Sunday, October 31, 2010

Sunnah Orang Berjuang

Sudah bersawang rupanya blog kesayangan ini..hampir sebulan juga tidak mencoret..biasalah,lumrah bila mula sibuk dengan musim peperiksaan..buku nota dan 'past years exam paper' menjadi kawan karib..Bila tension, cari rakan untuk gelak sakan,cari al quran menjadi pedoman dan ketenangan..

Haih,musim peperiksaan memang memenatkan dan menekan jiwa nan minda. Di sebalik kesibukan ini,jari jemari kadang kala gatal untuk membuka YouTube..tertarik dengan sebuah lagu lama bertajuk Sunnah Berjuang dendangan Nada Murni, kumpulan nasyid yang masyhur suatu ketika dulu..Kumpulan ini pernah diterajui oleh allahyarham Ustaz Asri,mantan ketua Rabbani..

Lirik lagu ini sangat mendalam..tatkala jiwa diserang resah dan keluh kesah, bait-bait lagu ini sedikit sebanyak menyedarkan kembali bahawa hidup di dunia,terutamanya seorang Muslim,memang dituntut untuk berjuang..antara 'line' yang menjadi 'azimat' sy seperti
'berjuang TAK pernah senang'..inilah SUNNAH orang berjuang.."berjuang ertinya terkorban"..

p/s: jalan juang itu sangat luas..daripada berjuang utk 'exam' hinggalah menentang hawa nafsu..jom tingkatkan semangat juang.. (^^)
::Ini link video Sunnah Berjuang by Nada Murni

http://www.youtube.com/watch?v=zp-eTAcPgeM

Friday, September 24, 2010

Anda Stress?

Stress itu normal cuma jangan dibiasakan.. Stress dibahagikan kepada dua bahagian; stress dalam kawalan dan stress di luar kawalan..

Apa stress di dalam kawalan?

Stress yang asbabnya berlaku atas kelemahan diri kita sendiri. Contohnya;assignment esok nak hantar.Banyak lagi tak siap. Padahal dah bagi 2 minggu yang lepas. Kalau kita betul-betul jujur pada diri sendiri, memang boleh kurangkan stress tu dengan menyiapkan mana-mana bahagian yang mampu. Orang kata last day tu tinggal nak 'touch up' sahaja. Stress yang disebabkan kurang peka dengan pengurusan masa yang baik. Memanglah, kita manusia..kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.err..tapi kalau kita betul-betul komited dengan pengurusan masa kita, insyaallah boleh je stress2 ini di'minimize'kan..*maaf bahasa rojak*..

Bagaimana pula stress di luar kawalan?

Ini pula perkara sebaliknya. Bukan maksudnya stress tahap kronik sampai meroyan, tapi stress di luar kemampuan kita untuk mengawalnya. Contohnya, Azam (bukan nama sebenar) pergi ke MidValley untuk 'shopping'..nak dipendekkan cerita, wallet beliau dicuri ketika di dalam KTM..sampai sahaja di Mid, seluk-seluk poket belakang, sudah tiada..Katakanlah dia telah mengambil langkah berjaga-jaga.Setiap 20 minit dia meraba-raba poket untuk memastikan wallet beliau ada...tetapi kehendak Tuhan siapa boleh menghalang, di saat kecurian itu dia terleka seketika dengan perbualan rakan-rakannya. Azam pun agak tertekan (stress)..bersusah payah dia mengambil langkah keselamatan tapi akhirnya tidak juga dapat membendung kehilangan wallet..(ayat Bahasa Melayu ke ni?tak sedapnya)

Apapun, kedua-dua melibatkan emosi. Sudah tentu stress di luar kawalan lebih menyakitkan hati bukan? Jadi, perkasakanlah EQ kita..macam-macam perkara boleh terjadi di luar dugaan kita..macam mana nak kuatkan?err..itu tanya diri sendiri kot..diri sendiri lebih memahami..muhasabah balik perkara2 yang kita biasa lakukan yang secara langsung atau tidak,yang menyumbang kepada kelemahan jiwa dan minda..Kalau boleh kurangkan melayan perasaan,emosi atau perkara2 yang tidak berfaedah pada dalam seharian hidup kita. Ada perkara kita nampak kecil namun kesannya pada diri kita agak besar dalam jangka panjang, menyukarkan perjuangan kita dalam meneguhkan kekuatan akal dan jiwa..

Jiwa serta akal yang kuat menyuburkan kehendak yang kuat untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan di dalam dunia ini.Kehendak yang kuat akan terus membakar semangat perjuangan. Biarpun terpaksa menjerit kesakitan,diri tetap teguh untuk terus melangkah,

p/s: Entri kali ini lebih cenderung untuk mengingatkan diri sendiri namun seronok rasanya untuk dikongsi bersama yang lain.

PEACE. MINIMIZE OUR STRESS :)

Saturday, September 18, 2010

Fitnah Kepada Diri Sendiri?

"Aku rasa die yang curik duit ko..Ko tengok perangai die dah tau..takde orang lain dah", tegas A kepada B bahawa C yang mencuri duit B.

Hurm..adilkah kita nak menghakimi seseorang berdasarkan perangai lahiriahnya? Situasi ini memberikan fitnah besar kepada C,sekiranya bukn dirinya yang mencuri duit B.. Walaubagaimanapun, bukan jenis fitnah ini yang cuba dibawa oleh saya untuk 'post' kali ini..Pernah tak kita dengar fitnah ke atas diri sendiri??

Huh?macam mana tu?

Apa perkara yang boleh membawa fitnah diri sendiri?

Bagaimana nak elakkan fitnah sebegini?

OK..ini sekadar pandangan peribadi..bukannya penjelasan daripada alim ulama'..Bagi saya, fitnah kepada diri sendiri lebih besar kesan buruknya berbanding fitnah kepada orang lain.

Fitnah kepada diri sendiri boleh merujuk kepada segala perbuatan yang kita lakukan (lebih-lebih lagi yang tidak elok, juga yang bertentangan dengan agama) yang akhirnya memberi imej buruk pada diri sendiri. Mengapa fitnah kepada diri sendiri lebih teruk daripada fitnah orang lain?

Jika seseorang yang dikenakan sesuatu pertuduhan di mahkamah (seperti pertuduhan rasuah dan sebagainya) dan akhirnya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, paling tidak pun kebanyakan orang tahu fitnah ke atas dirinya berkemungkinan besar adalah salah. Sama ada betul atau tidak pertuduhan itu, lama kelamaan orang akan mula melupai fitnah yang pernah dilemparkan ke atas dirinya.

Bagaimana kalau fitnah kepada diri sendiri? Contohnya Mat (bukan nama sebenar) seorang mahasiswa yang sederhana baik dari segi tingkah lakunya. Namun pada suatu hari, dia termakan ajakan rakannya untuk menghadiri sebuah majlis hari jadi. Pada sangkaannya, majlis itu hanyalah satu keraian yang biasa. Rupanya majlis itu diadakan di sebuah disko. Mat cuba melarikan diri dengan memberikan bermacam-macam alasan tetapi atas desakan rakannya,dia tidak berjaya.. Lebih teruk lagi, Mat diberikan minuman yang disangka jus oren padahal telah dicampur pil ecstacy ke dalamnya. Mat terus hanyut..Keesokan harinya, Mat membuka laman Facebook dan mendapati bermacam-macam gambarnya yang kurang senonoh telah di'upload' oleh rakannya. Mat sangat berang dengan tindakan rakannya, namun jika difikir kembali daripada awal,,SALAH SIAPA?

Mat cuba menjawab segala pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya dengan penuh teliti dan berterus-terang tetapi majoriti semua tidak mempercayai kata-katanya. Hinggakan beberapa tahun selepas itu ,ada lagi sesetengah orang membangkitkan kisah memalukan itu.

Jadi,,apa kesimpulan daripada cerita di atas? Mat sebenarnya diberi PILIHAN untuk pergi ke tidak ke majlis itu,WALAUPUN didesak sebegitu hebat oleh rakannya, sepatutnya dia tidak patut mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya sebagai seorang muslim. Sememangnya kita ingin menjaga hubungan baik dengan rakan namun tidaklah agama menjadi gadaian untuk merapatkan sesuatu persahabatan. Mat diberi pilihan untuk mendatangkan fitnah ke atas dirinya atau tidak, lebih-lebih lagi dia sendiri tahu disko itu bukanlah tempat yang baik untuk menyambut hari lahir. Sekiranya dia bertekad untuk tidak sama ikut ke majlis itu,walaupun mungkin menyebabkan rakannya tersinggung, makanya fitnah yang besar itu tak akan menghantui dirinya hingga bertahun-tahun.

p/s: Dalam kehidupan seharian, kita sebenarnya selalu dihadapkan dengan pelbagai pilihan, termasuklah pilihan hendak berbuat baik atau tidak, menolak potensi musibah atau tidak. Itupun kalau kita pandai mengawal diri sepeti bertindak SELEPAS berfikir,bukannya bertindak atas emosi semata-mata tanpa penimbangan yang rasional dan lebih penting, bertepatan dengan syariat.

Entri kali ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri. Perkongsian yang baik untuk sesiapa yang berkesempatan membacanya. Sebarang kekurangan haraf dimaafkan.Bersama-sama kita saling mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak mudah mendatangkan fitnah kepada diri sendiri. :)

Monday, September 13, 2010

Raya: Bagaimana anda raikannya?

Alhamdulillah..dengan izinNya dapat lagi diri ini berhari raya bersama-sama umat Islam yang lain tahun ini,lebih-lebih lagi di perantauan. Satu pengalaman manis dan insyaallah sukar dilupakan.

Namun, timbul juga kesedihan di hati tatkala rakan2 lain girang riang meraikan hari mulia ini. Sedih dengan diri sendiri. Apa objektif sebenar saya meraikan aidilfitri? Kalau ikut jawapan standard.."Untuk meraikan hari kemenangan kita umat Islam setelah mengharungi bulan puasa yang penuh mehnah dan dugaan." Iyelah tu..betul ke saya buat macam ni melalui perbuatan saya..niat mungkin ada,tapi bagaimana jika perbuatan tidak menzahirkan motif tadi?

Astagfirullah..rasanya diri ini sudah keterlaluan pada awal bulan Syawal ini..moga2 diampunkan segala perbuatan yang 'pelik2' sepanjang meraikan Eid Fitri ini..

Saturday, September 11, 2010

Tarbiyah Ramadhan di Christchurch

Rantaian masalah. Keluhan sepanjang hari.Namun, segalanya bermula pada malam sehari sebelum keberangkatan ke Christchurch..dah tau ada flight esok baru nak terhegeh-hegeh nak print e-ticket. Last minute. Sekali bukak balik email, SUDAH TIADA?! ignorantly deleted a flight itinerary forwarded by bro Sho.Haih..keluhan pertama. Tak pasal-pasal menyusahkan bro Sho suruh forwardkan balik ticket tu..nasib baik ada..kalau tak, memang tak boleh pakai penulis blog ini..huhu..OK..alhamdulillah..barang2 semua dah siap 'packed' dalam beg kathmandu yg besaq tu..Dalam kepala sudah terbayang keindahan Christchurch..~

Keesokan paginya, dengan yakin bertolak ke 'bus stop' pukul 7.10 dengan menaiki Airbus ke airport..pulak dah,,hari ini bus ikut jalan lain, yang lagi jauh..tiba di airport tepat pukul 8.00. Ingatkan sempat check-in..yela,ingatkan flight pukul 8.30..sekali pukul 8.15 daa..sampai kat kaunter, staff Jetstar tu dah tak bagi check-in..katanya dah lmbt sgt..'You guys should check-in 30 minutes before the flight time'..In brief, i missed that flight..a big DOWN..kena la beli tiket baru..200 NZD tu~..(padahal tiket yg offer ni 51 NZD je)..nak dekat sejam juga berpusing-pusing kat area situ.."Nak beli ke tak?".. Baliklah semula ke Auckland dengan harapan beli online ticket..thanks to bro Haziq atas pengorbanan beliau bertungkus-lumus membantu diri ini supaya dapat menjejakkan kaki ke bumi Christchurch malam itu juga..(flight malam)..

Sampai2 di sana, orang dah lama start program..jadi,agak terkial-kial juga pada awalnya..tapi alhamdulillah dapat juga faham isi kandungan pembentangan oleh Dr. Zaki tersebut. Dugaan terbesar berlaku pada pukul 4.30 pagi ketika diri lena tidur di dalam sleeping bag. Suatu gegaran yang agak kuat yang menggerakkan seluruh bilik ke kiri dan kanan, atas dan bawah..Pada mulanya ingatkan ada orang bergurau senda orang bilik sebelah terlanggar dinding bilik.. bila besarkan sikit bukaan mata, gelap gelita..rupanya 'black out' seluruh kawasan sekitar n alarm kereta n building berbunyi..Punya la sayang tidur sampai rasa berat nk trun dari katil..Ye,saya sambung tidur balik..sampai ade bro Syuk datang bilik ke bilik suruh evacuate,keluar bilik dan berkumpul di tempat yang lapang..masyaAllah..sejuknya suhu kat luar! mula-mula rasa kelakar juga bila teringat diri yang malas bergerak tapi bila bayangkan 'kalaulah gempa tadi betul2 kuat tadi,ceiling tu runtuh..alamatnya beraya di alam barzakh la jawabnya'..insaf seketika..

Renungan: Memang tidak dijangka langsung kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.1 scala Ritcher ini akan berlaku. Alhamdulillah kami semua selamat tanpa sebarang kecederaan. Tapi dari sudut positifnya, dapat juga merasa bagaimana menjadi mangsa gempa bumi..sebelum ini kita hanya tengok di dalam surat khabar ataupun tv..Yang paling terkesan di jiwa ialah kekuasaan Allah SWT dalam menurunkan sedikit dugaan yang melumpuhkan sistem yang dibina manusia..airport pun terpaksa dihentikan semua penerbangan gara2 ketiadaan eletrik yang melumpuhkan 'air traffic system 'di menara kawalan.Air juga tidak boleh diminum dalam masa yang ditentukan kerana dikhuatiri bercampur dengan bendasing (impurities) yang merbahaya. See?baru sikit je Allah bagi..sebagai peringatan kepada kita semua bahawa selagi hayat dikandung badan, perbanyakkan amalan..sentiasa mengajar diri ke arah makruf dan memaksa diri melawan ke arah kemungkaran..ingat,ajal itu di tangan Allah SWT dan yang paling best, BILA-BILA je Allah boleh ambil balik nyawa yang dipinjamkan kepada hamba-hambaNya..macam kes tadi la, bayangkan, ingatkan bangun2 still dalam sleeping bag, rupanya dah berbungkus putih dan dalam tanah yang gelap..kalau dah confirm syurga takpe,kalau sebaliknya?nauzubillah..

Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan kami setelah dikurniakan kepada kami petunjukMu~

p/s: Alhamdulillah..dapat lagi peluang untuk melihat diri sendiri.. :)

Thursday, August 19, 2010

Nowhere to run..

Ujian daripada Allah itu PASTI..tak kira siapapun..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan HANYA dengan mengatakan "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji? [Surah Al-Ankabut;2]

Tuesday, August 17, 2010

Mental Breakdown

Is it normal or a choice? Is it possible to suffer mental breakdown even though you DON'T KNOW the very reason why you are feeling this kind of sickness? Your morale starts to deteriorate, your focus diminish from day to day, your head usually thinking i-would-say nonsense stuffs, even worse you are keeping ask yourself, WHY? Alienating 'the body' from the hectic life that seem depressing over time in any place that gives 'the body' some sort of positive energy to reignite the faded spirit. Well, it takes some days and alhamdulillah 'the mind' is slowly recovering..

p/s: Hearts of fighters never give up!.. La Tahzan.. :)