Rasanya seperti pernah menulis entri serupa bertajuk atas namun tergerak rasa hati ingin mencoretkan isi hati di sini..Pagi tadi, saya menonton video yang mengisahkan perjalanan hidup Sham Kamikaze yang kini gigih mencapai redha Ilahi..subhanallah..mendengar cerita-cerita dari ibunda dan isteri beliau, boleh dilihat perubahan beliau ke arah yang sangat positif..jikalau dahulu si pemarah, kini mudah saja mulut untuk mengucap istighfar..Sungguh, sangat berbeza rasanya bila kita dalam keadaan 'jauh' dariNya berbanding bila memegang teguh tali keimanan serta kecintaan kurniaanNya..sungguh, perkara yang berlaku ke atas beliau sedikit sebanyak menjadi refleksi kepada diri sendiri..Andai di waktu sekolah dahulu agak pemarah, kadang kala melenting disebabkan perkara2 yang remeh kini alhamdulillah tidak lagi..Ya, kematangan mungkin sahaja faktor yang membentuk keperibadian kita namun atas dasar apa kematangan itu ? Adakah sebab usia sudah meningkat maka tidak relevan untuk menjadi pemarah atau sifat-sifat negatif yang lain?
Mungkin ada benarnya juga namun faktor usia sahaja tidak mampu bertahan; jika tidak disertai keimanan yang tinggi kepadaNya..Jika seseorang itu sudah mengenali Islam, maka solat dan sabar menjadi perisai diri untuk menempuh segala dugaan yang menimpa kita..Sedangkan di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW sendiri pernah menegaskan supaya tidah marah sebanyak tiga kali kepada salah seorang sahabat yang meminta nasihat daripada baginda..Kita dapat melihat bagaimana Rasulullah sendiri sangat menekankan elemen sabar dalam kehidupan insan yang bergelar Muslim/Muslimah..
Turut sempat melihat video Wardina Safiyah bersama anak-anaknya..Jujurnya, saya kagum dengan perubahan diri beliau dan lebih-lebih bagi, bagaimana dia mendidik anak-anaknya tentang agama..Terlintas di hati, adakah beliau pernah terfikir yang beliau akan jadi seperti sekarang , sewaktu namanya meningkat naik menerusi sitkom Spanar Jaya beberapa tahun dahulu? adakah beliau yakin ,pada ketika itu,bahawasanya suatu hari beliau akan berjaya melakukan perubahan yang baik dan konsisten serta menjadi ikon muslimah yang berjaya? Lupakan kisah silam, bina kehidupan yang baru.. Yakin serta berusaha ke arah kebaikan..insyaallah akan dipermudahkan sekiranya usaha kita berlandaskan kecintaan dan keinginan dalam mengenalNya :)
Sunday, August 7, 2011
Tuesday, July 26, 2011
4 Simple Rules For Happiness
1) Melupakan kebaikan yang diri pernah buat kepada orang lain
2)Mengingatkan diri akan keburukan yang pernah dilakukan pada orang lain
3)Mengingati kebaikan orang lain yang dilakukan kepada kita
4) Melupakan sikap buruk orang terhadap kita
p/s: Semoga kita mampu tersenyum meskipun musibah menimpa :)

Thursday, July 21, 2011
Kembara kasih merentasi masa
Every time I try to rise above
I'm swept away by love (Drowning, Backstreet Boys)
Lirik-lirik lagu yang tangkap leleh seperti di atas mungkin sudah biasa menusuk jiwa dan minda , terutamanya mereka yang sedang dilamun cinta. Hari demi hari, lagu-lagu tersebut sudah berputar dengan sendirinya di dalam kepala..Wah hebatnya penangan cinta..Teringat zaman sekolah dulu, kalau boleh setiap lagu cinta ada signifikan yang tersendiri dalam hidup..Siap fikir nak kahwin..Punyalah jiwang karat..Cuma zaman tersebut boleh dikatakan mentah..sangat sedikit pengalaman hidup..kurang rasa tanggungjawab..yang tahu seronok rasa bercinta..
Tahukan anda, cinta itu memang indah tetapi juga didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan? Lebih penting lagi, tahukan anda, cinta itu sendiri boleh berubah bentuknya apabila melalui pelbagai fasa kehidupan?
Contohnya, saat bercinta awal-awal dahulu, dua pasang kaki rajin melangkah ke mana-mana destinasi yang dirasakan boleh membuatkan pasangan itu memadu kasih..Pelbagai aksi romantik dilakukan bersama..Terasa hidup sangat bahagia..Kalau boleh setiap masa nak rasa bersama dan diberi perhatian..Namun bila fasa hidup baru menjadikan hidup semakin dibebani dengan tanggungjawab dan kerja, waktu yang dahulunya sentiasa ada untuk cinta kini semakin berkurang..Tika itu salah satu merpati atau kedua-duanya akan mula terasa kesepian,kesunyian..Dikenang kembali saat-saat indah bersama, terasa sedih, seolah-olah si dia sudah mula melupakan..timbul juga berbagai-bagai persepsi negatif..
Jika Tuhan berkehendak pasangan itu bersama, maka perkahwinan menjadi klimaks kisah sebuah cerita cinta..nikmat raja sehari semestinya menjadi memori paling indah...kini bersambung semula drama cinta versi baru..kalau dahulunya teragak-agak kini dengan senang hati berdua mewarnai kehidupan bersama dengan cinta..
TETAPI
Benarkah cinta itu sentiasa indah, tanpa masalah dan halangan dan tidak berubah?..Aduhai, sedangkan lidah tergigit, inikan suami isteri..Kalau dulu si lelaki rajin ajak keluar makan bersama,,kini semakin liat untuk berbuat begitu..Pulangnya dari kerja, terus merebahkan badan ke atas katil..sekadar mampu tersenyum simpul kepada isteri yang bertanya..Dulu hampir setiap 3 kali seminggu ke KFC, kini hujung minggu sahaja..Persoalannya, adakah cinta sudah pudar apabila mengalami situasi-situasi lebih kurang sebegini?
Bentuk cinta itu sudah berubah..seiring dengan kematangan yang mengembara bersama masa..Definisi cinta sudah meluas..Seperti yang telah dinyatakan di atas,,kalau dahulu cinta bermakna seronok-seronok,kini perlu ditanam di dalam sanubari dan minda bahawa pakej cinta itu sendiri didatangi dengan komitmen,tanggungjawab, kepercayaan, kematangan, toleransi dan pengorbanan..Bersangka baik,belajar untuk memahami dan memaafkan..Niat si suami bekerja sampai kepenatan adalah untuk menyara keluarga, membahagiakan isteri dengan cukupnya perbelanjaan untuk rumah tangga namun andai si isteri berfikir ke arah yang bertentangan, alangkah sedihnya.. begitu juga sebaliknya..Cuba melihat kasih sayang yang dipancarkan oleh seseorang dalam bentuk yang lebih luas,bukan hanya cinta antara berdua..Teringat dengat abah..Pergi ofis awal pagi dan pulang lewat petang..sudah tentu keletihan..namun masih juga mampu mengajar kami anak2 mengaji pada waktu Maghrib..kesannya sudah tentu besar kepada anak-anak apabila mereka sudah besar..Dan masih sempat juga bergurau senda dengan ibu..subhanallah, kalau cinta itu ihklas keranaNya,
lebih mudah untuk meminjam kebahagian lebih lama daripadaNya.. :)

p/s: dah lama x upload gambar dalam blog

Friday, July 15, 2011
Masa
Semoga waktu terus memujukku untuk terus bersabar atas perjalanan hidup, ibarat si ibu memujuk anak yang kehilangan sesuatu yang berharga
Semoga waktu tidak melunturkan pendirianku, ibarat pasir pantai yang dihakis ombak tenang
Semoga waktu terus bercerita padaku kisah-kisah tersirat padanya, agar bisaku berfikir dan memahami erti setiap detik peristiwa hidup ini kerna aku percaya tiada suatu pun yang berlaku tanpa sebarang hikmah dariNya
Semoga waktu terus meyakinkanmu akan keikhlasanku, ibarat kesungguhan seorang guru yang sanggup berkorban masa rehatnya demi melihat kejayaan anak murid pada masa hadapan. :)

Monday, July 11, 2011
Anda Terluka?
Dia selalu buat perangai..sakit hati
Tension..adakah semua lelaki/perempuan macam tu?
Kenapa awak susah memahami...
Selalu tak jumpa ayat-ayat di atas? Saya rasa banyak sangat, terutamanya di Facebook..sampai kadang2 tu agak meluat..kalau sekali setahun tak apa..ini mau dekat 5 kali seminggu..kasihan pun ada tapi saya rasa don't publicly expose yourself as too vulnerable..Tapi hanya tersengih bila yang buat status tuh remaja2 yang masih bersekolah..alahai..adik2..insyaallah kalau ada umur yg panjang, ada jodoh yang kuat tidak kemana..
Tidak salah untuk mempunyai rasa cinta..namun tidak pula mengabaikan cinta-cinta yang lain..paling penting, cinta kpd Tuhan (Allah SWT)..Yang Maha Cinta..pemberi segala cinta..cinta kepada Rasulullah SAW..juga tidak dilupai cinta ibu-bapa, adik-beradik, rakan-rakan..cinta untuk menghulurkan bantuan kpd sesiapa yang memerlukan..lihatlah perspektif cinta yang lebih luas..jangan disempitkan pemikiranmu kerana hal2 yang kadang-kadang agak remeh..sungguh, ada lagi insan di luar sana yang membutuhkan 'cinta'mu..kasih sayangmu..alang2 kamu mengeluarkan wang utk orang yang tercinta, apa salahnya pada masa yang sama menghulurkan sumbangan ke dlm tabung2 kebajikan, atau lebih senang, tabung masjid bila solat jumaat.. :)

Sunday, July 10, 2011
Redha
Dejected, speechless, but finally managed to smile..Mesti ada sesuatu di sebalik kejadian..Siapalah aku,hanya hamba..demi setiap detik hidup ini yang berada di dalam 'genggaman' Nya..saya hanya pasrah dan redha atas segala ketentuan..Calar yang semakin banyak di dalam hati menjadikan diri semakin lali dgn takdir yang menimpa..atas nama agama yang tercinta, ingin saya menggenggam erat falsafah yang bahawasanya hidup sebagai Muslim adalah hidup berasaskan adab hamba terhadap tuan,yakni Allah SWT..cuba menanam sedalam-dalamnya keyakinan dan keimanan terhadapNya.. :)
p/s: Semakin kuat cintamu kepadaNya, semakin kuat jualah cintaku

Saturday, July 9, 2011
Cities of Love
'Alhamdulillah'..bisik hati saya tatkala menjejakkan kaki di bumi Auckland..syukur ke atas Nya kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan bandar yang dicintai..syukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menikmati kehidupan dunia yang mana keindahannya sangat meruntun jiwa. Semoga segala memori pahit dan indah bergabung kemudian terpatri di minda sebagai suatu pengalaman yg berguna untuk masa akan datang..insyaallah..Perjalanan hidup selama 9 hari di South Island memberi pelbagai kenangan indah..Ringkasnya, post kali ini dikategorikan kepada 3 bahagian (ko ingat ni karangan BM ke apa huh?) untuk tujuan memudahkan pembacaan saya dan anda..
BERSATU GAMES 2011
Pertandingan sukan yang diadakan di antara pelajar-pelajar berwarganegara Malaysia, mewakili universiti masing-masing seperti UMNO Auckland, UMSA (The University of Auckland, AUT), WMSO (Wellington), MAMSA (Palmerston North), OMSA (Otago), CMSA, Lincoln (Canterburry). Secara keseluruhannya, saya redha dan bersyukur dengan sekeping medal. Walau bagaimanapun. banyak lagi yang boleh diperbaik untuk BERSATU yang akan datang..Saya bersetuju sebab ketandusan pingat tidak boleh dipersalahkan atas para 'atlet' semata-mata kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin..tapi..(ada tapinya)..saya agak sendiri kecewa dengan sikap mudah mengaku kalah dan kurang disiplin dalam suatu permainan..saya faham sesetengah orang nak main untuk BERSATU just for fun..tapi cuba fikir2 balik..berapa jam lamanya kita korbankan untuk berlatih for the sake of the tournament? Cuba fikirkan komitmen orang lain yang mereka beri sebelum dan sepanjang kejohanan tersebut..OK, tak kisah lah kalau nak niat nak lawan team lain in a clean,friendly way but show our utmost passion and focus on the game, while being professional and show good sportsmanship at the same time. Kalau kalah tidak mengapa, paling tidak kita telah berusaha sebaik mungkin namun bila kita telah ditakdirkan kalah, terima sahaja walaupun dengan hati yang berat..Sejujurnya saya cakap kita perlu ubah dan mantapkan mentaliti pemain2 untuk tahun hadapan..
Dunedin
City of romance..beautiful buildings..remarkable landmarks..Memang terbukti keindahan bandar ini menerusi mata kepala sendiri..sungguh menakjubkan ciptaanNya..dan terukir dalam sejarah hidup ,bandar Dunedin sebagai saksi berputik ,mengembang mekar taman-taman bunga di dalam hati..LOL
Queenstown
The loveliest city so far..subhanallah..cantik bangat sih!..Snowy mountains, unique retails and so on..perkara yang paling 'best' ialah bermain salji..mengimbau kembali kenangan dulu sebagai budak 6 tahun yang suka mengorek freezer yang penuh dgn ais, campur susu pekat dan sirap,tanpa pengetahuan ibu abah=jadilah ABC! (ok, stop it man)..Namun hajat untuk membuat snowman terbantut dek ribut salji yang sangat kuat yang sudah tentu sangat sejuk dan sakit! macam masukkan kepala dalam freezer rasanya..Lagi satu,naik cruise untuk melihat pemandangan di sekeliling tasik apa ntah namanya..rasa macam tengok lukisan artis yang professional..dulu ingatkan maybe overrated je Queenstown ni tetapi bila mata sendiri yang melihat, tidak mampu menipu keajaiban keindahan ciptaanNya..terasa kerdil diri ini.. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)