![]() |
Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar ayat suci di bawah:
| Wahai orang-orang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa. [Surah Al-Baqarah:183] |
Jadi, ringkasnya Allah menyeru kita supaya berpuasa, dengan harapan kita bertaqwa. Perkataan 'la'allakum' itu sendiri bermaksud 'dengan harapan'. There's is hope but no guarantee that we can gain 'taqwa' as we strive for. Adakah kita melihat Ramadhan hanya bulan yang menyuruh kita berlapar dan dahaga semata-mata ataupun satu peluang yang sangat besar kurniaan Allah untuk kita melatih dan melakukan transformasi diri? Fikir sejenak. Allah SWT telah mengikat syaitan-syaitan,menutup semua pintu neraka dan membuka pintu-pintu syurga. Betapa kasihnya Allah dalam membantu hambaNya untuk merubah dengan mengurangkan dugaan-dugaan dengan terbelunggunya syaitan. Ramadhan seharusnya menjadi 'training ground' kita untuk berjuang untuk mengubah diri ke arah lebih baik dan terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaNya selepas bulan Ramadhan.
Tidak salah untuk menikmati segala jenis makanan atau lain-lain.Cuma yang silapnya bila kita meletakkan fokus ramadhan bukan pada tempatnya. Marilah kita bersama melihat Ramadhan tahun ini dari sisi yang lain.
Tiga puluh hari untuk kita mengurangkan perkara lagha
Tiga puluh hari untuk kita mujahadah untuk mengawal nafsu
Tiga puluh hari untuk biasakan diri dengan amalan kebajikan
Tiga puluh hari untuk benar-benar merasa kebersamaan atas dasar mengejar redha Allah
Tiga puluh hari untuk memenuhkan dada dengan ayat suci Al Quran
Tiga puluh hari untuk membersihkan fikrah,meluruskan kehidupan
InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat mencapai tingkat taqwa yang lebih tinggi, taqwa yang lebih harmoni sebagai objektif puasa yang dinyatakan Allah SWT menerusi ayat Al-Baqarah di atas. Jika demikian, saya,anda,dia dan mereka layak untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan senang hati, kerana kita meraikan prestasi amalan dan kehidupan di bawah lembayung Islam, bukannya kerana tamatnya sudah tempoh keletihan selama 30 hari. Keberkesanan Ramadhan pada diri kita sebenarnya dinilai pada hari-hari selepasnya. Wallahu alam. Semoga penulisan ini menjadi peringatan yang berguna pada diri sendiri dan lain-lain.Selamat beramal! :)
![]() |
| Si kecil ini pun dah berlari-lari mengejar solat jemaah. Kita?hihi |


