Tuesday, September 25, 2012

Random Entry

Are we ready to leave those 'jahiliyah' things?, like what I'm struggling right now? so that we can pave our own road,walking happily to our most sought-after ending called Jannah? Don't get me wrong. I'm not accusing you or even being judgmental because me myself is like a living rubbish bin. Hands up, I admit that I did lots of mistake and even committed sins that are unacceptable in human's eyes. Everyone has got their own weaknesses and struggles. Dark history sometimes does matter to people but not to Allah. His mercy is larger than the sum of all sins made by human beings. Sincerely,I want to love you not even here,in this dunya but also Insyaallah, if I were granted by Allah to be among those people who live in heaven,I wanna make a wish to Him that I want you to be my another half in the Hereafter. Yes, I don't hold the key of my own future. How hard I try, how painful my sacrifice, but if Allah says no, then I just need to 'redha' whatever comes into my life. But hey,have you ever heard that Allah won't change one's fate until he/she changes the path of his/her own life?Or do you know that we HAVE TO show EFFORTS before we can say 'Bismillahi tawakkaltu a'lallah'? Undeniably, we still have to keep in my mind that those efforts should not go beyond 'the border'. Well, actually,I'm reminding myself too . I realized that I have the most important responsibility to live with and marriage should be only 'one of tools' to accomplish the mission of this Deen, not as ghayah (absolute aim). The ghayah of our life is to achieve 'mardhatillah' (keredhaan Allah).Therefore ,lots of work to be done as well as to equip myself with experience and knowledge before I can have a handshake moment with your daddy as my father in law. hehe

*jangan gatal boleh tak?

p/s: this post does not point to any particular person. I just want to share a piece of my aspiration :)

Monday, August 20, 2012

Post-Ramadhan

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin. Harap anda semua bergembira di saat ini. Hari ini memang disunatkan kita meraikan 'kemenangan' kita setelah bermujahadah di bulan Ramadhan. Apapun, jangan dilupa yang telah tiada, anak2 yatim dan fakir miskin. Indahnya Islam. Kita diberi puasa enam di bulan Syawal dan balasan pahala yang banyak. Supaya tidak terleka dan terus dibuai keasyikan membaham juadah raya dan mengumpul duit raya

menahan tangan dari mencapai kuih almond london sebalang tepi katil

Alhamdulillah..madrasah Ramadhan banyak meninggalkan kenangan-kenangan yang manis. Suasana yang sy rasa berlainan dengan bulan-bulan lain. Rasa semangat dan lebih ringan untuk menjalankan ibadah dan amalan kebajikan.Mungkin sebab ketiadaan syaitan?Tapi kenapa masih ada manusia yang berkelakuan keji di bulan mulia ini?

sebab syaitan yang terbelenggu adalah yg dari golongan jin,cuc-cicit iblis. Yang syaitan manusia berajakan nafsu bebas berjalan di muka bumi.hoho
Saya harap anda juga dapat merasai 'best' nya bulan Ramadhan. Bukan sekadar bila berbuka puasa sahaja, tapi bila melakukan amal ibadah yang lain. Kalau kita mampu baca beberapa muka surat al-quran sehari dalam keadaan sangat penat, haus,lapar, apatah lagi potensi kita pada hari-hari biasa bukan?

Tiada lagi nasi beriyani setiap hari sebagai hadiah berpuasa di pagi hari

Jadi, sayugia ingin mengingatkan diri sendiri serta rakan-rakan untuk terus memperbaik diri kita. There is always a room for improvement. *betul ke ni?*Agar kita memperoleh taqwa yang kita sebut-sebut menerusi surah al-baqarah,ayat 183,serta terus istiqamah dalam membawa kesan-kesan positif yang kita peroleh dalam bulan Ramadhan.

Sy memang bukan orang yang terbaik untuk berucap. Namun nasihat itu sendiri disyariatkan dan digalakkan sesama kita atas dasar ukhuwah yang sama-sama ingin mengejar redha Allah.Insyaallah :)

semoga anda terus tsabat di jalan ini :)

Tuesday, August 14, 2012

Cubit pipi baby

Ke hadapan ibu tercinta,



Saya nak kahwin lekas boleh? Fullstop




Friday, July 20, 2012

Ramadhan: Mindsetting



Alhamdulillah..dengan izin-Nya kita berjaya sampai di bulan Ramadhan. Sungguh, tak terucap dengan kata-kata untuk menyatakan perasaan gembira dan teruja. Anda sendiri dapat merasakan 'Ruh' yang luar biasa. Adapun di bulan mulia ini, ramai orang terutamanya Muslim berbondong-bondong ke masjid, surau atau masjid bergema dek alunan ayat-ayat Al-Quran. MasyaAllah. Ada juga golongan peniaga yang sudah terbayang durian runtuh yang bakal diterima terutamanya mereka yang berniaga di bazar-bazar Ramadhan.


Lazat bukan? Mungkin senario yang hampir sama di atas meja rumah kita sepanjang bulan Ramadhan. Terasa sangat nikmat bila seharian menahan lapar dan dahaga, akhirnya tekak dibasah dengan air 'honeydew' dan lidah merasa enaknya murtabak. Akhirnya, tanpa sedar, perut sarat penuh terisi. Selepas solat tarawikh, ada pula 'supper Ramadhan edition' yang nama popularnya moreh.Keadaan ini berlarutan hingga berlabuhnya tirai Ramadhan dan tiba pula hari raya yang dinantikan. Apa erti Hari Raya Aidilfitri bagi anda?Apa objektif yang kita nak capai seusai Ramadhan?

Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar ayat suci di bawah:




Wahai orang-orang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa. [Surah Al-Baqarah:183]



Jadi, ringkasnya Allah menyeru kita supaya berpuasa, dengan harapan kita bertaqwa. Perkataan 'la'allakum' itu sendiri bermaksud 'dengan harapan'. There's is hope but no guarantee that we can gain 'taqwa' as we strive for.  Adakah kita melihat Ramadhan hanya bulan yang menyuruh kita berlapar dan dahaga semata-mata ataupun satu peluang yang sangat besar kurniaan Allah untuk kita melatih dan melakukan transformasi diri? Fikir sejenak. Allah SWT telah mengikat syaitan-syaitan,menutup semua pintu neraka dan membuka pintu-pintu syurga.  Betapa kasihnya Allah dalam membantu hambaNya untuk merubah dengan mengurangkan dugaan-dugaan dengan terbelunggunya syaitan. Ramadhan seharusnya menjadi 'training ground' kita untuk berjuang untuk mengubah diri ke arah lebih baik dan terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaNya selepas bulan Ramadhan.

Tidak salah untuk menikmati segala jenis makanan atau lain-lain.Cuma yang silapnya bila kita meletakkan fokus ramadhan bukan pada tempatnya. Marilah kita bersama melihat Ramadhan tahun ini dari sisi yang lain.

Tiga puluh hari untuk kita mengurangkan perkara lagha
Tiga puluh hari untuk kita mujahadah untuk mengawal nafsu
Tiga puluh hari untuk biasakan diri dengan amalan kebajikan
Tiga puluh hari untuk benar-benar merasa kebersamaan atas dasar mengejar redha Allah
Tiga puluh hari untuk memenuhkan dada dengan ayat suci Al Quran
Tiga puluh hari untuk membersihkan fikrah,meluruskan kehidupan

InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat mencapai tingkat taqwa yang lebih tinggi, taqwa yang lebih harmoni sebagai objektif puasa yang dinyatakan Allah SWT menerusi ayat Al-Baqarah di atas. Jika demikian, saya,anda,dia dan mereka layak untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan senang hati, kerana kita meraikan prestasi amalan dan kehidupan di bawah lembayung Islam, bukannya kerana tamatnya sudah tempoh keletihan selama 30 hari. Keberkesanan Ramadhan pada diri kita sebenarnya dinilai pada hari-hari selepasnya. Wallahu alam. Semoga  penulisan ini menjadi peringatan yang berguna pada diri sendiri dan lain-lain.Selamat beramal! :)





Si kecil ini pun dah berlari-lari mengejar solat jemaah. Kita?hihi


Monday, July 16, 2012

Abah

Tajuk post hari ini agak random. Sebabnya hari ini adalah hari bersejarah Encik Abd Halim bin Ahmad, seorang bapa, seorang mentor dan seorang lelaki yang macho serta berkarisma. Jujurnya, masa kecil dahulu sy tak rapat dengan abah sebab dia garang. Sy sendiri pun buat jahat kat sekolah rendah diam2..last2 bila kantoi, kena rotan dan sebagainya baru la 'behave' sikit. Dan sy sendiri seorang yang pendiam dan pemendam rasa. Jadi, apa-apa rasa seperti tidak puas hati, marah, kecewa ku pindam dalam2 di dalam sanubari sahaja,biarlah menangis di dalam,asal tak terluah pada zahirnya (ayat nak geli je). Dan sy bukan jenis memberontak. Ikut je cakap parents. Bila dah masuk darjah 4 hingga darjah 6, fokus kat stadi je..berubah atas sebab kasihan dekat ibu-bapa. Alhamdulillah, ada rezeki,dpt masuk skolah asrama penuh 5 tahun. Namun keadaan ini menyukarkan sy untuk mengenali peribadi ibu dan abah sebab jarang duduk berbual sekali. Even masa cuti sekolah pun, lebih menghabiskan masa dengan komputer. Cuma semangat untuk berjaya dengan cemerlang sentiasa ada bila mengingatkan susah payah mereka datang ke sekolah yang ceruk di kampung hampir setiap minggu. Dipendekkan cerita, dapat pulak scholarship MARA dan sambung buat persediaan di Kolej Mara Seremban. Alahai, adik-beradik dan family semua ada di Kedah. 7 tahun berjauhan dengan family. Dan kini terdampar di bumi New Zealand.Another 3 years.

Bila jarang2 dengan family, dapat lihat bagaimana adik-beradik lain lebih rapat dgn my parents. Kadang2 rasa inferior bila banyak perkara yang sy tak tahu psl abah tp adik2 lain sudah arif. Kadang2 terasa kekok bila nak 'start' rebuilding our relationship. Alhamdulillah, bila semakin meningkat usia, makin terasa perlu untuk keluar dari pemikiran2 begitu, terasa perlu untuk berkomunikasi dan berhubung secara matang dengan parents, sekarang sudah tidak kekok untuk berbicara dengan panjang lebar. Kini abah melayan kami,adik-beradik lelaki yang sudah besar panjang seperti teman. Terasa lebih mesra. Dan lebih selesa bila berdiskusi tentang hal-hal masa hadapan.*if you get what i mean.

Seriously, I really admire him. I wish I can be a very good father and husband in future just like him.
Insyaallah, selagi hayat dikandung badan, sy akan menjaga abah dan ibu hingga ke hembusan nafas terakhir. Semoga Allah memberi peluang untukku mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil  :)

Wednesday, July 11, 2012

BERSATU Games 2012

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis akhirnya berkesempatan jua mencoret sebuah entri di sini. Seperti yang tertera pada tajuk, entri kali ini tentang  BERSATU Games, kejohanan sukan yang diadakan di kalangan pelajar Malaysia yang belajar di New Zealand. Rasa seperti pernah tulis tahun lepas tapi tak apa. Tahun ini berbeza dengan 2 tahun lepas kerana tahun ini sy diberi kepercayaan untuk memimpin sebagai ketua kontinjen,bersama dengan 'sports officers' yang lain. MasyaAllah, tugas ini sememangnya berat jika dikira usaha-usaha untuk merekrut,membina,melatih para atlet semenjak dari awal tahun. Nak pujuk orang supaya 'join' this BERSATU Games ternyata sukar. Dua tiga kali approach baru la nak. Tu belum lagi orang yang 50-50 dan mereka yang tarik diri 'last minute'.

Semasa kejohanan berlangsung, ada juga drama2 atau konflik2 dalaman berlaku. Alhamdulillah, berkat inayah dan petunjukNya, berjaya juga kami keluar dari permasalahan dan seterusnya mencapai kejayaan. Sungguh banyak memori, pengalaman dan pengajaran yang sy dapat. Antaranya kekuatan mental, ketenangan dan fokus yang super tinggi amatlah diperlukan untuk mengharungi setiap perlawanan dalam usaha mendapatkan pingat emas.  Walau bagaimanapun, pingat emas, perak atau gangsa bukanlah kayu ukur mutlak dalam menilai prestasi keseluruhan sesebuah kontinjen. Biarpun tak mencapai target yang digariskan sebelum ini, namun sy amat berpuas hati dengan disiplin,komitmen dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh kontinjen sepanjang BERSATU Games. Ada peningkatan prestasi ke tahap yang membanggakan dalam sebahagian sukan yang dipertandingkan.

Saya percaya segala yang kita tempuhi dalam hidup sama ada suka mahupun duka, pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sepanjang penglibatan saya di dalam Bersatu Games. Mungkin ada  yang kurang senang dengan adanya sy bersama yang lain di dalam kejohanan ini namun percayalah pasti ada hikmah yang kalian tidak nampak tetapi kami dapat merasainya. Insyaallah

Monday, May 28, 2012

What I Believe

I encountered a very meaningful verse in Holy Quran the other day;


4:40

Indeed, Allah does not do injustice, [even] as much as an atom's weight; while if there is a good deed, He multiplies it and gives from Himself a great reward.
Malay translation:
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

There were times where I was drowning in problems.One after another. My life was like a periodical wave, ups and downs,consistently changing with each other. I was trying to amend things by my own, only to know that those efforts were just approaching the other end. I was left bemused, frustrated and confused. Even I whined to Allah, why could this happened to me? Alhamdulillah, somehow He shows how 'musibah' can turn into blessings in disguise. Now I can see clearly the sins that I've committed that contribute to my own downfall.

I was just like a 'munafiq' by being contrary from what I say and write. First of all, munafiq is not like what we had learned in high schools where the term is associated with those people who pretending to be a Muslim. The scope of munafiq is very huge. I would say everyday we can fall into this category. Back to the story, I was just like an ordinary guy, just promoting Islamic thingy but didn't fully practicing what I've learned. Especially on social networking sites. Now I can view myself as a confused person. You said that you are joining usrah but still acting like an ignorant? React with emotion, not with rational thinking and absolute patience. Commenting and liking statuses here and there gleefully without thinking the consequences after that. Inviting fitnah. Reluctantly listen to what the people say just because you are trying to be yourself? Seek attention? I should have asked myself frequently 'you said you love Allah but are all these activities really show what you believe and learn?  I was blind because I was too carried away with heart matters. I thought all efforts were worth but they only made things worsen from day to day. 'Menegakkan benang yang basah'. Wrong is wrong in Islam,even you try to make it legit from many angles. So in the end it would collapse since only al haq (the truth in the path of Allah) will remain.

My focus was directed to this one path. Love. Sacrificial love. (konon.geli la pulak.haha). There are lots of thing to be read or to be acquired. Mentaliti nikah?patutnya mentaliti nak cari dan beri nafkah. One more thing. I feel bad for my usrah group.  Sorry bros. Hopefully, this moment could be the turning point. I should be stronger. Things that irritate my eyes and heart should be handled wisely.

Biarlah Allah yang menentukan. Hanya Dia yang tahu segala isi hati. Semoga Allah terus memberi taufiq dan hidayah kepada kita,untuk memimpin hidup kita menjadi seorang yang benar Islamnya. Biarlah selepas ini dengan cara yang baik dan terpuji. Mungkin juga Dia ingin menguji keikhlasan kita dan memberi pengalaman yang berguna utk masa akan datang. :)