Friday, October 7, 2011

Habislah aku kali ni!

Dulu,hampir setiap malam saya tengok video ini sebelum tidur..Untuk memotivasikan dan menyakinkan diri bahawa ketenangan/kebahagiaan hakiki (sakinah) mampu diperoleh, hanya bila kita betul-betul meletakkan 100% kepercayaan kepadaNya..Untuk sentiasa membasahkan hati yang kadang kala menjadi keras ibarat batu..Semoga video ini bermanfaat kepada kita semua :)

Friday, September 23, 2011

Sebelum Mata Terlena



Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

:)

Friday, September 9, 2011

Worst Nightmare

I had a nightmare today; when i was sleeping soundly this morning. In that dream, I was lying on the bed, exactly the same condition in 'real life'..suddenly, i had a difficulty to breath, gasping for air like hell,slowly dying..worst, there was an entity (not sure a human or not) laughing at me and said,,'Ini la akibat kau terima'..My face was turning pale and by the time I was inhaling the last gasp of air, my eyes were opened wide..yes, there were tears running down on my cheek..Ya Rab, thanks, I'm still alive! sorry for being ungrateful..Ya Allah, now I'm more determined to change for better me..please be patient with me.. :')

Tuesday, September 6, 2011

Mr Brightside

Post kali ini agak 'random' dan juga 'informal'..Pertama kali, syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini,diri ini masih diberi kesempatan untuk beraya dan yang paling penting sekali, menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan..Overall, walaupun tak sehebat tahun lepas, namun bulan mulia ini tetap mempunyai signifikan yang tersendiri buat diri saya..Pelbagai perkara yang berlaku, sama ada yang mengukirkan senyuman mahupun yang menegangkan urat-urat di kepala..semua ada hikmah yang tersendiri..Apapun yang berlaku, terus memujuk diri untuk terus tersenyum..kerana senyuman bukan hanya mampu memulihkan sedikit sebanyak 'mood' anda, malah turut mampu merubah 'mood' orang di sekeliling anda..mungkin juga sebuah senyuman selalu dikaitkan dengan aura positif..a smile also 'reinforce' myself to stay positive on things..i hate to dwell on sadness, esp the one that emerges from unreliable source or reason..yes, sadness is normal but life is too great to be wasted..not only sadness,but other negative emotions too..plus i don't want the other side of me, 'old me' to take over myself again..Negative emotions only promote sickness, i mean real sickness..i don't want to take pills again..that's why I always try my best to mingle around with happiness everyday..enough said.. =)

Sunday, August 7, 2011

Hijrah

Rasanya seperti pernah menulis entri serupa bertajuk atas namun tergerak rasa hati ingin mencoretkan isi hati di sini..Pagi tadi, saya menonton video yang mengisahkan perjalanan hidup Sham Kamikaze yang kini gigih mencapai redha Ilahi..subhanallah..mendengar cerita-cerita dari ibunda dan isteri beliau, boleh dilihat perubahan beliau ke arah yang sangat positif..jikalau dahulu si pemarah, kini mudah saja mulut untuk mengucap istighfar..Sungguh, sangat berbeza rasanya bila kita dalam keadaan 'jauh' dariNya berbanding bila memegang teguh tali keimanan serta kecintaan kurniaanNya..sungguh, perkara yang berlaku ke atas beliau sedikit sebanyak menjadi refleksi kepada diri sendiri..Andai di waktu sekolah dahulu agak pemarah, kadang kala melenting disebabkan perkara2 yang remeh kini alhamdulillah tidak lagi..Ya, kematangan mungkin sahaja faktor yang membentuk keperibadian kita namun atas dasar apa kematangan itu ? Adakah sebab usia sudah meningkat maka tidak relevan untuk menjadi pemarah atau sifat-sifat negatif yang lain?

Mungkin ada benarnya juga namun faktor usia sahaja tidak mampu bertahan; jika tidak disertai keimanan yang tinggi kepadaNya..Jika seseorang itu sudah mengenali Islam, maka solat dan sabar menjadi perisai diri untuk menempuh segala dugaan yang menimpa kita..Sedangkan di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW sendiri pernah menegaskan supaya tidah marah sebanyak tiga kali kepada salah seorang sahabat yang meminta nasihat daripada baginda..Kita dapat melihat bagaimana Rasulullah sendiri sangat menekankan elemen sabar dalam kehidupan insan yang bergelar Muslim/Muslimah..

Turut sempat melihat video Wardina Safiyah bersama anak-anaknya..Jujurnya, saya kagum dengan perubahan diri beliau dan lebih-lebih bagi, bagaimana dia mendidik anak-anaknya tentang agama..Terlintas di hati, adakah beliau pernah terfikir yang beliau akan jadi seperti sekarang , sewaktu namanya meningkat naik menerusi sitkom Spanar Jaya beberapa tahun dahulu? adakah beliau yakin ,pada ketika itu,bahawasanya suatu hari beliau akan berjaya melakukan perubahan yang baik dan konsisten serta menjadi ikon muslimah yang berjaya? Lupakan kisah silam, bina kehidupan yang baru.. Yakin serta berusaha ke arah kebaikan..insyaallah akan dipermudahkan sekiranya usaha kita berlandaskan kecintaan dan keinginan dalam mengenalNya :)

Tuesday, July 26, 2011

4 Simple Rules For Happiness

1) Melupakan kebaikan yang diri pernah buat kepada orang lain

2)Mengingatkan diri akan keburukan yang pernah dilakukan pada orang lain

3)Mengingati kebaikan orang lain yang dilakukan kepada kita

4) Melupakan sikap buruk orang terhadap kita

p/s: Semoga kita mampu tersenyum meskipun musibah menimpa :)

Thursday, July 21, 2011

Kembara kasih merentasi masa

Every time I try to rise above
I'm swept away by love (Drowning, Backstreet Boys)

Lirik-lirik lagu yang tangkap leleh seperti di atas mungkin sudah biasa menusuk jiwa dan minda , terutamanya mereka yang sedang dilamun cinta. Hari demi hari, lagu-lagu tersebut sudah berputar dengan sendirinya di dalam kepala..Wah hebatnya penangan cinta..Teringat zaman sekolah dulu, kalau boleh setiap lagu cinta ada signifikan yang tersendiri dalam hidup..Siap fikir nak kahwin..Punyalah jiwang karat..Cuma zaman tersebut boleh dikatakan mentah..sangat sedikit pengalaman hidup..kurang rasa tanggungjawab..yang tahu seronok rasa bercinta..

Tahukan anda, cinta itu memang indah tetapi juga didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan? Lebih penting lagi, tahukan anda, cinta itu sendiri boleh berubah bentuknya apabila melalui pelbagai fasa kehidupan?

Contohnya, saat bercinta awal-awal dahulu, dua pasang kaki rajin melangkah ke mana-mana destinasi yang dirasakan boleh membuatkan pasangan itu memadu kasih..Pelbagai aksi romantik dilakukan bersama..Terasa hidup sangat bahagia..Kalau boleh setiap masa nak rasa bersama dan diberi perhatian..Namun bila fasa hidup baru menjadikan hidup semakin dibebani dengan tanggungjawab dan kerja, waktu yang dahulunya sentiasa ada untuk cinta kini semakin berkurang..Tika itu salah satu merpati atau kedua-duanya akan mula terasa kesepian,kesunyian..Dikenang kembali saat-saat indah bersama, terasa sedih, seolah-olah si dia sudah mula melupakan..timbul juga berbagai-bagai persepsi negatif..

Jika Tuhan berkehendak pasangan itu bersama, maka perkahwinan menjadi klimaks kisah sebuah cerita cinta..nikmat raja sehari semestinya menjadi memori paling indah...kini bersambung semula drama cinta versi baru..kalau dahulunya teragak-agak kini dengan senang hati berdua mewarnai kehidupan bersama dengan cinta..

TETAPI

Benarkah cinta itu sentiasa indah, tanpa masalah dan halangan dan tidak berubah?..Aduhai, sedangkan lidah tergigit, inikan suami isteri..Kalau dulu si lelaki rajin ajak keluar makan bersama,,kini semakin liat untuk berbuat begitu..Pulangnya dari kerja, terus merebahkan badan ke atas katil..sekadar mampu tersenyum simpul kepada isteri yang bertanya..Dulu hampir setiap 3 kali seminggu ke KFC, kini hujung minggu sahaja..Persoalannya, adakah cinta sudah pudar apabila mengalami situasi-situasi lebih kurang sebegini?

Bentuk cinta itu sudah berubah..seiring dengan kematangan yang mengembara bersama masa..Definisi cinta sudah meluas..Seperti yang telah dinyatakan di atas,,kalau dahulu cinta bermakna seronok-seronok,kini perlu ditanam di dalam sanubari dan minda bahawa pakej cinta itu sendiri didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan..Bersangka baik,belajar untuk memahami dan memaafkan..Niat si suami bekerja sampai kepenatan adalah untuk menyara keluarga, membahagiakan isteri dengan cukupnya perbelanjaan untuk rumah tangga namun andai si isteri berfikir ke arah yang bertentangan, alangkah sedihnya.. begitu juga sebaliknya..Cuba melihat kasih sayang yang dipancarkan oleh seseorang dalam bentuk yang lebih luas,bukan hanya cinta antara berdua..Teringat dengat abah..Pergi ofis awal pagi dan pulang lewat petang..sudah tentu keletihan..namun masih juga mampu mengajar kami anak2 mengaji pada waktu Maghrib..kesannya sudah tentu besar kepada anak-anak apabila mereka sudah besar..Dan masih sempat juga bergurau senda dengan ibu..subhanallah, kalau cinta itu ihklas keranaNya,
lebih mudah untuk meminjam kebahagian lebih lama daripadaNya.. :)


p/s: dah lama x upload gambar dalam blog