya, Kita manusia tidak memiliki apa-apa..We are, we have NOTHING.. Kenapa sy berkata begini?

Konsep syariatullah dan sunnatullah perlu ada sinergi dan bergerak seiring..Sebabnya pegangan yang mantap atas konsep ini membuahkan seorang insan yang 'merdeka' dan berjiwa tenang..

Contohnya: minggu depan si fulan ada exam, Chemistry..chapter yang perlu diulangkaji = Chapter 6-9..Untuk berjaya dengan cemerlang, Si fulan PERLU BERUSAHA untuk membaca,menghafal formula2 dan sebagainya..Memadangkan course ini susah,jadi si fulan pun kena la study hard..Siang malam stadi..mentol study lamp setiap 2 hari bertukar ganti..Sehari sebelum exam,hampir semua soalan past years dah buat dan terasa keyakinan semakin tinggi apabila praktis soalan2, terasa mudah.. bak kata orang, 'Bring it on!'..

On the exam day, seperti biasa, ada soalan senang dan ada yang susah..Overall, paper tu OK la..(kononnya sbb da study banyak kot~)..Ada dua kemungkinan selepas itu, apabila mendapat result beberapa bulan selepasnya~...

Situasi 1) Si fulan dapat cemerlang..grade A..tersenyum simpul..si fulan berkata Alhamdulillah..bisik kecil dalam hati bersuara, "nasib baik aku stadi habis-habisan..so no wonder la dpt A..coz ak dapat faham semua konsep2 tu'

Situasi 2) Si fulan dapat unexpected result..kurang cemerlang..katakan, grade B..rasa terkilan,sedikit bengang, cuba berfikir dan mencari sebarang kebarangkalian dan kemungkinan yang berlaku..

Si fulan berkata, 'Rasanya ak dah stadi cukup kot..sume chapter dah cover..B je?..member lain tu lepak je..time ak stadi,diorg lepak main game, still diorg dpt grade A..' Rasa down sekejap,terasa 'kepandaian' yang terhasil daripada masa yang digunakan menghafal dan menjawab soklan2 past years tidak mencukupi..sia-sia..timbul satu perasaan,
hurm, kalau macam tu ak stadi biasa2 jela..asalkan lepas sudah..asalkan tak payah repeat paper nih

Peringatan untuk diri sendiri dan renungan untuk kita bersama: Berdasarkan apa yang saya baca menerusi artikel tadi, penulis menyatakan bahawa setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan kita sudah ditentukan oleh Allah SWT..Ya benar, untuk mencapai sesuatu yang kita kehendaki, perlunya usaha untuk mencapai ke arahnya.. Kita semua tahu untuk berjaya dalam sesuatu, usaha yang gigih diperlukan dan selalunya kejayaan adalah produk daripada penat lelah kita..Jadi, macam mana kita boleh dapat markah rendah?
Menggunakan contoh 'menghafal chapter2 Chemistry' tadi, si fulan berasa yakin untuk menghadapi exam sbb 'sudah faham dengan mantap' semua chapter2 yang keluar di dalam exam Chemistry itu.
Menerusi pemahaman sy melalui artikel itu, sebenarnya pemahaman kita dapat dalam sesuatu perkara (dalam konteks pelajar:sesuatu konsep dalam pelajaran) sebenarnya adalah kurniaan Allah SWT. BUKAN datang daripada kita sendiri..Kita usaha (melalui pembacaan,hafalan dan lain2 cara) tapi yang menentukan kita dapat faham atau tidak;itu urusan Allah SWT. Penulis artikel itu menegaskan bahawa (pelajar) kita sebenarnya tertipu dengan diri sendiri..terasa kepandaian yang dimiliki adalah menerusi hasill penat lelah menelaah pelajaran siang dan malam..Hakikatnya, kita tidak memiliki apa2..Kita hanya berusaha dan 'keputusan akhir' terserah kepadaNya..
Hidup sebagai Muslim menuntut kita untuk beradap dengan Allah SWT. Menggunakan contoh kawan2 si fulan yang cemerlang dalam exam tadi tanpa bersusah payah, mengapa mereka boleh terjadi demikian?
Sebenarnya perkara ini terjadi kerana nasib seseorang itu telah tertulis,sebelum lahirnya ke dunia, di dalam Luh Mahfuz..contohnya tentang rezeki seseorang itu di sepanjang hidupnya.. Mereka yang bijak-tapi-kurang usaha tadi mungkin sudah ditakdirkan oleh Allah SWT, seperti tertulisnya di dalam Luh Mahfuz, rezeki untuk menjadi 'genius'. Namun persoalannya ialah 'adakah mereka tersebut golongan yang beradap dengan Allah SWT?' Membuang masa berjam-jam dengan perkara tidak berfaedah, melakukan maksiat yang berterusan tanpa segan silu? Jika diikut penilaian manusia, kita mungkin akan berasa tidak adil.. Namun, bagaimana pula pandangan Allah terhadap mereka?

Kesimpulannya,

1)Kita seharusnya meyakini SEGALA apa yang kita ada hanya datang SEMATA-MATA daripada Allah SWT, kepandaian,kemahiran yang kita miliki memang berpunca daripada usaha kita (hanya sebagai asbab) namun hak miliknya terletak Allah SWT..

2)Kita perlu meletakkan adab terhadap Allah SWT sebagai tunjang utama dalam melakukan sesuatu perkara..Kita hidup ini hanya sebagai hamba, tidak memiliki apa2, yang diberikan 'pinjaman' oleh Allah dalam semua aspek bagi memudahkan kita meneruskan kehidupan di dunia. Namun berapa ramai yang benar2 sedar akan hakikat 'kehambaan' ini? Ask ourselves :)

p/s: Disini dipautkan link yang menerangkan tentang konsep qada dan qadar yg dapat menerangkan isi penulisan caca marba sy ini..

http://komuniti.iluvislam.com/topic/22712-kegagalan-konsep-qada-dan-qadar/
http://buluh.iluvislam.com/?p=30

0 comments:

Post a Comment