Teringat sebuah artikel yang membincangkan tentang konsep qada' dan qadar..walaupun isinya tak sepenuhnya dapat difahami, namun apa yang sy faham,secara ringkasnya, Kita manusia tidak memiliki apa-apa..We are, we have NOTHING.. Kenapa sy berkata begini?
Konsep syariatullah dan sunnatullah perlu ada sinergi dan bergerak seiring..Sebabnya pegangan yang mantap atas konsep ini membuahkan seorang insan yang 'merdeka' dan berjiwa tenang..
Contohnya: minggu depan si fulan ada exam, Chemistry..chapter yang perlu diulangkaji = Chapter 6-9..Untuk berjaya dengan cemerlang, Si fulan PERLU BERUSAHA untuk membaca,menghafal formula2 dan sebagainya..Memadangkan course ini susah,jadi si fulan pun kena la study hard..Siang malam stadi..mentol study lamp setiap 2 hari bertukar ganti..Sehari sebelum exam,hampir semua soalan past years dah buat dan terasa keyakinan semakin tinggi apabila praktis soalan2, terasa mudah.. bak kata orang, 'Bring it on!'..
On the exam day, seperti biasa, ada soalan senang dan ada yang susah..Overall, paper tu OK la..(kononnya sbb da study banyak kot~)..Ada dua kemungkinan selepas itu, apabila mendapat result beberapa bulan selepasnya~...
Situasi 1) Si fulan dapat cemerlang..grade A..tersenyum simpul..si fulan berkata Alhamdulillah..bisik kecil dalam hati bersuara, "nasib baik aku stadi habis-habisan..so no wonder la dpt A..coz ak dapat faham semua konsep2 tu'
Situasi 2) Si fulan dapat unexpected result..kurang cemerlang..katakan, grade B..rasa terkilan,sedikit bengang, cuba berfikir dan mencari sebarang kebarangkalian dan kemungkinan yang berlaku..
Si fulan berkata, 'Rasanya ak dah stadi cukup kot..sume chapter dah cover..B je?..member lain tu lepak je..time ak stadi,diorg lepak main game, still diorg dpt grade A..' Rasa down sekejap,terasa 'kepandaian' yang terhasil daripada masa yang digunakan menghafal dan menjawab soklan2 past years tidak mencukupi..sia-sia..timbul satu perasaan,
hurm, kalau macam tu ak stadi biasa2 jela..asalkan lepas sudah..asalkan tak payah repeat paper nih
Peringatan untuk diri sendiri dan renungan untuk kita bersama: Berdasarkan apa yang saya baca menerusi artikel tadi, penulis menyatakan bahawa setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan kita sudah ditentukan oleh Allah SWT..Ya benar, untuk mencapai sesuatu yang kita kehendaki, perlunya usaha untuk mencapai ke arahnya.. Kita semua tahu untuk berjaya dalam sesuatu, usaha yang gigih diperlukan dan selalunya kejayaan adalah produk daripada penat lelah kita..Jadi, macam mana kita boleh dapat markah rendah?
Menggunakan contoh 'menghafal chapter2 Chemistry' tadi, si fulan berasa yakin untuk menghadapi exam sbb 'sudah faham dengan mantap' semua chapter2 yang keluar di dalam exam Chemistry itu.
Menerusi pemahaman sy melalui artikel itu, sebenarnya pemahaman kita dapat dalam sesuatu perkara (dalam konteks pelajar:sesuatu konsep dalam pelajaran) sebenarnya adalah kurniaan Allah SWT. BUKAN datang daripada kita sendiri..Kita usaha (melalui pembacaan,hafalan dan lain2 cara) tapi yang menentukan kita dapat faham atau tidak;itu urusan Allah SWT. Penulis artikel itu menegaskan bahawa (pelajar) kita sebenarnya tertipu dengan diri sendiri..terasa kepandaian yang dimiliki adalah menerusi hasill penat lelah menelaah pelajaran siang dan malam..Hakikatnya, kita tidak memiliki apa2..Kita hanya berusaha dan 'keputusan akhir' terserah kepadaNya..
Hidup sebagai Muslim menuntut kita untuk beradap dengan Allah SWT. Menggunakan contoh kawan2 si fulan yang cemerlang dalam exam tadi tanpa bersusah payah, mengapa mereka boleh terjadi demikian?
Sebenarnya perkara ini terjadi kerana nasib seseorang itu telah tertulis,sebelum lahirnya ke dunia, di dalam Luh Mahfuz..contohnya tentang rezeki seseorang itu di sepanjang hidupnya.. Mereka yang bijak-tapi-kurang usaha tadi mungkin sudah ditakdirkan oleh Allah SWT, seperti tertulisnya di dalam Luh Mahfuz, rezeki untuk menjadi 'genius'. Namun persoalannya ialah 'adakah mereka tersebut golongan yang beradap dengan Allah SWT?' Membuang masa berjam-jam dengan perkara tidak berfaedah, melakukan maksiat yang berterusan tanpa segan silu? Jika diikut penilaian manusia, kita mungkin akan berasa tidak adil.. Namun, bagaimana pula pandangan Allah terhadap mereka?
Kesimpulannya,
1)Kita seharusnya meyakini SEGALA apa yang kita ada hanya datang SEMATA-MATA daripada Allah SWT, kepandaian,kemahiran yang kita miliki memang berpunca daripada usaha kita (hanya sebagai asbab) namun hak miliknya terletak Allah SWT..
2)Kita perlu meletakkan adab terhadap Allah SWT sebagai tunjang utama dalam melakukan sesuatu perkara..Kita hidup ini hanya sebagai hamba, tidak memiliki apa2, yang diberikan 'pinjaman' oleh Allah dalam semua aspek bagi memudahkan kita meneruskan kehidupan di dunia. Namun berapa ramai yang benar2 sedar akan hakikat 'kehambaan' ini? Ask ourselves :)
p/s: Disini dipautkan link yang menerangkan tentang konsep qada dan qadar yg dapat menerangkan isi penulisan caca marba sy ini..
http://komuniti.iluvislam.com/topic/22712-kegagalan-konsep-qada-dan-qadar/
http://buluh.iluvislam.com/?p=30
Sunday, June 5, 2011
Friday, June 3, 2011
Ada Jumpa tak Sakinah?
Bukan Nur Sakinah..ataupun Siti Sakinah..haihh..maksud sy sakinah yakni ketenangan hakiki. How do you define happiness? Is there really absolute happiness? Jika kita lihat perjalanan hidup kita sendiri, manusia2 disekeliling mahupun di alam maya melalui Facebook or other form of social networking, pelbagai cara yang dilakukan untuk mencapai kebahagian..
Ada orang membeli makanan untuk mencapai kebahagian sebentar selepas bertungkus-lumus menyiapkan tugasan.
Ada orang mendengar lagu kegemaran berulang kali untuk menenangkan jiwa yang tertekan
Ada orang mengemas rumah untuk mengurangkan tekanan melihat barang2 bersepah di sana sini ibarat dilanda ribut.
Ada orang calling2 orang tersayang, mencari tempat untuk meluahkan perasaan,tekanan dan sebagainya
Ada orang berbelanja sakan membeli baju2 baru, kasut baru, gadjet baru untuk memuaskan hati yang telah lama mengidam.
Ada orang suka memencilkan diri ke tempat2 sunyi, jauh dari kesibukan aktiviti manusia, memikirkan jawapan untuk kebahagian yang abadi.
Ada orang suka melawak dan berkongsi kebahagian apabila orang lain turut ketawa
Ada orang sanggup bersedekah walaupun wang tidak banyak kerana yakin bahawa kebahagian hanya dikecapi apabila melihat orang lain turut bahagia.
Ada orang meluangkan masa dengan membaca buku2 ilmiah dan jarang keluar bersama teman2 kerana baginya kebahagian hanya diperoleh bila mana masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Membuang masa sewenang-wenangnya dianggap satu bencana.
Ada orang..ada orang..ada orang..ya..list ini sampai esok pun takkan habis..Di mana posisi kita?Berapa lama agaknya bertahan kebahagian itu? Dan benarkah kita bahagia? Ask ourselves :)

Friday, May 27, 2011
Best ke?
Teringat pesan ibu abah..'kalau ramai-ramai di rumah, tapi masing2 duduk dalam bilik, buat hal sendiri, susah nak pupuk kemesraan dalam keluarga'..
Mungkin mempunyai adik-beradik yang ramai menjadikan diri ini agak kurang selesa duduk di dalam bilik,pintu terkunci seharian.. Saya faham, setiap orang ada preference yang tersendiri..tapi bukanlah lebih baik kita luang sedikit masa berkomunikasi dengan yang lain, bertanya khabar dan sebagainya..Bila weekdays, memang dapat difahami kalau jarang berjumpa disebabkan kesibukan menelaah pelajaran ataupun menyiapkan tugasan yang diberikan. Kita dikurniakan 24 jam dan insyaallah 7 hari..banyak sebenarnya masa kita miliki..cuma bagaimana kita menggunakan nikmat itu, terserah kepada diri sendiri untuk menjawabnya....
Baiklah, kalau rasa malas nak membuang masa dengan memikirkan kemungkinan untuk melakukan perkara sia-sia sangat tinggi bilamana keluar dari pertapaan, sila luangkan sedikit masa untuk menjalankan tanggungjawab yang lain sebagai seorang anak, rakan, housemate dan sebagainya..Atas nama hidup berkeluarga dan bermasyarakat, perlu untuk kita memiliki rasa tanggungjawab untuk saling membantu antara satu sama lain, bak kata mat saleh 'offer extra hands'..Dari sekecil-kecil perkara seperti membuang sampah yang penuh hinggalah sebesar-besar memberi pinjaman kepada rakan yang sangat membutuhkan wang.. :)
p/s: Erti hidup pada memberi

Sunday, May 22, 2011
Aku Masih Hidup!
Bangun pagi, gosok gigi,solat, mandi, sarapan,pergi kelas, solat,'study', balik kelas, solat,rehat,solat, buat 'assignment', solat, rehat, tidur.....
Familiar tak dengan situasi ini? Mungkin ada satu tahap kita pernah terasa yang bahawasanya inilah rutin hidup kita khususnya para pelajar universiti..Satu life circle..Terbiasa hinggakan sudah rasa tiada apa-apa yang istimewa pun hari2 seterusnya..
Kalaulah kita boleh bangun pagi dengan berkata, Ya Allah (O God), terima kasih memberikan hari yang baru untukku..
Sebab apa? Sebab nikmat hidup ini bukan semua orang dpt..maksudnya kita dikurniakan 'lebih' waktu untuk melakukan amal yang sepatutnya..Personally, pernah gak terbayang..katakan mlm sebelum tu kita wat assignment or study untuk exam..tidur lmbt..bangun2 dah terlepas Subuh..pergi kelas, dipendekkan cerita, ada kereta dari arah yang tidak disangka melanggar kita lalu rebah tidak bernyawa..Persoalannya, adakah kita pasti exactly saat kita mati..
Kemungkinan besar 'kita' yg dilanggar tadi tidak mahu kesudahan yang sedemikian..Jujurnya kita mungkin sudah merancang mcm2 dlm hidup kita.. nak kerja, kereta, kahwin dan sebagainya..tup2..kok ending nya lebih awal(indon skit)..
Masa yang kita sedar tentang dekatnya kematian, tidak pula menjelma. Saat kita terleka, tika itulah kematian dengan senangnya menjemput ke alam barzakh.
p/s: Diri ini bukanlah orang yang benar2 layak utk berbicara namun apa salahnya kita saling mengingatkan perkara yang betul.. Semoga diri ini dan lain2 diberi kekuatan untuk secara konsistennya bersyukur dengan nikmat hidup ini sendiri.. :)

Monday, May 9, 2011
Small Steps
I was pretty touched by this quotation...
'Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya.' - Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah. :)

Saturday, May 7, 2011
I'm proud of you guys
Bila semakin membesar nih, banyak perubahan boleh dilihat, sama ada positif atau negatif, di sekeliling kita..Sebagai contoh, taman perumahan..kalau dulu taman permainan (jongkang jongkit atau buaian) agak buruk dari segi warna (hitam je,x kena dgn tema kanak2 yg suka warna2 yang ceria) atau tidak dijaga dgn baik, sekarang lebih banyak kemudahan dan juga lebih cantik,,err..cuma yg negatifnya tak BERSIH..Yang ini dari segi alam sekitar, bagaimana pula dengan manusia?
Sejak sekolah menengah hinggalah sekarang, sepasang mata ini telah menyaksikan pelbagai perubahan ahli keluarga, rakan2 serta kenalan..Jika tidak mata bertentang mata, alam maya seperti facebook juga medium yg sgt mudah untuk menyaksikan perubahan mereka..ada yang makin kacak, makin cun, makin tough,makin kurus,makin 'comel' dan sebagainya..Namun bukan perubahan fizikal yang ingin difokuskan oleh sy..Senang cerita, sy nak berkongsi pandangan tentang perubahan spiritual,cara berfkir n so on..
Dalam usia yang berlari-lari mengejar kedewasaan, diri ini suka melihat rakan2 yang berjaya melawan 'mainstream' , menyerahkan jiwa dan rasa di dalam suatu suasana yang dirasakan 'sedikit asing' bagi kebanyakan orang..sanggup meninggalkan keselesaan dan 'kebahagian' demi menunaikan 'tanggungjawab sebenar' as a Muslim yang menagih payah dan or even derita..
Walaupun sebagai 'org biasa'..sy sgt meraikan kesediaan mereka utk menyampaikan apa2 yang baik (ataupun sebenarnya yang PATUT kita dengar dan buat) kpd orang lain..Sy agak bengang kalo ada org 'anti' dgn golongan mereka ini dgn kata2 lebih kurangseperti ini:
-Ala, diorg pun dulu teruk gak..dating pagi,ptg,malam..pastu nak ajak orang join halaqah..
Ni contoh je ye..tak ada kaitan dengan sesiapa..
Well,guys, kalau kita tak selesa dgn sesiapa tu ngan apa reason sekalipun, kita mesti bersikap professional..itu kisah silam mereka..Lebih2 lagi mereka yang kini 'qawi' dalam menggalas tugas dakwah..mmg respect la..kalau rasa diri kurang berkemampuan mcm sy, apalah salahnya meluangkan masa utk bersama-sama dgn mereka..apatah lagi yang berubah tu rakan2 kita sendiri, kita kene bg moral support kat mereka.even kita tak mampu jadi seperti mereka, at least kita layan mereka seadilnya as a friend.. :)

Tuesday, May 3, 2011
Of people
I've found it hard to understand some people's unpredictable behavior..sometimes they are seem to be a happy-go-lucky person while at times as moody and oversensitive creatures..Some expect others to care about them like five-year-old kid but they themselves are egocentric and relatively opportunist..take things for granted..Come on,be matured..I don't think I need to explain in details what,how,why you should do this and that every time bcoz I believe that at this age we are supposed to be sensitive (not the annoying sensitive one) enough to 'read any situation that could be improved' and then react.. cheers :)
Subscribe to:
Posts (Atom)